Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Wednesday, April 15, 2015

PERMOHONAN SOKONGAN BANTAHAN CAJ DEPOSIT AIR SADA

PERMOHONAN SOKONGAN BANTAHAN CAJ DEPOSIT AIR SADA
السلام عليكم
Tuan/Puan,
Seketariat himpunan bantahan caj deposit air SADA sdg mengumpulkan sokongan drp parti politik, NGO-NGO, pertubuhan2, institusi2 untuk dimasukkn kedlm memorandum disamping t/tangan bantahan rakyat.
Justeru seketariat mengharapkn sokongan drp semua utk menekan kerajaan negeri Kedah dan SADA supaya tdk mengenakan caj deposit tmbhn.
Surat sokongan blhlah email kpd muhd.izzwan@gmail.com sblm 18/4/2015.
InshaAllah, memorandum akan dihantarkn kpd SADA pd 19/4/15 dan kpd MB, Exco Air dan Exco Pengguna.
Sokongan Tuan2 dan Puan2 amatlah dihargai.
JK
Yg Menjalankan Tugas
Muhammad Izzwan Ismail
Seketariat Himpunan Rakyat Bantah Deposit Air

MEMORANDUM BANTAH DEPOSIT AIR SADA
FRONT RAKYAT BANTAH DEPOSIT AIR
Kami daripada Himpunan  Rakyat Bantah Deposit Air ingin mengemukakan bantahan terhadap pengenaan deposit terhadap perkhidmatan air SADA dan juga tindakan penyelarasan kenaikan Deposit Air bagi pihak yang belum dikenakan deposit.

Kini telah ada sekitar 540,000 jumlah pengguna air SADA seluruh Kedah.

Rata-rata rakyat telah dikenakan deposit air. Manakala tindakan terkini adalah sebanyak 9,000 pemilik akaun (sekitar 1.73 % pengguna) Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) yang terlibat dengan caj pelarasan deposit dikenakan kenaikan deposit atas alasan penyelarasan deposit air.

Bantahan kami adalah:

  1. Kenaikan deposit yang memberi untung kepada SADA RM 940 100 telah dilaksana tanpa hebahan dan penerangan yang cukup kepada rakyat. Walaupun SADA mengaku dalam laman web nya semua bentuk penerangan seperti flyers, pekeliling telah dihebahkan tetapi boleh dikatakan hanya 10 % sahaja rakyat yang tahu isu ini.

  1. Bangunan ibadat dan bangunan tanpa untung untuk orang ramai hanya dikenakan deposit RM 100 dan tiada kenaikan. Kenapa ada pihak surau dan masjid menerima bil deposit yang melebihi jumlah berkenaan?

  1. Walaupun tindakan mengenakan deposit adalah arahan kerajaan persekutuan berdasarkan Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi air dan pemesangan paip) 2014 dan Peraturan-peraturan industri Perkhidmatan Air (Deposit F1 dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 dan dikuat kuasa serata negara, naun kami berpandangan hanya segelintir sahaja rakyat yang tidak membayar bil dan meninggalkan negara tanpa menjeas bil. Mengapa semua rakyat kampung dan tidak kemampuan dikenakan juga? Rata-rata rakyat di Sungai Petani menggunakan perkhidmatan air ini sehingg akhir hayat mereka. Bukankah tiada peluang mereka menuntut kembali deposit tersebut dan ia kelihatan suatu tindakan untuk membuat untung Rm 900 ribu dengan mudah.

  1. Kualiti perkhidmatan SADA masih jauh ketinggalan dan tidak seharusnya deposit dikenakan dalam keadaan ada tempat yang menerima air keruh dan ada paip yang hanya mengeluarkan angin sahaja.

  1. Pihak kerajaan negeri pernah berjanji kepada rakyat. Setiausaha UMNO Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad pada 14 Oktober 2010 untuk menurunkan kadar tarif air jika BN menang pada PRU-13 yang lalu (Utusan Malaysia 14/10/2010). Kami menuntut janji ini dilaksanakan.

Justeru, pihak kami Himpunan Rakyat Bantah Caj Deposit Sada menggesa agar Syarikat Air Negeri Kedah (SADA) menghentikan caj deposit kepada pengguna rata-rata adalah poengguna lama air negeri Kedah yang rata-arata adalah kalangan rakyat yang mengalami tekanan ekonomi semasa.


12 April 2014



PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)