Wednesday, April 15, 2015

PEMUDA PAS SUNGAI PETANI PACU GERAKAN RAKYAT BANTAH DEPOSIT SADA

PEMUDA PAS SUNGAI PETANI PACU GERAKAN RAKYAT BANTAH DEPOSIT SADA
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

SUNGAI PETANI - 13 APRIL 2015
Rata-rata rakyat telah dikenakan deposit air. Manakala tindakan terkini adalah sebanyak 9,000 pemilik akaun (sekitar 1.73 % pengguna) Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) yang terlibat dengan caj pelarasan deposit dikenakan kenaikan deposit atas alasan penyelarasan deposit air demikian ulasan awal Mohd Izzwan Ismail Pengerusi Himpunan Rakyat Bantah Deposit SADA.








Pihak kami tidak membua tuli membantah deposit berkenaan sebaliknya Kami daripada Front Rakyat Bantah Deposit Air mengemukakan bantahan terhadap pengenaan deposit terhadap perkhidmatan air SADA dan juga tindakan penyelarasan kenaikan Deposit Air bagi pihak yang belum dikenakan deposit atas beberapa faktor relevan”, tambah beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Sungai Petani

Sebelum ini Rakyat Kuala Nerang juga telah mengadakan bantahan di pejabat SADA Kuala Nerang atas isu deposit SADA yang tidak munasabah memandnagkan kualiti air keruh dan ada paip yang hanya mengeluarkan angin di daerah Padang Terap.

Menurut Saudara Muhammad Nuruddin Bashah selaku Keua enerangan Pemuda PAS Sunga Petani penelitian isu deposit SADA teah dilakukan berbulan lamanya da kini proses mengumpul tandangan dan bukti rumah ibadat dan dewan serbaguna rakyat yang dikenakan kenaikan deposit walaupun dalam akta tidak membenarkan kenaikan deposit.

Kenaikan deposit yang memberi untung kepada SADA RM 940 100 telah dilaksana tanpa hebahan dan penerangan yang cukup kepada rakyat. Walaupun SADA mengaku dalam laman web nya semua bentuk penerangan seperti flyers, pekeliling telah dihebahkan tetapi boleh dikatakan hanya 10 % sahaja rakyat yang tahu isu ini”.

Bangunan ibadat dan bangunan tanpa untung untuk orang ramai hanya dikenakan deposit RM 100 dan tiada kenaikan dalam akta. Kenapa ada pihak surau dan masjid menerima bil deposit yang melebihi jumlah berkenaan?, jelas Nuruddin sambil menyatakan Memorandum bantah SADA akan diserahkan selepas surat sokongan NGO dan perubuhan yang menyokong isu ini berjaya dikumpul.

Saudara Izwan yang berpengalaman dalam beberapa siri memorandum membela rakyat Sungai Petani juga menyatakan bahawa walaupun tindakan mengenakan deposit adalah arahan kerajaan persekutuan berdasarkan Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi air dan pemesangan paip) 2014 dan Peraturan-peraturan industri Perkhidmatan Air (Deposit F1 dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 dan dikuat kuasa serata negara, namun pihaknya berpandangan hanya segelintir sahaja rakyat yang tidak membayar bil dan meninggalkan negara tanpa menjeas bil.

Mengapa semua rakyat kampung dan tidak kemampuan dikenakan juga? Rata-rata rakyat di Sungai Petani menggunakan perkhidmatan air ini sehingg akhir hayat mereka. Bukankah tiada peluang mereka menuntut kembali deposit tersebut dan ia kelihatan suatu tindakan untuk membuat untung Rm 900 ribu dengan mudah”, Izwan menimbulkan persoalan.

Kemuncak bantahan rakyat adalah selepas Pemuda PAS Sungai Petani berjaya mendapat sokongan pihak PAS Kawasan, parti-parti Pakatan Rakyat, NGO dan pihak jawaankuasa surau-surau untuk berhimpun di dataran Zero pada jam petang 13 April 2015 lalu.

Ramai pimpinan yang hadir memberi ucapan dalam perhipunan aman berkenaan serta diselitkan kempen menentang perlaksanaan GST yang umpama merompak poket rakyat untuk memenuhi nafsu serakah pemimpin atasan.

Ustaz Fadhil Nor Sahani selaku Exco Pemuda PAS Kedah dalam ucapannya menegaskan Kualiti perkhidmatan SADA masih jauh ketinggalan dan tidak seharusnya deposit dikenakan dalam keadaan ada tempat yang menerima air keruh dan ada paip yang hanya mengeluarkan angin sahaja.

Pihak kerajaan negeri pernah berjanji kepada rakyat. Setiausaha UMNO Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad pada 14 Oktober 2010 untuk menurunkan kadar tarif air jika BN menang pada PRU-13 yang lalu (Utusan Malaysia 14/10/2010). Kami menuntut janji ini dilaksanakan”, kata beliau sebagai penutup ucapan bersemangat.








Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)