Wednesday, September 24, 2008

Bebaskan tahanan, bantah penahanan Raja Petra

Gerakan Mansuhkan ISA

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Pulau Pinang menentang keras penghantaran Raja Petra Kamaruddin ke Kem Tahanan Kamunting, Perak hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). GMI Pulau Pinang membantah tindakan kerajaan menggunakan akta zalim ini untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara.

GMI Pulau Pinang juga menyeru orang ramai supaya menghadirkan diri di hadapan Dewan Sri Pinang bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap akta tidak adil ini dan beramai-ramai menuntut supaya akta ini dimansuhkan serta – merta. Penahanan yang telah dilakukan adalah bertentangan dengan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 10: Setiap individu mempunyai hak yang sama untuk menghadiri perbicaraan yang adil dan saksama. Mereka yang ditahan di bawah akta zalim ini tidak pernah diberi perbicaraan yang adil. Dalam sejarah penggunaan akta ini, setiap kali rakyat melakukan penentangan ke atas kerajaan, akta ini akan digunakan pula untuk melindungi individu ataupun kelompok kerajaan yang berkepentingan.

Pada 12hb September, penahanan Raja Petra Kamaruddin adalah di bawah akta zalim 73(1). Walau bagaimanapun, atas alasan untuk melanjutkan tempoh tahanan, polis telah menggunakan akta zalim 8 dan ini telah menyebabkan penahanan sebelum ini menjadi tidak sah.

GMI Pulau Pinang menyeru rakyat Pulau Pinang bangkit menentang kezaliman ini dengan menghadiri perhimpunan aman yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 26 September
Masa: 9.30 malam
Tempat: Dewan Sri Pinang
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lau Shu Shi 012-8756179 atau suarampg@gmail.com.
Sila pakai baju atau badge “Mansuhkan ISA” ataupun baju yang berwarna gelap. Bawa juga lilin atau lampu picit.
Sila sebarkan maklumat ini.

GMI Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan aman seperti ini pada setiap Jumaat (3/10,10/10 dan 17/10) pukul 9 malam di hadapan Dewan Sri Pinang. Semasa perhimpunan, peserta boleh menurunkan tandatangan yang akan dikumpul bagi menandakan sokongan kepada kempen mansuhkan ISA yang dijalankan. Kepada sesiapa yang ingin memberi sokongan kepada tahanan ISA yang tidak berpeluang bersama keluarga pada Hari Raya, anda digalakkan membawa kad hari raya supaya dapat dikirimkan kepada tahanan yang berseorangan.

GMI Pulau Pinang menyeru pihak polis supaya tidak mengambil tindakan yang keras, sebaliknya menjalankan tugas menjaga keamanan dengan sebaiknya serta mematuhi Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 20: Setiap individu mempunyai hak untuk menyertai atau menganjur perhimpunan aman. Kepada orang ramai, GMI Pulau Pinang menyeru supaya jangan takut pada akta zalim ISA tetapi bersama-sama bangun menentang dengan cara yang aman!

Lau Shu Shi
012-8756179
suarampg@gmail.com
Gerakan Manushkan ISA
63B – 01 – 07, University Heights, Jalan Sungai Dua, 11700 Penang. Tel / Fax: 04-6582285 Blog:http://suarampg.blogspot.com/

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)