Monday, September 15, 2008

Jalan Maut Balik Pulau (bahagian 2)

Lereng-lereng bukit ini terhakis dengan teruk sekali. Kain kalis air yang sepatutnya berfungsi mengelakkan tekanan air hujan yang boleh menghakis lereng bukit kini telah terburai dan terdedah di sana-sini.

Kekuatan banjir kilat baru-baru ini memberi kesan kepada pembahagi jalan yang diperbuat daripada batu.

Mengapa terus membisu? Melalui maklumat awal yang saya perolehi daripada beberapa pekerja asing dari Bangladesh, mereka menyatakan bahawa kontraktor akan kembali menjalankan tugas pada awal bulan September. Tetapi sehingga berlaku banjir teruk yang menjejaskan jalan ini sekalipun, mereka terus mendiamkan diri.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)