Pakatan Rakyat jika bercakap soal kaum, mereka ada hujah masing-masing dan ia tidak pernah membawa kepada keganasan. Benarkah di bulan Ramadhan ini BN menjadi juara menghapus tuduhan dan fitnah terhadap agama Islam melalui tangkapan tanpa bicara? Mungkinnya ia suatu tindakan untuk mengkosmetikkan ISA yang sedia cemar? Rakyat skeptikal apabila tahanan Tan Hoon Cheng dilepaskan tidak sampai 24 jam berbanding amalan rutin BN iaitu tahanan selama 60 hari. Alasan pula bagai orang yang hilang akal iaitu ditangkap kerana ingin melindungi Tan!! Melindungi dengan ditangkap. Saya rasa DJ Radio RTM pun akan tergelak dan tersedak selepas menyampaikan berita sebegini.
Ingin menjadi juara bukan dengan ISA yang zalim. Menjaga agama bukan dengan menyebarkan sikap penerapan 'culture of fear' di kalangan rakyat. Jika benar ingin menjaga agama, sila tangkap pengamal ajaran sesat serta siasat mana-mana pertubuhan atau artis Melayu yang menghina Rasulullah dan agama Islam......berani?
No comments:
Post a Comment