Wednesday, September 10, 2008

Muslim Harakiy saranan ustaz...


Ustaz Yahya Othman dalam bukunya Amal Jamaie (Teks usrah PAS) yang telah kami di Usrah PAS Cawangan Simpang 4 kaji ada menjelaskan peranan dan fungsi muslim harakiy.


Dalam perspektif amal secara berjamaah, Ustaz menyatakan bahawa muslim harakiy adalah muslim yang bergerak secara kolektif dan tersusun untuk menjadi pendakwah, pemudah cara masyarakat, jurubicara muslim, penyelesai masalah masyarakat, membawa kemakmuran kepada alam dan haiwan serta senantiasa sedia menyumbang tenaga dan harta. Mudah dan padat penjelasan ustaz dalam bukunya itu.


Ikhwanul Muslimin di era Al Banna hingga kini, masih giat berjuang melalui skuad pengakap islamiknya yang membantu masyarakat secara aktif dan efektif. Pada saya melalui PAS juga anda boleh merasai perkara yang sama melalu NISA' dan UNIT AMAL MALAYSIAnya. Publisiti mereka kurang dan tidak menonjol, tetapi bagi yang tahu mereka kenal siapa skuad tentera merah PAS.....Moga kita menjadi muslim harakiy seperti saranan al Fadhil Ustaz Yahya.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)