Sunday, September 14, 2008

MALAM ANTI ISA

MALAM ANTI ISA
Di saat umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, kezaliman telah berlaku semula melalui tangkapan 3 mangsa ISA yang terbaru oleh Menteri Dalam Negeri. Tahanan tanpa bicara dan melewati tempoh soal siasat selama 60 hari ini perlu dibela disebalik kesibukan kita seharian.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), mengambil langkah inesiatif untuk mengumpul sokongan rakyat dan simpati rakyat terhadap nasib yang menimpa 3 orang mangsa ISA yang tidak diketahui salah dan silap mereka. SUARAM akan mengadakan Malam Anti ISA pada hari ahad 14 September 2008 bertempat di perkarangan Dewan Sri Pinang. SUARAM mengesyorkan rakyat yang ingin hadir agar berpakaian serba hitam tanpa protes dan simpati kita terhadap nasib mangsa akta zalim ini.

Malam Anti ISA ini bertujuan mengumpul rakyat yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan tahanan-tahanan terbaru ISA. Di samping itu rakyat akan disedarkan semula betapa zalim dan bejatnya akta ISA ini dan mengapa ia perlu dimansuhkan. Setelah sekian lama rakyat Malaysia dibelenggu akta ini serta disogok dengan maklumat undang-undang yang salah, maka pada hari ahad ini, rakyat akan bersama berkongsi maklumat dan semangat betapa kejahilan undang-undang kita membawa kita kepada mangsa manipulasi oleh pemerintah yang semakin zalim ini.

SUARAM menyeru dan merayu rakyat tanpa mengira Melayu, Cina dan India agar bersama-sama menyokong tahanan ISA dengan menghadiri Malam Anti ISA ini. Bantuan kepada keluarga mangsa serta sokongan moral boleh dilakukan jika rakyat dapat dimobilasikan beramai-ramai pada malam yang penting ini.

SUARAM
suarampg@gmail.com

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)