Monday, September 15, 2008

Jalan Maut Balik Pulau (bahagian 4).

Lampu isyarat ini dikawal oleh pekerja Bangladesh. Ia ibarat nyawa pengguna jalan Balik Pulau. Yang menyedihkan ialah, penggunaan lampu isyarat untuk jalan sehala ini (akibat sebelah jalan dibaiki) sepatutnya digunakan dicelah kesibukan kontraktor dan pekerja lain menjalankan tugas. Kini tugas mereka seperti tugas orang tidak berakal. Hanya menjaga kerana jalan yang 2 hala telah menjadi sehala akibat projek terbengkalai. Projek perlebaran jalan telah bertukar menjadi projek pengecilan jalan!!


Lihat juga tanda anak panah yang sepatutnya bercahaya dan menunjuk arah tertentu, kini hanya menunjuk ke arah bumi, tidak berkelip lagi...menunggu masa untuk pencuri besi menyambar hasil.

Besi terpacak ala Menara Paris di bawah ini hanya menjadi hiasan.




No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)