Monday, September 15, 2008

Malam Anti-ISA di Pulau Pinang

Pada malam 14 September yang lepas, penulis bersama 2 orang penggerak SPAQ, saudari Wardah bt Abdul Rahman dan saudari Fazlul Huda bt Mokhtar telah menghadiri perhimpunan anti-ISA yang diadakan di hadapan perkarangan dewan Sri Pinang. Kami hadir bagi menunjukkan sokongan membantah penahanan di bawah Akta ISA yang telah dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh SUARAM ini berjaya mengumpulkan ramai orang, rata-ratanya berbangsa Cina.


Kami tiba agak lewat malam semalam dan terlepas ucapan ataupun taklimat awal berkaitan Akta ISA serta penahanan terkini Akta ini. Walau bagaimanapun, keadaan di sana masih hangat dengan laungan anti-ISA serta sepanduk-sepanduk yang terus dibentang di kiri jalan, menggamit bunyi hon kereta tanda sokongan pemandunya!







Di celah sepanduk anti-ISA dan kebebasan media, desakan mansuh AUKU juga boleh dilihat!


Terdapat juga sekelompok peserta perhimpunan ini membentuk bulatan dan menyanyikan lagu mansuhkan ISA.

Lilin-lilin juga dinyalakan, simbol kepada keamanan dan harapan yang sentiasa diulang-ulang dan dilaung-laungkan, MANSUHKAN ISA!

Besarlah harapan penulis agar rakyat sama-sama peka dan sedar tentang kezaliman yang dibawa oleh Akta ISA. Antara tanda sokongan yang mampu dilakukan ialah menghadiri perhimpunan anti-ISA seperti ini. Kezaliman perlu ditentang hingga ke akhirnya, usah takut atau gentar jika kita di pihak yang benar!
Pendita Bitara

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)