Tuesday, September 09, 2008

Pengguna jalan Raya Balik Pulau Dalam Bahaya!

Ini adalah surat saya yang disiarkan dalam Berita Harian Selasa 9 September 2008.

Surat Pembaca
Pengguna jalan Raya Balik Pulau Dalam Bahaya!

Saya rasa terpanggil untuk menulis berkaitan keselamatan jalan di bukit Teluk Kumbar Balik Pulau yang kian menakutkan malah semakin mengerikan.

Sejak kontraktor yang menjalankan kerja-kerja perlebaran jalan di bukit lama Teluk Kumbar Balik Pulau meninggalkan kerja-kerja tersebut, semua konkrit dan besi-besi ‘piling’ yang tercacak di sana tidak lagi diselenggara dengan baik. Malah besi yang masih bergantungan tidak ada jentera yang menyangga untuk mengelakkan ia daripada runtuh atau jatuh menimpa pemandu yang melaluinya.

Batu dan plastik pemisah tepi jalan kini semakin banyak yang pecah dan terjatuh ke dalam gaung akibat hakisan.

Keadaan bertambah buruk apabila hujan lebat yang berturut-turut selama 3 hari di kasawan utara semenanjung dan ia mengakibatkan runtuhan tanah yang lebih kritikal. Jambatan besi sementara dan beberapa kawasan pembinaan tidak lagi kukuh dan bergoyang apabila banyak kenderaan melaluinya. Terkini sebelah jalan di pertengahan bukit telah runtuh dan hanya satu lorong yang mampu menampung kenderaan.

Hal ini menyukarkan kami di sini memandangkan jalan Bukit Baru Relau juga masih ditutup untuk renovasi. Apa yang masih menjadi tanda tanya adalah, bilakah kontraktor yang meninggalkan tugas akan kembali melaksanakan kerja-kerja tersebut? Kecuaian kejuruteraan boleh berlaku jika sikap sebegini masih berlarutan hingga mampu mengancam nyawa penduduk setempat. Saya berharap pihak berwajib boleh mengambil tindakan yang wajar dengan segera. Sekurang-kurangnya penerusan kerja oleh kontraktor akan mengurangkan impak hakisan selepas hujan lebat beberapa hari di sini.

Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang

017 6291368
Jihadin82@yahoo.com

dalam akhbar: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20080908222933/Article/index_html

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)