Sunday, July 07, 2013

Bersama Mantan Pesuruhjaya PAS Perak dan ADUN Sungai rapat di Liqa Fikri



Liqa Fikri PAS negeri Perak 5 Julai 2013 lalu menyaksikan pembentangan kertas kerja mantap daripada Ustaz Azhar Yahya iaitu Pensyarah KUIZM dalam bidang Muamalat dan Kewangan. Beliau yang juga adalah Setiausaha  Dewan Ulama PAS WP, Timb. Pengerusi Ulama Pelapis PAS Pusat, dikatakan menaip kertas kerja 'fresh' itu pada pagi Jumaat sebelum pembentangan malam itu khas untuk pejuang dan penggerak parti di negeri Perak. 

Antara intipati kertas kerja yang bertajuk Kemenangan Hakiki Di Sisi Allah SWT menghurai lengkap isu kemenangan hakiki yang tertangguh kerana pertolongan langit belum dijelmakan.

Beberapa dasar polisi PAS dalam beberapa ketika ini adalah berasaskan penacapan asas dan asas perjuangan sebenar yang PAS  dokong berasaskan ghayah kemenangan syariat dengan mengambil kira maslahah jangka panjang berbanding maslahah jangka pendek yang kadang kala bersifat mulghah (buruk/sia-sia) yang ghair syariyah (terkeluar daripada syarak).

Hal maslahah bukan sekadar hal yang boleh disembang kopikan. Bukan hal remah, titik bengik yang tiada teori dan asas. Ia adalah suatu istinbath daripada fiqh Nas yang dibuat Ulama' kontemporari dan siikuti ulama' haraki negara ini. hal ini yang perlu dipertegas. Liqa Fikri selaku kuliah asas harakah yang dianjur PAS Negeri Perak wajib dihadiri ahli untuk mendapatkan ketumbukan yang beraqidah perjuangan yang absah dan sahih.

Dalam Liqa Jumaat lalu juga penulis berjaya bersama YB Radzi Zainon bersama Pegawai Media beliau Shahrul Puadi (bekas tahanan ISA). Kami juga berpeluang makan setalam bersama Al Fadhil Ustaz Azizan Desa Mantan Peseuruhjaya PAS Perak ke-2 

Ustaz Azizan Desa yang kini berusia 74 tahun masih kuat semangat dan fizikal untuk bersama menyertai penggerak PAS senegeri bersama beribadat, munajat dan mendengar pengiain yang bermakna. Sikap beliau seharusnya menjadi teladan dan contoh bagi ahli yang berusi muda.

Ustaz  juga sempat memberi nasihat kepada kami agar bersama pertahankan jamaah, dan mengekalkan akhlak berjamaah yang disemi pimpinan terdahulu. Adab dan akhlak inilah yang mengekalkan parti sehingga kini. Liqa Fikri ini boleh juga dianggap persediaan mendepani madrasah ramadhan yang bakal tiba minggu hadapan.


Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat
 







Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)