Wednesday, July 10, 2013

Kenyataan Media: DUNIA MESTI BERTINDAK KE ATAS REGIM TENTERA MESIR YANG MEMBUNUH RAKYAT.


Kenyataan Media MAPIM
9 hb Julai 2013


DUNIA MESTI BERTINDAK KE ATAS REGIM TENTERA MESIR YANG MEMBUNUH RAKYAT.


Mapim mengutuk sekerasnya pembunuhan perhimpunan aman penyokong Presiden Morsi pagi Isnin 8hb Julai 2013. Di laporkan lebih 50 orang terkorban pada waktu subuh ketika mereka sedang menunaikan solat akibat ditembak secara rambang oleh pihak  tentera .

Tentera yang menuduh kumpulan penunjuk perasaan mahu merempuh  kompleks Pertahanan adalah alasan yang telah dinafikan oleh pelbagai video spontan yang diambil sebagai bukti tentera telah menembak mereka yang samasekali tidak melakukan apa-apa melainkan hanya sedang bersolat.

Kekejaman regim tentera yang telah merampas kuasa kini menunjukkan dengan jelas , tujuan menjatuhkan Morsi tidak berhenti hanya setakat menjatuhkan Presiden yang dilantik secara sah oleh rakyat tetapi seperti dijangka adalah untuk menghapus Ikhwan Muslimin dan menyerang mana-mana rakyat yang menentang regim tentera di Mesir.


Dunia tidak boleh terus menjadi penonton kepada perkembangan di Mesir yang bakal berhadapan krisis separah Syria jika tentera  Mesir dibiar melakukan keganasan ke atas rakyatnya sendiri.

Mapim mendesak supaya semua gerakan Islam memberi respon yang lebih konkrit supaya rakyat Mesir yang telah memberi mandat kepada Morsi untuk menjadi Presiden yang sah melalui sistem demokrasi pilihanraya yang adil ,  dipertahankan.

Mesir sedang menuju kepada keadaan yang semakin tidak stabil akibat tentera mendapat dokongan dari kuasa besar seperti Amerika untuk melakukan apa sahaja demi menghapus kehendak majoriti rakyat yang menyokong Ikhwan Muslimin.

Secara hipokrit  Amerika dan sekutunya menyatakan rampasan kuasa itu adalah untuk memenuhi kehendak rakyat yang kononnya tidak puasa hati terhadap pemerintahan Morsi serta didakwa tidak menghormati Perlembagaan Mesir. Ternyata demokrasi yang penuh hipokrasi ini sedang diguna oleh Ameirka dan sekutunya untuk menghalang kelompok Islam untuk memnerajui pemerintahan.

Ketua Angkatan Tentera Al Fatteh Al Sisi , Presiden Boneka Adli Mansour ,  dan Menteri Pertahanan Mesir  sekarang mesti bertanggungjawab penuh terhadap pembunuhan ini . Mereka adalah penjenayah yang mesti diheret ke Mahkamah antarabangsa atas dakwan jenayah kemanusiaan.

Mapim mendesak sekali lagi kerajaan Malaysia perlu menyatakan kenyataan yang tegas terhadap kezaliman tentera Mesir sekaligus menolak rampasan kuasa serta tidak mengiktiraf kerajaan interim Mesir yang ada sekarang.

Mapim menyeru rakyat Malaysia menyokong kebangkitan rakyat Mesir untuk berhadapan dengan tentera Mesir yang telah menjadi tali barut diktator Hosni Mubarak  dan alat kepada kuasa Barat lebih 30tahun di Mesir.

Mapim mendesak PBB  tidak boleh menjadi penonton kepada satu lagi situasi sebuah pemerintahan tentera membunuh rakyatnya sendiri. Tindakan mengembalikan kehendak rakyat yang memilih Morsi mesti dipertahankan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Mapim

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)