Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Friday, July 12, 2013

Perutusan Ramadhan ADUN Sungai Rapat 1434 Hijriyah




Assalamualaikum 

Ramadhan adalah bulan ujian dalam masa yang sama Ramadhan yang beerti terik atau panas dalam bahasa Arab ini juga merupakan bulan ganjaran atau bonus bagi kita umat Muhammad SAW.

Bersempena bulan berkah ini, saya Radzi Zainon ADUN Sungai Rapat ingin mengajar rakyat sekalian untuk bersama melipat kaligandakan amalan dan menyucikan fikiran dan akhlak sepanjang bulan ini.

Jadikan bulan ini sebagai titik tolak anda untuk memajukan keluarga, masyarakat dan negara.

Sabda Rasulullah, 
Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak:  orang yang berpuasa hingga ia berbuka,  imam yang adil dan  doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

Melalui hadis inilah saya mengajak rakyat untuk berhubung, berinteraksi, menghantar mesej kepada Tuhan sekalian alam agar mengubah nasib kita, menjaga keluarga dan masyarakat kita, menjadikan umat islam kembali berdayasaing, maju dan berilmu.

Kezaliman, penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak mustakbirin yang bongkak dan menbdabik dada hanya boleh ditangani melalui hubungan vertikal kita dengan Allah tambahan pula doa di bulan Ramadhan ini.

Saya juga menyeru rakyat yang beragama Islam untuk bersatu padu atas nama ummah tanpa mengira bangsa. Ummah bermakna satu aqidah dan satu tauhid yang menyatukan insan tanpa mengira ras dan latar belakang. Justeru istiqamahlah kita bersama perjuangan Islam untuk memakmurkan alam ini berasaskan syariat dan petunjukNya.

Selamat berpuasa dan menunaiukan ibadah di bulan rahmat ini.

Ikhlas dari,

Radzi Zainon
ADUN Sungai Rapat

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)