Wednesday, July 03, 2013

LAYSIA PERLU TARIK DIRI DARI TPPA




Kenyataan Media MAPIM
3 hb Julai 2013

MALAYSIA PERLU TARIK DIRI DARI TPPA

MAPIM tuntut agar Malaysia menangguhkan perundingan TPPA yang dijadual pertengahan bulan Julai 2013 di Kota Kinabalu.

Malaysia perlu menarik diri dari pusingan selanjutnya setelah isu TPPA mendapat bantahan dari banyak pihak . 

Adalah menjadi sangat berisiko jika Malaysia meneruskan penyertaannya dalam rundingan TPPA kerana penentangan bukan sahaja dizahirkan di Malaysia malah dikalangan masyarakat sivil di hampir semua negara yang menyertai rundingan tersebut.



Gerakan rakyat menentang TPPA kini dilaporkan di New Zealand , Kanada dan Australia. Malah terdapat beberapa ahli Kongres di US Juga membangkitkan isu kerahsiaan yang menjadi ciri yang jelas dalam perundingan tersebut.

Thailand dan Korea Selatan telah menyatakan keberatan untuk menyertai rundingan ini kerana mengesan taktik US untuk menguasai pasaran mereka dan menjejaskan industri tempatan kedua negara itu melalui TPPA.

Ini adalah akibat dari ketidakketelusan rundingan perjanjian tersebut yang menjadi isu besar dikalangan banyak kelompok .

Dengan meneruskan menjadi tuan rumah kepada rundingan ini , Malaysia akan menjadi negara yang ditekan untuk melanjutkan perjanjian ini sehingga semua aspek perjanjian akan  dimeterai mengikut syarat-syarat yang mengikat Malaysia dengan perjanjian perdagangan yang belum tentu bermanfaat.

Sehingga ini semua pernyataan pihak yang menyokong TPPA dibuat atas andaian yang tidak dibuat berdasarkan kajian yang terperinci untuk membuktikan ia menguntungkan Malaysia.

Menteri MITI , Dato Mustapa Mohamed maseh hanya mampu menyatakan bahaya kepentingan Malaysia akan dipertahankan tetapi tetap tidak mahu mendedahkan maklumat perundingan secara terperinci kepada awam . Padahal semua industri besar mendapat maklumat yang esklusif mengenai perjanjian yang akan dimeterai itu .

Mapim tidak nampak kenapa Malaysia perlu mengikat dirinya dengan suatu regim perdagangan yang mengikat dan bakal mendedahkan diri kepada undang-undang antarabangsa yang lebih memihak kepada kuasa ekonomi negara yang jauh lebih  kuat.

Kami dengan itu mengesa Malaysia menarik diri dari menjadi tuan rumah kepada proses perundingan sehingga analisis dan perbahasan yang terperinci dibuka kepada semua pihak berkepentingan dan akses kepada maklumat TPPA  diberi kepada semua pihak .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)