Pada 16 Julai I 2013 Rombongan YB Ust Radzi Zainon, ADUN Sg Rapat bersama PAS Kawasan Ipoh Timur dan Sg. Siput telah tiba malam di Rumah Perak iaitu tempat penempatan para petugas PRK Kuala Besut dari negeri Perak.
Pengarah Lapangan PRK peringkat PAS Perak, Ust Misbahul Munir selaku TPJ PAS Perak telah menyambut mereka sebaik tiba di sini.
Turut berada Sdr Zamarul Aini iaitu Timb. Pengarah Lapangan dan petugas-petugas Unit Amal beserta Turut berada di sini dalam keadaan siap siaga ialah sebuah Ambulans Yayasan Amal Malaysia yang diketuai oleh Sdr Mohd Azuan Ismail, KSU Jabatan Amal Pusst
Pada 17 Julai 2013 Bermula dengan Qiamullail, bersahur, solat subuh dan kuliah subuh di Masjid Kg Tok Saboh, mesyuarat penyelarasan yang dikendalikan Pengarah turut diadakan pada sebelah pagi.
YB Radzi yang memang tidak canggung menyantuni dan mendengar masalah rakyat Perak hari ini bertindak menyantuni rakyat Kuala Besut pula. Loghat dan budaya yang berbeza bukan alasan untuk tidak berkempen baginya.
Bubur lambuk disediakan oleh para petugas untuk diagihkan kepada 300 masyarakat sekitar Kg Tok Saboh bermula jam 3 petang.
YB Ust Radzi akan turut mengagihkannya pada petang ini sebagai sebahagian dari aktiviti mendekati masyarakat dan para pengundi yang melebihi 3000 orang di UPU Tok Saboh ini.
Di Hospital Besut terjadi ujian kepada salahs eolah pejuang PAS Perak.
Sdr. Zairul Azrun, Pengarah MTD Manjoi merangkap Ketua Pemuda Tambun tiba-tiba diserang sakit jantung ketika singgah di Masjid Kg. Baru, daerah Besut ketika dalam perjalanan menuju Kuala Besut untuk bertugas dalam PRK tersebut.
Beliau yang ditemani oleh Ketua Caw. Manjoi Baru, Sdr. Jalalus Sayuti dan beberapa sahabat lain bergegas membawanya ke Bahagian Kecemasan, Hospital Besut setelah singgah di klinik swasta berdekatan untuk mendapat rawatan awal.
YB Ust Radzi sempat menziarahinya kira-kira jam 2.30 petang di Hospital Besut sebelum beliau dipindahkan pula ke Hospital Kubang Kerian, HUSM, untuk mendapat rawatan lanjut. Turut menziarahi, TPJ Ust Misbah, Ust Azmi, YDP Ipoh Timur, Kak Ju dsn beberapa sahabat lain.