Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Wednesday, July 03, 2013

TERAS TUNTUT BIL PENGISLAMAN ANAK RUJUK KEPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Kenyataan Media TERAS
3hb Julai 2013

TERAS TUNTUT BIL PENGISLAMAN ANAK RUJUK KEPADA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menuntut supaya konflik dalam isu pengislaman anak dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Oleh kerana menentukan hukum Islam sangat bergantung kepada mereka yang mendalami ilmu dari segi nas dan maslahah maka polimik yang disuarakan oleh pelbagai pihak yang menyentuh kepentingan Islam hendaklah dirujuk kepada forum yang berwibawa.

Apa yang dibahaskan nampaknya tidak akan kunjung selesai jika dibiarkan dibahas secara terbuka oleh pihak yang tidak ada keilmuan yang sah dari segi hukum Islam.

Membiarkan polimik hukum Islam dibahas tanpa batas melalui media akan menimbulkan kekliruan dan ketegangan yang tidak menentu.

Kini komentar oleh pelbagai pihak tanpa segan silu dilontarkan didalam media  seolah membayangkan hukum Islam tidak adil dikacamata awam.

Kami menuntut bahawa pihak kerajaan harus merujuk kepada pakar undang-undang Islam supaya pandangan yang berwibawa dan dibormati dapat mengelakkan konflik berterusan.

Isu pengIslaman adalah isu yang berkaitan dengan hukum Islam . islam tidak mezalimi mana-mana pihak yang berkaitan . 

Apa yang perlu difokus ialah menurut hukum Islam bagi kanak-kanak yang sudah baligh hendaklah dibenarkan membuat pilihan. Umur mengikut Perlembagaan iaitu 18 tahun hendaklah diubah supaya ia selaras dengan hukum Islam.

Kes hak pengIslaman , hak penjagaan dan domisil bukanlah suatu perkara baru. Malah sejak dari 1920an pernah berlaku di negara ini. Namun ia mendapat perhatian sekarang kerana ia menjadi polimik terbuka dan bidangkuasa Mahkamah Syariah dicabar apabila pihak Kehakiman  membenarkan kes di bicara di Mahkamah Sivil.

Kami berpandangan bahawa kes seperti ini harus dibincangkan secara tuntas agar tidak ada kekeliruan yang akan menjejaskan dan menimbulkan fitnah terhadap institusi Islam dan terhadap Islam itu sendiri.

Kami berpendapat bahawa ketika ada kes yang menimbulkan polimik terbuka yang menyentuh persoalan hukum Islam maka seharusnya ia tidak dibiarkan dibahas sehingga menimbulkan konflik yang tidak terkawal.

Pihak media perlu berhati-hati dalam menonjolkan isu kekhilafan dalam perhubungan antara agama kerana banyak pihak kini menuntut kebebasan media tidak  mahu mengambil tanggungjawab bila timbul konflik antara penganut.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)