Bukan anggota PERKASA

Bukan anggota PERKASA

Friday, July 12, 2013

Kunjungan Yb Radzi ke SK Pengkalan Pegoh






10 Julai 2013- Pengkalan Pegoh

Sekitar jam 9.30 pagi YB Radzi Zainon dan rombongan Pusat Khidmat beliau telah hadir ke SK Pengkalan Pegoh bagi membincangkan hal semak samun sekitar sekolah dan isu gelanggang badminton yang terletak diluar kawasan sekolah.

Guru Besar Sekolah Keb. Pengkalan Pegoh, Cikgu  Mohd Tarmizi Mohd Tahir sudi bertemu dan berbincang dengan YB ADUN Sg. Rapat, Ust Radzi Zainon dan rombongan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat berkenaan permasalahan sekolah termasuk isu keselamatan, isu semak samun dan isu Dewan JKKK yang didirikan di dalam kawasan sekolah.

Ust Radzi meluangkan masa lebih 1 jam 30 minit untuk meninjau dan mendapat maklum balas berkenaan isu ini termasuk mendapat maklum balas terus daripada Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh, MBI, Datuk Abd. Mukti yang bertanggung jawab di kawasan ini setelah menelefon beliau.

Kerjasama daripada pihak sekolah seperti yang ditunjukkan oleh Guru besar SK Pengkalan Pegoh amat dihargai dan membantu pihak ADUN menjalankan tugas beliau untuk rakyat.

Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat

PAPAN TANDA

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk
Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)