Thursday, September 25, 2008
Wednesday, September 24, 2008
Bebaskan tahanan, bantah penahanan Raja Petra
Gerakan Mansuhkan ISA
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Pulau Pinang menentang keras penghantaran Raja Petra Kamaruddin ke Kem Tahanan Kamunting, Perak hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). GMI Pulau Pinang membantah tindakan kerajaan menggunakan akta zalim ini untuk menyekat kebebasan rakyat bersuara.
GMI Pulau Pinang juga menyeru orang ramai supaya menghadirkan diri di hadapan Dewan Sri Pinang bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap akta tidak adil ini dan beramai-ramai menuntut supaya akta ini dimansuhkan serta – merta. Penahanan yang telah dilakukan adalah bertentangan dengan Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 10: Setiap individu mempunyai hak yang sama untuk menghadiri perbicaraan yang adil dan saksama. Mereka yang ditahan di bawah akta zalim ini tidak pernah diberi perbicaraan yang adil. Dalam sejarah penggunaan akta ini, setiap kali rakyat melakukan penentangan ke atas kerajaan, akta ini akan digunakan pula untuk melindungi individu ataupun kelompok kerajaan yang berkepentingan.
Pada 12hb September, penahanan Raja Petra Kamaruddin adalah di bawah akta zalim 73(1). Walau bagaimanapun, atas alasan untuk melanjutkan tempoh tahanan, polis telah menggunakan akta zalim 8 dan ini telah menyebabkan penahanan sebelum ini menjadi tidak sah.
GMI Pulau Pinang menyeru rakyat Pulau Pinang bangkit menentang kezaliman ini dengan menghadiri perhimpunan aman yang akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh: 26 September
Masa: 9.30 malam
Tempat: Dewan Sri Pinang
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Lau Shu Shi 012-8756179 atau suarampg@gmail.com.
Sila pakai baju atau badge “Mansuhkan ISA” ataupun baju yang berwarna gelap. Bawa juga lilin atau lampu picit.
Sila sebarkan maklumat ini.
GMI Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan aman seperti ini pada setiap Jumaat (3/10,10/10 dan 17/10) pukul 9 malam di hadapan Dewan Sri Pinang. Semasa perhimpunan, peserta boleh menurunkan tandatangan yang akan dikumpul bagi menandakan sokongan kepada kempen mansuhkan ISA yang dijalankan. Kepada sesiapa yang ingin memberi sokongan kepada tahanan ISA yang tidak berpeluang bersama keluarga pada Hari Raya, anda digalakkan membawa kad hari raya supaya dapat dikirimkan kepada tahanan yang berseorangan.
GMI Pulau Pinang menyeru pihak polis supaya tidak mengambil tindakan yang keras, sebaliknya menjalankan tugas menjaga keamanan dengan sebaiknya serta mematuhi Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 20: Setiap individu mempunyai hak untuk menyertai atau menganjur perhimpunan aman. Kepada orang ramai, GMI Pulau Pinang menyeru supaya jangan takut pada akta zalim ISA tetapi bersama-sama bangun menentang dengan cara yang aman!
Lau Shu Shi
012-8756179
suarampg@gmail.com

Gerakan Manushkan ISA
63B – 01 – 07, University Heights, Jalan Sungai Dua, 11700 Penang. Tel / Fax: 04-6582285 Blog:http://suarampg.blogspot.com/

Thursday, September 18, 2008
Media perkauman; ciptaan siapa?
Media cetak Malaysia tumbuh sejak zaman pentadbiran British. Dengan aktifnya Kesatuan Melayu negeri-negeri dan persatuan bangsa Cina dan India seberang laut, penerbitan bahan cetak lebih kepada pemusatan bangsa dan tanahair asal. Keharmonian kaum yang digembar-gembur oleh pemimpin BN kepada pihak luar adalah berlawanan dengan kondisi sebenar masyarakat di sini. Sin Chew daily dituduh sebagai agen penyebaran idea perkauman. Bagi masyarakat luar bandar tuduhansebegini mudah diterima. Bagaimana pula bagii golongan terpelajar, terdidik dan golongan pemikir-inteligensia? Adakah mereka tidak mudh mengesan pembohongan jika menggunakan metod pemikiran kritikal?
Akar umbinya adalah, menjelang pilihanraya atau jika merasakan ruang politik sempit, masyarakat di Malaysia lebih senang mengguakan sentimen kaum dan ras. Siapakah yang mengajar masyarakat hingga menjadi sebegini rupa?
Saya tertarik dengan artikel Jangan Biarkan Bangsa Lain Ambil hak Melayu yang disiarkan dalam Utusan Malaysia 25 Ogos 2005. saya sifatkan artikel ini juga bersifat perkauman. Adakah Utusan sahaja mengeluarkan artikel pro melayu sebegini? Dalam artikel ini, pengundi Permatang Pauh diingatkan akan bahayanya Pakatan rakyat yang akan melebur hak melayu. Siapakah yang memulakan politik perkauman? Natijah yang cukup jengkel adalah; wartawan yang menyiarkan kenyataan rasis pemimpin UMNO ditahan.
Rakyat Malaysia perlu mendalami adat dan budaya kaum lain selain menjaga budaya bangsa sendiri. rakyat Malaysia perlu bersedia dengan senajta perkauman daripada pihak tertetntu yang akan menggunakan hujah perkauman apabila mereka tersepit.
Pendita Bitara.
Kerajaan Baru perlu disegerakan;hapuskan ISA
ISA wajib dihapuskan segera!!
hanya dengan kerajaan baru sahaja usaha ini boleh berjaya. tak usahlah sebut usaha DSAI sebagai angan mat jenin. jangan lah pertikai dia liberal atau bukan pro-Islam. Ini bukan masa untuk menghunus hujah sinis atau kata-mengata. Hari ini usaha hanya satu iaitu jatuhkan BN. Bila jatuh, tolong lepaskan mangsa ISA!
selepas itu part komponen Pakatan Rakyat, berbincanglah, berwacanalah, berforumlah akan halatuju dan manfaat bersama yang boleh disepakati.
Dato' Seri Anwar Ibrahim, anda akan digulingkan semula jika tidak hapuskan ISA yang mahazalim itu!!

Monday, September 15, 2008
Malam Anti-ISA di Pulau Pinang
Di celah sepanduk anti-ISA dan kebebasan media, desakan mansuh AUKU juga boleh dilihat!
Terdapat juga sekelompok peserta perhimpunan ini membentuk bulatan dan menyanyikan lagu mansuhkan ISA.
Lilin-lilin juga dinyalakan, simbol kepada keamanan dan harapan yang sentiasa diulang-ulang dan dilaung-laungkan, MANSUHKAN ISA!
Besarlah harapan penulis agar rakyat sama-sama peka dan sedar tentang kezaliman yang dibawa oleh Akta ISA. Antara tanda sokongan yang mampu dilakukan ialah menghadiri perhimpunan anti-ISA seperti ini. Kezaliman perlu ditentang hingga ke akhirnya, usah takut atau gentar jika kita di pihak yang benar!

Pendita Bitara
Jalan Maut Balik Pulau (bahagian 6)
Gayat dan menanti masa untuk runtuh. Risiko besar yang saban hari dihadapi oleh penduduk Balik Pulau. Pihak kerajaan persekutuan perlu bertanggungjawab kerana ia dimulakan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional dahulu. Kerajaan sekarang pula wajib bersuara tanpa henti untuk membela nasib penduduk Balik Pulau.
Jalan Maut Balik Pulau (bahagian 5)
Di sebelah adalah jalan yang terhakis teruk serta mampu menjadikan penunggang motosikal hilang keseimbangan terutama di waktu hujan.
Cuba lihat pula jalan di bawah. Kemana lorong hantu itu ingin mendorong pengguna?
Penahanan Raja Petra, Teresa dan Tan memburukkan lagi rekod kerajaan

PAS memandang serius beberapa siri tangkapan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari semalam.
Dalam suasana negara baru sahaja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51, PAS merasakan sepatutnya pihak kerajaan sudah mula bergerak ke arah melupuskan sama-sekali akta zalim warisan penjajah ini.

Penahanan penulis dan pengkritik masyarakat Raja Petra Raja Kamarudin di bawah ISA hanya akan memburukkan lagi rekod kepimpinan kerajaan yang sedia ada.
PAS merasakan sekiranya Raja Petra didapati telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang maka tindakan yang sewajarnya terhadap beliau adalah mendakwanya di mahkamah yang terbuka bagi mana-mana kesalahan yang dilakukannya dan tidak dengan menggunakan ISA.
Dalam waktu yang sama PAS turut mengutuk mana-mana pihak samada dari kerajaan atau pembangkang yang mengambil kesempatan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan sehingga mencetuskan keresahan dan pecah-belah di kalangan masyarakat.
Mereka ini seharusnya diambil tindakan berdasarkan mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada dan diberikan peluang membela diri di mahkamah.
PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan kekeruhan dikalangan masyarakat. PAS turut ingin menasihatkan pihak polis dan kerajaan agar memastikan yang kestabilan negara dan keharmonian masyarakat terus kekal dalam negara kita yang tercinta ini.
PAS turut merakamkan simpati kepada keluarga Raja Putra, wartawan Sin Chew Daily News Cik Tan Hoon Cheng dan ahli Parlimen Seputeh/ ahli EXCO Selangor YB Teresa Kok, semoga mereka dan ahli keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini./wann
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (13 September 2008)_
Jalan Maut Balik Pulau (bahagian 4).
Lihat juga tanda anak panah yang sepatutnya bercahaya dan menunjuk arah tertentu, kini hanya menunjuk ke arah bumi, tidak berkelip lagi...menunggu masa untuk pencuri besi menyambar hasil.
Besi terpacak ala Menara Paris di bawah ini hanya menjadi hiasan.
JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
KENYATAAN MEDIA
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
14 September 2008
JIM KECAM PENAHANAN AHLI POLITIK, WARTAWAN DAN PENULIS BLOG DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) mengecam undang-undang tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaannya ke atas Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, wartawan akhbar Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan pengendali laman blog Raja Petra Kamaruddin.
JIM ingin menegaskan bahawa prinsip keadilan amatlah penting dalam perundangan. ISA menyalahi prinsip keadilan kerana mereka yang ditahan dinafikan hak untuk “tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahannya”, dinafikan hak bela diri, dinafikan khidmat guaman dan boleh ditahan selama-lamanya tanpa dihadapkan ke mahkamah.
Walaupun wartawan Tan Hoon Cheng kemudiannya telah dibebaskan selepas 16 jam ditahan, namun JIM mempersoalkan penahanan tersebut atas kononnya untuk melindungi beliau daripada ancaman ke atas keselamatan beliau. Ini menurut Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dalam sidang akhbar di Ibupejabat Polis Bukit Aman pada 13 September 2008. Bukankah suatu yang amat pelik apabila seseorang ditahan di bawah ISA untuk menyelamatkan beliau daripada ancaman keselamatan sedangkan lazimnya seseorang ditahan kerana beliau dituduh memudaratkan keselamatan negara?
Apakah dengan ini wartawan tersebut perlu berterima kasih kepada Kerajaan atau sepatutnya menyaman Kerajaan kerana merampas hak kebebasan beliau sebagai warganegara dengan alasan yang tidak munasabah langsung?
Perbuatan menuduh tanpa sebarang bukti adalah perbuatan yang haram dari sudut Syariah, kerana ianya sendiri merupakan sebab utama kepada keadaan huru-hara di kalangan masyarakat yang hilangnya kepercayaan antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujurat ayat 6, penyebaran perkhabaran dan maklumat yang tidak sahih lagi meragukan menyebabkan berlakunya pertimbangan yang tidak adil, lantaran mengundang kepada musibah fitnah yang melanda masyarakat.
Riwayat hadith Ibnu Majah dan Abu Dawud menyebutkan bahawa kadi yang menetapkan hukuman kepada seseorang bedasarkan sumber-sumber bukti yang tidak benar akan dicampakkan ke dalam api neraka sewajarnya cukup menjadi pengajaran bagi kerajaan untuk mengutamakan prinsip keadilan Islam yang rasional berbanding dengan sentimen-sentimen perkauman yang rapuh dalam menjaga kemaslahatan masyarakat.
JIM mengesyorkan mana-mana pihak yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap menghina Islam supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Islam tertegak di atas nas dan dalil Al-Quran dan Sunnah yang jelas. Tuntutan untuk mengemukakan hujah-hujah Islam secara berhikmah dan beradab sudah termaktub di dalam riwayat hadith-hadith yang sahih.
JIM memandang penahanan wartawan Tan Hoon Cheng seolah-olah beliau bertanggungjawab ke atas kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail sebagai tidak wajar kerana Ahmad Ismail dan pengikut beliau sendiri yang sengaja memberikan provokasi perkauman tanpa sebarang kawalan emosi di hadapan wartawan-wartawan.
Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok pula merupakan satu ketidakadilan kerana dakwaan bekas Menteri Besar Selangor keatasnya telah dinafikan sekeras-kerasnya. Malah, masjid di Damansara yang dikatakan disuruh perlahankan bunyi azannya telah memberi penjelasan bahawa azan tidak berbunyi dengan kuat kerana alat pembesar suara azannya mengalami kesulitan teknikal, bukannya kerana ditentang penduduk bukan Islam.
Penduduk bukan Islam di kawasan perumahan sekitar sebuah masjid di Puchong pula dilaporkan hanya memohon supaya diperlahankan penggunaan pembesar suara untuk majlis kuliah bacaan ayat al-Quran, bukannya azan itu sendiri.
JIM berpendirian jelas bahawa apa juga alasan yang dinyatakan kerajaan atas episod penahanan terbaru ini samada sebagai “pencetus polemik ketakutan” atau “pencetus kegawatan”, ianya seharusnya boleh ditangani dengan pelbagai akta lain yang sedia ada.
Tindakan menggertak dan menangkap blogger, wartawan, para pengkritik dasar kerajaan khususnya dari kalangan parti pembangkang tanpa hujah yang konkrit hanya akan mengundang kemusykilan rakyat terhadap motif dan keikhlasan kerajaan dalam melaksanakan perubahan pasca Pilihan raya Umum ke-12 terutamanya dalam konteks lanskap politik negara kini. Tindakan ini hanyalah mengesahkan lagi bahwa ISA digunakan untuk tujuan politik parti pemerintah.
JIM amat kesal dengan tindakan parti politik pemerintah yang sanggup memainkan isu sensitif seperti perkauman dan agama demi untuk menutup pelbagai kelemahan kepimpinan sedia ada. Sebaliknya, adalah lebih baik pihak kerajaan berusaha menyelesaikan pelbagai kemelut yang terjadi di dalam negara sekarang ini tanpa menggadaikan suasana keamanan yang sedia ada. Hentikan politik perkauman, fitnah dan tuduh menuduh tanpa bukti lagi tanpa bicara dan kembalilah kepada Syariat Islam.
JIM menggesa Kerajaan untuk membebaskan Teresa Kok, Raja Petra dan tahanan-tahanan ISA yang lain dengan serta merta atau dakwa mereka di mahkamah. Nasib tahanan yang ditahan dalam tempoh yang lama sehingga 7 tahun juga perlu dibela.
Sebagai anggota aktif gabungan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), JIM menyeru rakyat yang prihatin untuk turut tampil membantah ISA dan penahanan berhubungnya melalui program-program yang dianjurkan oleh GMI. Dalam tuntutan keadilan dan kebenaran, tidak ada batasan agama, kaum atau budaya.
Syed Ibrahim Syed Noh
Timbalan Presiden

Kronologi Menarik Tangkapan ISA kali ini.
BN kalah teruk akibat bermulanya Gelombang Kuning BERSIH dan sempena 'comeback' DSAI.
Parti komponen BN mula goyang dan mula ada keberanian untuk sanggah UMNO.
DSAI Menang!!
Dato’ Ahmad Ismail-bercakap perkauman, ingin Gerakan keluar dari BN (tidak ditangkap)
Tan Hoon Cheng yang siarkan ucapan Ahmad Ismail (ditangkap) kerana menulis dalam akhbar tulisan ucapan orang lain yang bernada perkauman.
Dato’ Zaid Ibrahim ingin letak jawatan jika ISA masih digunakan secara sewenang-wenangnya.
Dato’ Ong Ka Ting, marah penggunaan ISA, ramai ahli MCA turun ke Balai Polis Bukit Mertajam bela wartawan cina itu.
UMNO makin terdesak kerana 2 komponennya semakin berani menentang mereka!
Dato’ Shahrir Menteri KPDN HEP bangkang penggunaan ISA terhadap selain komunis.
Dato’ Shabery mintak Polis yang beri alasan tentang tahanan bukannya orang lain.
Kesimpulannya: ketegangan perkauman adalah senjata UMNO sejak merdeka dan mereka pakar memanipulasikan kebenaran. Rakyat makin terpelajar. Rakyat tidak akan tertipu lagi!
Jalan Maut Balik Pulau(bahagian3).
Jalan Maut Balik Pulau (bahagian 2)
Kekuatan banjir kilat baru-baru ini memberi kesan kepada pembahagi jalan yang diperbuat daripada batu.
Mengapa terus membisu? Melalui maklumat awal yang saya perolehi daripada beberapa pekerja asing dari Bangladesh, mereka menyatakan bahawa kontraktor akan kembali menjalankan tugas pada awal bulan September. Tetapi sehingga berlaku banjir teruk yang menjejaskan jalan ini sekalipun, mereka terus mendiamkan diri.
Di Malaysia ada undang-undang hutan.
Di Malaysia - yang membela anak gadis dirogol akan masuk penjara.
Di Malaysia- yang dedah hal rasuah akan di tahan di bawah akta kerahsiaan.
Di Malaysia- yang bercakap hal perkauman bebas, yang siarkan berita si pembuat ucapan akan ditahan.
Di Malaysia- sesiapa yang diugut juga akan ditahan dalam ISA, demi menjaga keselamatan yang kena ugut?
Di Malaysia- yang cabut keris bercakap perkauman bebas, yang menonton pula kena tuduh.
Di Malaysia- demostrasi bantah kezaliman pentadbiran Universiti akan ditahan, yang berdemo demo perkauman akan dijulang.
Di samping indah dengan pusat perlancongan dan memilki budaya majmuk yang unik, Malaysia juga memiliki keindahan undang-undang ala hutan tropika!!

Jaga Islam bukan dengan ISA!!
Barisan Nasional mempunyai satu sikap biadab sejak dahulu hingga kini. Bila mereka mulakan sesuatu ketegangan, orang lain yang dijadikan mangsa dan kambing hitam. Buktinya, Operasi Lalang pada tahun 80an dahulu. Lihat juga bagaimana ketegangan antara kaum lebih banyak dicetuskan dalam perhimpunan UMNO, kenyataan media daripada menteri dan pemimpin UMNO.
Pakatan Rakyat jika bercakap soal kaum, mereka ada hujah masing-masing dan ia tidak pernah membawa kepada keganasan. Benarkah di bulan Ramadhan ini BN menjadi juara menghapus tuduhan dan fitnah terhadap agama Islam melalui tangkapan tanpa bicara? Mungkinnya ia suatu tindakan untuk mengkosmetikkan ISA yang sedia cemar? Rakyat skeptikal apabila tahanan Tan Hoon Cheng dilepaskan tidak sampai 24 jam berbanding amalan rutin BN iaitu tahanan selama 60 hari. Alasan pula bagai orang yang hilang akal iaitu ditangkap kerana ingin melindungi Tan!! Melindungi dengan ditangkap. Saya rasa DJ Radio RTM pun akan tergelak dan tersedak selepas menyampaikan berita sebegini.
Ingin menjadi juara bukan dengan ISA yang zalim. Menjaga agama bukan dengan menyebarkan sikap penerapan 'culture of fear' di kalangan rakyat. Jika benar ingin menjaga agama, sila tangkap pengamal ajaran sesat serta siasat mana-mana pertubuhan atau artis Melayu yang menghina Rasulullah dan agama Islam......berani?

Amerika kritik ISA di Malaysia?
Amerika Syarikat telah memanggil Duta Malaysia untuk membantah penggunaan ISA di Malaysia? Amerika perlu cermin diri dahulu dan menasihati anak angkatnya, Israel terlebih dahulu. Mossad di Israel telah menangkap rakyat Israel serta Palestin yang hanya disyaki sahaja, selama bertahun-tahun. Mengapa US membutakan mata dan membisukan diri? Bagaimana sikap mereka terhadap negara nuklear lain selain sekutunya, begitu juga sikapnya kepada negara zalim lain. Negara kita memang semakin zalim, senjata tok aji UMNO dan BN adalah menggunakan ISA sebagai pilihan terakhir. Tetapi Amerika juga perlu melihat dan memikirkan sama tindakan polis, tentera dan penjajahnya di Iraq yang berleluasa serta menggunakan tindakan yang lebih dahsyat daripada ISA.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kursus Intensif Percussion-alat ketuk