Monday, July 29, 2013

Nasihat Ustaz At Takiri- Ulamak haraki dicemuh dan difitnah

Ulamak haraki dicemuh dan difitnah

.,28 Jul 2013

Ulamak adalah orang yang memenuhi 2 syarat iaitu:

1-Mempunyai pengetahuan tinggi tentang agama, mampu merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan
2-Mempunyai ketaqwaan kpd Allah s.w.t .
Mereka hidup dengan mewakafkan diri untuk kerja dakwah menyedarkan ummat menerusi surau masjid dan pelbagai medium. Apabila golongan berilmu dan bertaqwa ini menjadi sasaran kritikan dan penghinaan maka bermulalah siri-siri kerosakan umat. Amat malang jika ia berlaku di kalangan mereka yang menobatkan dirinya sebagai pejuang Islam dalam gerakan Islam.

Adakah kesedaran yang mereka dapat hasil usaha sendiri tanpa menerusi ulamak yang memberikan pencerahan dan ilmu kesedaran?

Inilah bibit kerosakan dalam gerakan Islam. Kalau dulu parti nasional yang memperkecil dan menghina ulamak namun sekarang suara-suara yang menasabkan mereka sebagai ahli gerakan Islam pula yang meniru aksi mereka. Adakah ini kejayaan musuh meresap masuk ke dalam saf gerakan Islam?

Serangan dibuat secara umum terhadap ulamak kononnya tidak turun ke padang untuk berdakwah, tiada daya kepimpinan dan tidak kompeten serta berselindung di bawah jubah ulamak untuk menjadi pemimpin.

Fitnah-fitnah seumpama ini sangat jahat, sedangkan secara realitinya ulamak-ulamak ini turun bersama masyarakat di waktu pagi dan petang dengan puluhan program dakwah 7 hari seminggu untuk bergerak menyampaikan Islam di pelbagai medium tanpa meminta secara peribadi untuk menjadi pemimpin. Di kala sebahagian kita sibuk dengan mencari nafkah, para ulamak turun berdakwah sama ada dengan imbalan dunia sebagai nafkah harian atau tanpa habuan hanya meletakkan Allah sebagai pergantungan rezeki.

Lidah mereka seharian basah dengan zikir dan ayat-ayat Allah. Malam-malam mereka dipenuhi dengan munajat kepada Allah. Berhati-hatilah dengan fitnah yang sedang dinyalakan oleh mereka yang bertopengkan aktivis dakwah tanpa ilmu dan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Nabi saw bersabda dalam hadis sahih: من عادى لي وليا فقد آذنته بالحرب

"Sesiapa yang memusuhi waliku (orang yang hampir dengan-Ku) maka Aku isytiharkan perang terhadap mereka".

YB Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Kuala Nerus

KENDURI KESYUKURAN & TAHLIL DI RUMAH MANTAN YDP PAS BT. GAJAH, TN HJ IBRAHIM MALIK

27 Julai 2013- Batu Gajah

Suatu majlis tahlil dan kenduri kesyukuran telah diadakan untuk meraikan kemenangan DUN Sungai rapat di rumah Tuan Haji Ibrahim di Batu Gajah.




Tn Hj Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Ibrahim adalah YDP PAS Bt. Gajah sejak tahun 1986 sebelum diterajui oleh Tn Hj Ismail Ariffin sebagai YDP bermula tahun 2005 hingga sekarang.

Beliau, seorang veteran PAS yg kini menetap di Kg Sungai Terap berusia 77 tahun, seumur dengan ayahanda Ust Radzi dilihat masih bertenaga dan masih mampu mengurus diri dan keluarganya.


Menurut sejarah awal, pada zaman beliau memimpin PAS Kawasan Bt Gajah, Caw. PAS Pengkalan Pegoh dan Caw. PAS Taman Meru yg kini berada dalam kawasan  PAS Tambun, ketika itu masih berada di bawah pentadbiran PAS Bt. Gajah.

Beliau turut bersyukur atas kemenangan PAS di DUN Sg. Rapat kali ini kerana penantian lebih 28 tahun telah membuahkan hasil, khususnya bagi PAS Batu Gajah.

Sepanjang 21 tahun memimpin PAS Kaw Bt. GAJAH, banyak asas penting telah dilakukan oleh beliau untuk memperkukuhkan PAS Bt. GAJAH. 

Beliau pernah diiktiraf sebagai antara pengedar Harakah paling cemerlang di Perak, dan sehingga kini masih istiqamah mengedarkan Harakah kepada masyarakat khususnya ahli ahli PAS. Mungkin yakin dengan saranan Yb Ustaz Idris Ahmad agar istiqamah mengedar dan menjadikan Harakah bahan bacaan rakyat, beliau amat komited dan optimis dengan media harakah sebagai sumber suntikan kebangkitan dan kesedaran rakyat.

Ramai pimpinan kawasan dan ahli ahli PAS yang turu hadir  di rumah Pak Ibrahim.

Shahrul Puadi
Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat

Sunday, July 28, 2013

YB Radzi bersama Dr Hassan ahli akademik Thailand

25 Julai 13 - Ipoh

Tidak sah seseorang wakil rakyat jika tidak bertukar pandagan dengan wakil  pimpinan luar negara, ahli akademik atau sekurangnya pemimpin NGO atau wakil rakyat daripada parti yang berlawanan.

Budaya bertukar idea dan berwacana secara sihat adalah antara cara untuk menjadikan kerja seseorang wakil rakyat efektif dan efisyen.





Baru-baru ini, YB Radzi Zainon bersama pembantunya telah berbuka puasa di surau Mujahaddin Pekan Razaki.

Di situ, beliau telah sempat berbuka bersama dengan wakil rakyat dari negara Thailand, Dr Hassan yang bertugas sebagai pensyarah di University of Bangkok. Beliau telah bertukar-tukar pengalaman dengan YB Radzi dan YB Dr Lee dipertemuan tersebut.

malam itu juga YB sempat bertazkirah selepas ola terawih untuk jemaah suru berkenaan.


Shahrul Puadi
Muhammad Nuruddin Bashah
team Media ADUN Sungai Rapat

Menziarahi Muslimat yang diuji Allah di Ipoh Timur

25 Juai 13 - Ipoh Timur

Selepas program berbuka puasa dan tazkirah di Surau Seri Rahmat, rombongan YB Radzi Zainon telah berkunjung ke flat Seri Connolly untuk menziarahi Saudari Izzati Athirah bt  Zahari yang menghidapi ketumbuhan pada ovari beliau. 

Kunjungan ini atas usaha Pemuda PAS Ipoh Timor memandangkan saudari Izzati adalah adalah salah seorang guru PASTI Taman SPPK. Beliau juga akan melanjutkan pelajarannya dalam masa terdekat dan usaha PAS Ipoh Timor supaya beliau mendapat rawatan secepat mungkin. 






Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat bersama Pemuda PAS Ipoh Timor bersedia menyediakan kos rawatan beliau.

Kebajikan yang dihulur oleh YB radzi bukan hanya kepada rakyat malah juga beliau amat perihatin terhadap petugas, amilin dan aktivis parti sendiri. hal inilah yang menjadikan para pendokong PAS Gopeng, Ipoh Timur dan Batu gajah semakin bersemangat untuk membantu beliau melaksanakan pentadbira dan pengurusan Islam di dalam DUN yang beliau wakili kini.

Shahrul Puadi
Muhammad Nuruddin bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat

Islam dilebamkan oleh penganutnya sendiri di Malaysia

Islam dilebamkan oleh penganutnya sendiri di Malaysia

Ada yang mungkin beranggapan tajuk tulisan ini keras atau kenyataan yang ‘back fire’ kepada umat islam itu sendiri. Namun ia mungkin boleh djadikan suatu perenungan koreksi mengapa Islam lebam dan longlai walaupun terdapat peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan atau istiah lain agama rasmi.

Ramai umat Islam Malaysia dan Singapura naik marah dan mengamuk apabila penghinaan terhadap ibadat umat islam dihina secara langsung atau secara tidak langsung. 



Sebagai misalan kes paling popular akhir-akhir ini adalah kes melibatkan pasangan kontroversi  Alvin Tan Jye Yee,25 dan Vivian Lee 24 yang menyiar gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen: 

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan." Malah mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. 
Malah kes lama mereka yang pernah menyiarkan video  lucah dalam laman web juga akan dimasukkan dalam pertuduhan terhadap pasangan yang diikat jamin sebanyak RM 30 000 seorang ini.

Persoalan yang bermain difikiran kaum bukan Islam mungkin tidak kita perhalusi. Ya, menyiarkan kata-kata menghina ibadat umat Islam itu salah besar. Bagaimana pula dengan tindakan para menteri di kalangan umat Islam sendiri malah sahabat mereka di kalangan kaum bukan Islam yang menghina  sistem syariah Islam di negara ini. Malah ada yang mengeluar kenyataan biadap menghina Hudud sebagai hukuman yang mendefisitkan ekonomi dan merencatkan pertumbuhannya. 

Bagaimana pula dengan muat naik filem lucah buatan yang kemudian cuba dikaitkan dengan DSAI dan Dato’ Mustafa Ali sebelum ini sedangkan tiada siapa berani bawa kes tersebut untuk mendakwa para penyebar klip lucah berkenaan. Bagaimana pula tindaan penyebaran klip lucah dari rumah ke rumah yang dibuat oleh kaki tangan syaitan yang cuba merosakkan nama baik DSAI?
Mengapa pula  individu yang dianggap pelucah dan tidak bermoral itu tidak berani pula di bawa ke mahkamah dan didakwa seperti pasangan Vivian dan Alvin?
Dua hal yang memeningkan kaum bukan islam, pertama si pembuat pelaku lucah tidak berani dibawa ke muka pengadilan (kaum bukan Islam sendiri tahu video itu ciptaan konspirator) malah yang menyebar bahan lucah juga tidak didakwa.

Hal lain yang kini menjadikan Islam kian lebm dibumi Islam Malaysia adalah kes pengharaman penyertaan umat Islam dalam pertandingan Ratu Cantik.

Hujah si peserta yang beragama Islam bahawa apa beza kami dengan peserta Gimrama dan perenang wanita berbikini dalam SUKMA juga masuk akal. 



Ia menunjukkan betapa nazaknya sistem perlaksanaan Islam di Malaysia. Sukan halal sedangkan pesertanya juga tidak menutup aurat. Ratu cantik haram mungkin kerana istilah Miss Malaysia itu sendiri mungkin akan mengheret malu ke muka Mufti dan Jabatan Agama Islam jika tidak ditangani.



Mengapa isu aurat dalam sukan tidak diambil berat dan dihukum seumpama isu Ratu cantik? Malah ada etlit takraw negeri Perak yang pernah digantung hanya kerana menutup aurat dalam perlaanan yang disertainya. Bukankah ia memalukan umat islam sendiri kerana yang mengantung itu juga beragama Islam?
Isu shisha diharamkan juga menjadi mainan sindirian masyarakat cyber yang menganggap ia suau fatwa yang olok-olok. Tiada pihak boleh mempertikai nas dan dalil yang digunakan untuk mengharamkan shisha malah ia memang suatu tindakan yang baik untuk masyarakat kita.
Dalam hal yang sama  bagaimana pula dengan rokok? Rokok bukan sahaja merosakkan si perokok menghasilkan natijah perokok pasif kerana asap rokok disebar juga kepada anak isteri di rumah (berbanding shisha yang hanya dihisap di kedai kopi/restoren)


Ramai beranggapan hanya kerana rokok memberi sumber pendapatan cukai kepada kerajaan maka ia halal walaupun difatwakan haram oleh mufti kerajaan Pulau Pinang.

Judi halal di genting jika bercukai. Judi haram di lorong-lorong kerana tidak membayar cukai. Inilah Malaysia.


UMNO menggunakan judi kebajikan sebagai sumber pendapatan

Beberapa senario di atas terbukti Islam dilebamkan oleh penganutnya sendiri. Sebelum umat Islam paranoid dengan ancaman luaran terhadap Islam (walaupun ia memang wujud) sewajarnya Umat Islam koreksi dan perhatikan kain sendiri agar agama suci ini tidak dianggap menjadi bahan mainan umatnya sendiri.

Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng


Kenyataan media : KEKEJAMAN TENTERA MESIR MESTI DITENTANG HABIS-HABISAN


Kenyataan Media Bersama
SHURA dan MAPIM
28 hb Jun 2013

KEKEJAMAN TENTERA MESIR MESTI DITENTANG HABIS-HABISAN

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengecam dan mengutuk dengan keras  pembunuhan sekali lagi rakyat Mesir oleh tentera yang berlaku pada  Jumaat baru-baru ini. 



Tindakan terbaru oleh tentera Mesir ini tidak dapat dikompromi samasekali . Ia adalah isyarat jelas bahawa demokrasi yang diperjuangkan oleh Revolusi 25 hb Jun 2011 sudah dirampas oleh tentera.

Pada hakikatnya tentera tidak pernah memihak kepada rakyat kerana institusi tentera sejak Mesir merdeka dari sistem monarki telah menjadi komponen yang selama ini hanya memelihara kepentingan golongan elit pegawai tinggi yang menjadi budak kepada kuasa Barat terutama US untuk mencengkam dan menindas rakyat dengan zalim.

Tentera yang bergabung dan berkospirasi dengan kehakiman , golongan liberal ,dan sekular serta Kristian  Koptik dan kelompok mafia tamarroud adalah bertanggungjawab di atas pembunuhan ini . Atas alasan menolak pemerintahan Ikhwan Muslimin , mereka menerima bantuan Amerika untuk mengguling Morsi dan membunuh rakyat Mesir.

Tentera yang mengguna kononnya mandat dari rakyat dalam perhimpunan anti Morsi yang didalangi oleh tentera sendiri di Tahrir Square telah dengan sengaja menyerang peserta perhimpunan pro Morsi di kawasan Universiti Al Azhar menjelang waktu sahur pada Jumaat tersebut.

Kini angka kematian meningkat kepada lebih 100 orang dan lebih 1000 cedera dalam insiden Jumaat itu akibat serangan tembakan rambang tentera dengan peluru hidup  ke arah peserta demonstrasi .

Jelas tentera kini terang-terangan mahu mencetuskan perang sivil dengan rakyat sendiri yang boleh mengheret Mesir ke arah situasi seperti Syria. Ketua tentera , Fatteh Al Sisi , yang melantik dirinya sebagai Menteri Pertahanan selepas menggulingkan Morsi juga telah secara terbuka mengistiharkan akan " membersihkan" Mesir dari " teroris" yang ditujukan kepada Ikhwan Muslimin dan penyokong Morsi.



Dengan tindakan membunuh rakyat Mesir sendiri melalui serangan brutal ke atas peserta yang tidak mempunyai sebarang daya berhadapan dengan tentera Mesir yang dilengkapi dengan senapang , keretal kebal dan pemancut gas dan air pancut yang  beracun , bermakna peralihan kepada demokrasi yang diidamkan oleh rakyat Mesir hancur samasekali.

Sangat jelas kelompok anti Islam didalangi oleh tentera dan kuasa luar untuk menolak kemenangan Mohammad Morsi yang terpilih secara pilihanraya yang demokratik. Ini sangat jelas membuktikan demokrasi yang dilaksanakan tentera adalah demokrasi penuh hipokrasi.

Dengan melakukan jenayah paling hina iaitu membunuh rakyat sendiri yang menuntut demokrasi di kembalikan selepas piliharan parlimen dan presiden Mesir telah memenangkan calon-calon Ikhwan Muslimin , ternyata tentera yang menerima lebih 1 bilion USD daripada US setiap tahun menjadi alat untuk membunuh demokrasi yang memihak kepada kelompok  Islam.



Kami mendesak komuniti antarabangsa jangan mendiamkan diri . Rakyat Mesir tidak boleh dibiarkan dibunuh dengan zalim dan mereka yang bertanggungjawab dibiarkan terlepas dari dihukum.

Kami menegaskan Ketua tentera Mesir mesti dipertanggungjawabkan diatas pembunuhan kejam tersebut dan beliau perlu dibicarakan atas kesalahan jenayah membunuh dan genosid.

Kami menuntut Malaysia mengantungkan hubungan diplomatiknya dengan Mesir untuk menyampaikan mesej yang tegas bahawa tindakan tentera Mesir tidak boleh diterima samasekali.

Kami bertegas bahawa tuntutan rakyat Mesir untuk Morsi dibebaskan dan beliau dikembalikan sebagai Presiden yang sah adalah tuntutan yang wajar disokong oleh seluruh masyarakat dunia. 

Kami mengusulkan gerakan Islam sedunia bersidang segera untuk merumuskan tindakan yang berkesan untuk menghalang pertumpahan darah berterusan di Mesir.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden MAPIM

Tuesday, July 23, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN: TANGAN MANUSIA MEROSAK DUNIA;BILA BERAKHIR?


Kepada yang memerlukan teks original sila email ke jihadin82@yahoo.com

TAZKIRAH RAMADHAN: TANGAN MANUSIA MEROSAK DUNIA;BILA BERAKHIR?[1]
Muhammad Nuruddin Bashah
Bc Hons Eng UM

Ramadhan adalah bulan untuk memohon pertolongan dan penyelesaian langit bagi menyelesaikan permasalahan manusia.

Ramadhan juga menyaksikan kemenangan sahabat Rasulullah yang berdoa sambil berperang dan perang mereka adalah perang jihad A’zimah bukan rukhsah.


Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak:  orang yang berpuasa hingga ia berbuka,  imam yang adil dan  doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi 3522)

Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.” (HR Ibnu Majah 1743)

Surah Rum 41-42

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (41)
Katakanlah: "Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)."(42)

  1. Telah jelas kerosakan di muka bumi adalah berdasarkan kisah pembunuhan pertama Qabil dan Habil. Juga dikatakan oleh Al Fairuzabadi dalam Tafsir Ibnu Abbas bahawa kezaliman Jolanda Al Azadi adalah kejahatan di atas laut[2].
  2. Ibnu Kathir menyatakan bahawa Ibnu Abbas, Ikrimah, As Sudi berkata al barr bermaksud hamparan luas. Manakala istilah al bahri adalah kampung-kampung. Riwayat lain, Ibnu Abbas berkata al bahri adalah kampung di tepi pantai.
  3. Zaid Bin rafi’ berkata ‘zahara al fasad’ bermaksud terhentinya hujan. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Hatim).
  4. Majoriti ahli tafsir setuju kerosakan atas muka bumi berdasar ayat ini adalah kekurangan tanam-tanaman disebabkan kemaksiatan[3].

Satu hukum hudud yang dilaksanakan di atas muka bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada mereka disimbahi hujan selama empat puluh pagi[4]

  1. Kata Ibnu Kathir, jika orang jahat mati nescaya para hamba, kota, pokok, binatang dan alam akan berasa tenang.
  2. Kata Prof HAMKA berdasarkan ayat ini[5];
    1. Jangan terpesona dengan bangunan dan prasarana yang besar dan canggih.
    2. Perikemanusiaan hanya menjadi mainan bibir manusia akhir zaman.
    3. Jarak dunia semakin dekat namun hati semakin jauh.
    4. Kemajuan semakin bertambah tetapi manusia sakit jiwa.

Antara Kerosakan akibat tindakan manusia hari ini;

  1. Jerebu
    1. berpunca daripada kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia
    2. Skala Port Dicson terburuk-335 (hazardous)
    3. Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya dakwa 8 syarikat milik rakyat Malaysia menyumbang jerebu guna  cara murah tetapi salah dengan menebang dan membakar hutan untuk mencerahkan kawasan baru bagi ladang mereka[6] 
    4. 8 Syarikat pelabur Malaysia adalah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari[7].

  1. Kerosakan ciptaan Amerika
    1. Makanan
                                          i.    Pemanis tiruan membunuh- Aspartame disahkan selamat untuk dimakan oleh FDA di Amerika tetapi sebenarnya boleh menyebabkan kematian kepada pesakit diabetis. Mereka yang mengambil aspartame mengalami wabak kematian mengejut[8].
    1. Ubat
                                          i.    Lebih 50 tahun, Amerika dan media mempromosikan fluorida sebagai bahan selamat dan berkesan bagi mencegah kerosakan gigi (Darlie, Colgate) sebenarnya mereka menyorok fakta sebenar iaitu fluorida boleh meyebabkan kesan jangka panjang kepada kesihatan kita seperti arthritis, kanser, ketidaksuburan, tulang pinggul retak dan kerosakan otak”.
                                        ii.    Penggunaaan fluorida adalah jenayah terbesar yang dilakukan ke atas manusia berbanding dengan jenayah-jenayah lain – Profesor Albert Schatz (Penerima Anugerah Nobel Mikrobiologi)”[9]

    1. Penyakit/vaksin
                                          i.    Sebelum Amerika Syarikat menjadi negera, mereka telah hapuskan Red Indian guna  penyakit cacar dengan pengedaran selimut dan sapu tangan yang dijangkiti kuman cacar.
                                        ii.    CIA sebarkan  jutaan nyamuk pembawa penyakit pada penduduk Cuba. Mereka menyebarkan penyakit demam berdarah yang membunuh 188 orang dibawah projek "MKULTRA".[10]

    1. Uji kaji manusia seperti binatang
                                          i.    Dr Shiro Ishi- seorang ahli mikrobiologi dan Leftnan Jeneral Unit 731, (unit perang biologi Jepun). Pada 1932, mula eksperimen projek  rahsia tentera Jepun. 1936, Unit 731 terbentuk. Ishii membangun  penjara makmal di luar kota Harbin, Cina[11].
                                        ii.    Diampun oleh Amerika (sebenarnya ditaja Yahudi Freemason) dan kajian diambil alih oleh Pentagon!

  1. Perang
    1. Perang Perancis –Mali
                                          i.    21 januari 2013 yang lalu, Pasukan Perancis dengan kerjasama kerajaan Mali, mulai memasuki kota Diabaly
                                        ii.    Perancis ini dikaitkan dengan laba dunia kerana bumi Mali memang kaya dengan Uranium dan emas[12]
    1. Perang Somalia-Etopia
                                          i.    Somalia kini kerajaan Persekutuan Peralihan yang diterajui oleh Presiden Hassan Sheikh Mahmoud iaitu pemerintah Federal Republic of Somalia.
                                        ii.    Mujahidin As Shabab dijadikan kambing hitam.
                                       iii.    campur tangan Ethiopia di Somalia pada 2006/2007[13].

  1. Huru hara
    1. Tragedi Boston
                                          i.    pengeboman marathon di Boston 16 April 2013
                                        ii.    seramai 88% melaporkan pengalaman negatif dalam kehidupan seharian, media, wacana dan dasar politik. Walaupun persepsi Amerika Syarikat sebagai model kebebasan beragama dan toleransi menarik ramai manusia ke negara itu, realitinya amat bercanggah.
                                       iii.    Profesor William Odom, mantan Pengarah NSA di zaman Presiden Reagan: “Pemerintahan AS  sendiri memiliki sejarah mendukung pengganas dan AS juga menggunakan taktik teroris sambil membohongi dunia bahawa mereka memerangi pengganas[14].
                                       iv.    Kajian PEW- Majoriti orang  muda AS tidak percaya Islam adalah memihak kepada keganasan berbanding agama-agama lain, manakala separuh daripada rakyat berusia 50 tahun percaya Islam adalah lebih cenderung untuk menggalakkan keganasan.

    1. Tragedi genosid Amerika
                                          i.    Genosid  di Sekolah Dasar Sandy Hook di Newtown, Connecticut pada 14 Disember 2012 lalu. Sebanyak 26 nyawa melayang dalam tragedi itu, antaranya 20 orang kanak-kanak  berusia 6 hingga 7 tahun[15].
                                        ii.    14 Disember 2012, Adam Lanza membawa ratusan peluru, guna senapang ibunya jenis lagi senapang Bushmaster yang menggunakan 0.223 peluru berkaliber.
                                       iii.    National Rifle Association (NRA) pernah membuat undian talian elektronik dan hasil menunjukkan, 68% atau dua pertiga responden setuju penggunaan senjata.

    1. Morsi diguling
                                          i.    Diguling pada 4 Julai 2013 melalui pengisytiharaan jeneral Abdul Fatah As Sisi[16].
                                        ii.    Mansour Adly (Kristian) Hakim sekular jadi Presiden sementara.
                                       iii.    Disebab pungutan tandatangan desak pilihanraya awal, gerakan Tamarrud, campurtangan Israel, AS.


    1. Parti Awami Bangladesh menangkap Jamaat Islami.
                                          i.    Parti Awami pilihanraya Bangladesh 2007 janji akan tangkap semua terlibat kes rogol dan bunuh sepanjang kemerdekaan bangladesh 1971.
                                        ii.    Ulama’ dijadikan kambing hitam.
                                       iii.    Sheikh Hasina buang Islam dalam perlembagaan[17].

  1. Sukan maksiat
    1. Rogol dalam bersukan
                                          i.    Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 19, Mohammad Shaizzad Md Shafie, 19, dan Adib Adha Ismail, 18, atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2013 dituduh  merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling  di UPM 4 Julai 2013[18].
    1. Rebut tiket, mudharat

  1. Pengharaman Shisha
    1. Fatwa haram Shisha Negeri Perlis. Melaka haramkan sejak 2009.
    2. Mudharat lebih daripada rokok.
    3. Sebelum abad ke 14 umat islam tidak ketagih tembakau.
    4. Penemuan tembakau akhir kurun ke-14, dunia Eropah telah berkembang pesat. Masyarakat barat telah ketagih  selama 200 tahun sebelum merebak ke dunia umat Islam.
    5. Tembakau – satu ritual Red Indian. Orang Indian ini menghisap rokok untuk mendapatkan asapnya bagi tujuan pemujaan ruh baik dan menghindarkan ruh jahat.
    6. Rodrigo De Jares perintis  perniagaan tembakau, di Cuba. Pada tahun 1556-1558 rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebar  seluruh dunia.
    7. En. Mohd Fakri bin Mohd Noor, PRO Lembaga Tembakau Negara, Kota Bharu Kelantan yang telah berkhidmat hampir 20 tahun berkata tembakau bukan tumbuhan asal rantau ini. Tumbuhan tembakau seperti getah dibawa masuk ke Tanah Melayu sepanjang penjajahan Inggeris[19].
    8. Industri tembakau mempunyai hubungan yang erat dengan gerakan Yahudi melalui dasar kapitalisme.

  1. TTPA
    1. Keghairahan Malaysia
    2. IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai.
    3. Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO) yang memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran pemodal antarabangsa.
    4. sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

  1. Hiburan melampau
    1. http://berita-harian-online.com/hiburan-melampau-punca-keruntuhan-akhlak-remaja/
    2. http://www.kualalumpurpost.net/tilamtualapuluhan-kondom-pusat-hiburan-melampau/
    3. https://www.facebook.com/pages/Kami-Bantah-Hiburan-Melampau-di-UTHM/258750960835219
    4. http://aburedza.wordpress.com/tag/hiburan-melampau/
    5. http://www.keadilandaily.com/himpunan-belia-saji-hiburan-melampau-ketepi-kerohanian/
    6. http://siffusuffi.blogspot.com/2011/03/gerakan-anti-hiburan-melampau-geram.html





[1] Teks Tazkirah Ramadhan untuk kegunaan  tahun 2013 Masihi, 1434 Hijriyah
[2] Tafsir Ibnu Abbas, Abu Thahir Muhammad Bin Ya’kub Al Fairuzabadi,. 2011 (Jilid 3)
[3] Tafsir Ibnu Kathir, susunan Dr Abdullah Bin Muhammad , Pustaka As Syafii, 2010.
[4] Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, no. 3689
[5] Tafsir Al Azhar, Prof Dr Hamka, Jilid 7,Pustaka Nasional,  (muka 5533)
[8] Banyak Dalam minumen Pepsi Diet, Cola Diet atas nama kurang gula.
[9] Deadly Mist, Jerry D. Gray, PTS, 2013
[10] Ibid
[11] Ibid
[19]Tulisan Pensyarah Kias, Mohd Azhar bin Abdullah http://www.kias.edu.my/fatwarokok08-1.htm

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)