21 Mac 2013- Desa Pakatan
Kali ini ceramah kelompok diadakan tanpa saya membawa slide kerana tertinggal laptop.
membuka isu tempatan, mengapa pelru memilih PAS dan kegagalan UMNO Sg Rapat dann Perak umumnya. Saya bersyukur kerana masih ingat fakta-fata yang saya taip sendiri dalam blog ini dan itulah modal utama ceramah kelompok dan diselitkan dalam sesi kuliah-kuliah maghrib saya untuk isu tempatan.
Rakyat perlu ditekankan isu tempatan kerana ia realiti yang membelenggu mereka. Daripada tiada modal ceramah saya akhirnya berjaya mendapat suatu tema untuk ceramah akan datang iaitu retorik bohong UMNO Tiada terpinggir tiada tertinggal. Sedangkan rumah golongan lemah berhampiran pusat khidmat UMNO Batu Gajah pun tidak pernah dijengah inikan pula dikatanya tiada tertinggal....
Ceramah saya disambung oleh Saudara Rosnan dengan slide beliau dan beliau juga merupakan penceramah yang baik.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg rapat.