Sunday, March 24, 2013

Latihan Kempen Jentera PAS DUN Sg Rapat


24 Mac 2013- DUN Sungai Rapat

Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Gopeng telah melancarkan latihan kempen sehari suntuk di beberapa kawasan terpilih dalam DUN Sungai Rapat.

Majlis yang bermula sejak solat subuh berjemaah di Masjid Raja Nazrin Shah Kg. Rapat Jaya Tambahan dan berakhir dengan santai bersama anak muda di gerai burger Taman Maju rapat.

Selepas solat subuh, rombongan jentera kempen yang semestinya disertai oleh Ustaz Radzi Zainon bakal calon N43 telah bersaparan bersama rakyat di kedai roti canai rashid di Kampung Sungai Rapat.

Operasi beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung pasar Gunung rapat juga berjaya menemukan Ustaz Radzi dengan beberapa 'orang kuat' UMNO tempatan. hal ini wajar dilakukan secara kerap untuk meyakinkan bahawa calon PAS amat menyantuni rakyat dan bekerja kerana Allah.

Lawatan ke program khidmat pemeriksaan kesihatan PAS di UPU Rapat Jaya sekitar jam 11 pagi malah Ustaz Radzi sendiri mengambil kesempatan membuat pemeriksaan kesihatannya sendiri. Berkhidmat kepada rakyat memerlukan tahap kesihatan yang baik.

Menurut Saudara Anuar Ibrahim selaku ketua Kempen MTD Sungai Rapat kali ini, program latihan ini akan diadakan lebih kerap sehingga menjelang pilihanraya.

 "Kita tidak boleh berlengah dan hanya diam di rumah-rumah, kita wajib hidupkan markaz dan sentiasa peka dengan aktiviti parti terutama meibatkan kempen" jelas Anuar Ibrahim lagi.

Rombongan kempen juga berjumpa dan berbual denga  jemaah Masjid Sungai Rokam semasa waktu asar dan selepas berehat rombongan menyertai Munajat Pilihanraya di Taman Song Choon. 

Ceramah kelompok dan tayangan slide isu fokus DUN Sungai Rokam diadakkan di hadapan markaz UPU rapat Jaya Tambahan. Beberapa contoh risalah original diserahkan kepada ahli UPU untuk digandakan dan diedar kepada rakyat.

Kempen tamat sekitar jam 11.30 malam selepas santai bersama anak muda Maju Rapat selesai.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat





























Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)