Wednesday, March 13, 2013

Rumah Usang di Sebelah Pusat Khidmat ADUN Bukti UMNO Tong Kosong




13 Mac 2013- Kg Sg Terap

Rupanya slogan tiada terpinggir tiada tertinggal hanyalah omong kosong BN dan UMNO apabila rumah usang yang hanya sekitar 10 meter dari Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat Kg Sg Terap tiada pembelaan sewajarnya.

Cik Amalina Bt Abd Samad (38 tahun) yang hanya seorang diri menetap rumah bernombor Lot 57618 berkata bahawa beliau telah menetap di situ sejak tahun 1970an lagi dan keadaan rumah semakin uzur dengan bumbung yang bocor, dinding tepi pecah dan berlubang dan dapur yang uzur.

Puan Fauziah (Ketua Pilihanraya Muslimat Baru Gajah) berkata pihak Pusat Khidmat PAS DUN Sg Rapat telah mengunjungi rumah ini beberapa minggu yang lepas dan berharap PAS dapat membantu mengusahakan saluran bantuan yang sesuai untuk Amalina.

Amalina yang pernah bekerja sebagai pekerja am kilang kini di sara oleh adik beradik beliau. Beliau  menceritakan bahawa ada pihak pernah mengusahakan dana sebanayak RM 35 000 untuk membina rumah yang sempurna untuk beliau tetapi hanya beberapa ribu sahaja yang diluluskan mengakibatkan bantuan itu terbantut hingga sekarang. Lebih malang ada penyokong UMNO yang menegur beliau kerana berusaha mendapatkan bantuan bukan melalui pusat khidmat UMNO.

Sedangkan sewajarnya YB Datuk Hamidah perlu menjadi insan pertama menghulurkan bantuan memandangkan beliau hanya berpejabat selang beberapa pintu dengan rumah uzur ini. Sehingga kini tiada bantuan membaiki rumah ditawarkan oleh beliau daripada pihak UMNO Batu Gajah. Terbukti slogan UMNO selama ini hanya tong kosong.

Keadaan rumah ini lebih buruk apabila hari hujan kerana ruang tamu akan basah. Beberapa lampu dan pendawaian tidak berfungsi akibat hujan yang merosakkan kemudahan tersebut.

Amalina juga menyatakan sewajarnya pihak UMNO tidak boleh memarahi beliau jika menerima bantuan lain kerana beliau rakyat biasa. UMNO perlu mencermin muka sendiri dan membantu beliau secepat mungkin jika benar menunjuk contoh sebagai pembela rakyat. Malah ribuan ringgit yang dihabiskan mengajurkan program membazir di Arena Square Batu Gajah yang hanya beberapa meter daripada rumah ini juga mengecewakan beberapa jiran Amalina.

Saudara Radzi Zainon Penyelia Pusat Khidmat PAS Dun Sg Rapat yang dihubungi melalui telefon menyatakan kesediaan PAS berusaha mendapatkan dana sewajarnya untuk beliau walaupun PAS adalah parti yang serba kekurangan daripada aspek dana.

Pihak PAS Kawasan Gopeng dan Batu Gajah menggesa pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat yang masih serba kekurangan sebegini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat


kak Fauziah (kiri) bersama Cik Amalina Abd Samad








Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat di Kg Sg Terap


Laluan hadapan rumah ini yang membayangkan kawasan kuat UMNO







Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)