Thursday, March 28, 2013

PAS Pengkalan Gate sumbang minuman untuk hadirin Jelajah Trailer PAS


28 Mac 2013- Pengkalan Pegoh

Walaupun UMNO Gopeng sedang menari 'tanggo' selepas berjaya mendapat kembali 2 orang bekas ahli UMNO ke pangkuan UMNO, mereka terlupa bahawa ahli-ahli PAS Pengkalan Gate semakin bersemangat berusaha memenangkan PAS.

Menurut beberapa ahli Pengkalan Gate beberapa ahli yang keluar PAS tersebut telah merencatkan aktiviti cawangan sejak setahun kebelakangan ini. Banyak program bersama anak muda tergencat.

Menurut Saudara Shamsuri (peniaga bihun sup), hampir setiap malam anak muda pengkalan gate berkumpul menyaksikan video-video ceramah Pakatan Rakyat.

Hari ini ahli-ahli Pengkalan Gate menyumbang tenaga menyediakan air minuman percuma untuk peserta Jelajah Trailer Negara Berkebajikan PAS. Tidak seperti UMNO yang sediakan semua percuma, dalam PAS sumbangan ahli amat diperlukan dan ia menjadi nadi kebangkitan PAS selama ini.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat


Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)