Friday, March 22, 2013

Mangsa Ribut dipujuk Sertai UMNO Jika Mahu Bantuan!



3 Mac 2013 - Rapat Jaya

2 Mac 2013 lalu, musibah melanda kepada keluarga Saudara Sabarudin apabila  ribut kuat telah merosakkan bumbung kanopi dan peralatan perniagaan beliau di Tmn Seri Berjaya.

Pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PAS) DUN Sg Rapat telah menziarahi mangsa pada 3 Mac diketui sendiri oleh Saudara Radzi Zainon dan merancang siri derma kilat untuk membantu Sabarudin mendapat gantian segera peralatan perniagaannya.

Perkara yang menyedihkan berlaku apabila kehadiran YB Datuk Hamidah Osman bersama Ketua JKKK Tuan Haji Ismail yang tidak  membantu walau sedikit pun walaupun telah hadir melihat tempat kejadian.

Malah pihak JKKK dan ADUN memujuk agar Sabarudin meninggalkan parti PAS dan membawa 30 ahli PAS menyertai UMNO jika ingin bantuan daripada pihak UMNO dan kerajaan BN. Pertengkaran berlaku apabila Sabarudin memeprsoalkan kehadiran mereka atas tujuan politik dan bukan berasaskan kebajikan.

YB Datuk Hamidah dikatakan kelihatan marah dan meninggalkan rumah Sabarudin tanpa sebarang bantuan atau sebarang janji.

UMNO akan membantu sesiapa sahaja yang menyertai atau melompat parti. UMNO hanya beretorik janji ditepati untuk mengaburi mata rakyat. Bayangkan bagaimana mereka tergamak membuat tawar menawar dalam keadaan mangsa masih lagi berada dalam keadaan kerugian? 

Tidak hairan apabila Pihak Datuk Hamzah dan Datuk Hamidah berebut-rebut memecah belah ahli PAS Pengkalan gate dengan habuan ribuan ringgit. Walaupun hanya 2 orang sahaja yang menyertai UMNO (kedfuanya bekas ahli UMNO yang mneyrtai PAS dan kembali ke pangkuan UMNO) UMNO mengehabhkan kononya 30 orang ahli PAS menyertai UMNO !

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat





Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)