Monday, March 25, 2013

KENYATAAN MEDIA: PEMUDA PAS PENGKALAN GATE CABAR NYATAKAN 30 NAMA LOMPAT UMNO!

KENYATAAN MEDIA: PEMUDA PAS PENGKALAN GATE CABAR NYATAKAN 30 NAMA LOMPAT UMNO!

UMNO terbukti sekali lagi gagal dalam perancangan untuk memfitnah PAS dengan membuat kenyataan palsu seperti yang gambar tertera dibawah.

Realitinya hanya 2 orang bekas ahli UMNO tegar yang mennyertai PAS kerana kecewa dengan pemimpin mereka suatu ketika dulu kembali menyertai UMNO. Sehubungan dengan itu Dewan Pemuda Pas Cawangan Pengkalan Gate mencabar kepimpinan UMNO untuk menamakan 30 nama ahli Pas yang dikatakan menyokong UMNO secepat mungkin jika sekiranya mereka benar. 

Jika tidak mereka hanya bertindak sebagai sekumpulan penyokong UMNO yang bacul, bukan hanya menipu masyarakat tetapi menipu pemimpin mereka sendiri kononnya mereka telah Berjaya menarik penyokong Pas.

Amaran kami, kini anak-anak muda di kampung Pengkalan Gate telah bersatu untuk menyokong Pakatan rakyat serta bertekad menjatuhkan UMNO di DUN Sungai Rapat.

Pemuda PAS  Cawangan  Pengkalan Gate.     




Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)