14 Mac 2013- Ara Payung
Isu ibu tunggal yang masih terabai di DUN Sungai Rapat bukan pertama kali didedahkan walaupun kerajaan negeri giat berkempen berkenaan kejayaan agenda kebajikan BN dan UMNO negeri Perak.
Di Ara Payung masih ada ibu tunggal yang memiliki dapur yang cukup dhaif dan uzur malah bumbung rumah yang tidak mampu melindunginya dan anak-anaknya daripada hujan lebat.
Puan Maimunah Mohd Nor yang menetap di setinggan Ara Payung sejak tahun 1980an hanya kini menerima geran beralamat PT 22341 RPT Ara Payung walaupun dengan hak milik sementara 99 tahun.
Bumbung rumahnya hanya kelihatan 'normal' selepas dibantu secara gotong royong oleh pihak PAS Kawasan Batu Gajah pada tahun 2012 yang lalu.
'Makcik kerap menonton TV dan meilaht mudahnya bantuan di terimaoleh insan di negeri lain..katanya dibantu oleh perdana menteri, bagaimana keadaan makcik ini, hingga kini YB ADUN tidak pernah menjengah..hanya usaha ketua kampung sahaja yang ada itu pun tiada usaha pihak tertentu bantu makcik sekeluarga menggantikan dinding dan bumbung yang uzur ini ", luah Puan Maimunah semasa kunjungan Penerangan MTD dan Ketua Pilihanraya Muslimat Batu Gajah Puan Fauziah.
Antara masalah lain beliau adalah air yang kerap bah apabila hujan lebat di hadapan rumahnya. Semasa kunjungan dibuat, tiang-tiang rumah beliau reput dimakan anai-anai, dapur tiada dinding, dan beberapa papan dinding yang mampu rebah dengan hanya ditolak dengan tangan.
Usaha pihak PAS Batu Gajah hanya sekadar kemampuan sebuah parti pembangkang yang tiada dana tetap membantu rakyat. Namun ia bukan alasan untuk PAS tidak membantu rakyat. Sikap proaktif PAS Batu Gajah perlu diteladani oleh UMNO yang hanya ghairah merebut kerusi tetapi mangabaikan rakyat sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
Bumbung yang diganti oleh PAS Batu Gajah. Jika ianya peruntukan kerajaan pasti lebih sempurna dan berkualiti.