24 Mac 2013- Sungai Rapat
Akhbar Suara Perak adalah medan fitnah propaganda UMNO terbaru yang juga diedar di masjid-masjid dan jabatan kerajaan serta tempat awam.
Walaupun dicetak atas nama 1 malaysia tetapi isinya jelas ianya 'tabloid' UMNO yang diedar percuma kerana UMNO tidak akan mendapat untung sesen pun jika menjual akhbar sendiri seperti Harakah.
Terkini, Suara Perak mengatakan 30 orang ahli PAS Pengkalan Gate telah melompat ke UMNO sedangkan semua penduduk kampung tahu hanya 2 orang sahaja yang berjaya dirasuah oleh Datuk Hamzah selepas seorang daripadanya telah mengkhianati perbincangan awal mendapat 3 ahli PAS Pengkalan Gate.
Lebih menarik 2 ahli yang melompat itu adallah bekas ahli UMNO! Kes sebenar adalah ahli UMNO masuk UMNO bukan ahli PAS masuk UMNO. Mereka hanya umpama sireh kembali ke ganggang, ikan pulang ke lubuk.
Dalam gambar yang disiar hanya 2 orang bekas ahli PAS (sebelumnya juga UMNO) sahaja manakala selebihnya adalah ahli UMNO Gopeng.
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Makcik Yah berkata beliau pernah berpesan kepada En Ahmad Sarji yang pernah menjadi bekas Setiausaha Cawangan Pengkalan Gate agar memangkah PAS walaupun kembali menyertai UMNO. "Ambil duit, sertai UMNO..tetapi jangan lupa pangkah PAS iatu yang paling utama", jelas makcik Yah kepada Unit Penerangan semasa Program Culaan di Kg Rapat Jaya Tambahan.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat