ADUN Sungai Rapat agih bantuan bakal pelajar Jordan
Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat)
1 September 2013- Ipoh Timur
"Menyantuni rakyat akan terus disalurkan walaupun sesibuk mana jadual saya", demikian tekad YB Radzi Zainon semasa majlis peyerahan bantuan kepada beberapa pelajar yang bakal melanjutkan peajaran agama ke Jordan di Masjid Paloh Ipoh.
Antara penerima sumbangan adalah Saudara Fadhilhakim Bin zabidi 1 tahun, Salman A Farisi bin Bukhari 20 tahun, Abdul Hannan Bin Omar 20 tahun dan Amirul Mukmin Bin Roslan 20 tahun.
Sumbangan sebanyak RM 2000 yang diberikan melalui kutipan orang rasmi hasil usaha Tuan Haji Mohd Shuib Alias itu diharapkan dapat meringankan beban persiapan mereka untuk menimba ilmu di luar negara.
Antara usaha ADUN ini adalah mengkoordinasi aktiviti kebajikan dan mengumpul dana melalui gemblengan para usahawan, pegawai-pegawai, penyumbang dan para pemimpin tempatan yang berkemampuan.
"Generasi ilmu ini perlu diberi perhatian malah kegemilangan Empayar Saljuk semasa mereka mendominasi Kerajaan Aasiyyah juga disebabkan agenda menjaga para pelajar dan para penyebar ilmu di Syam dan Baghdad. malah Kerajaan islam Melaka suatu ketika dahulu juga pernah menyantuni para pelajar yang digelar Santri di Melaka", jelas beliau sebelum menutup bicara temubual.