Selagi
ada Korupsi selagi itu ada Kongsi Gelap
Oleh
Muhammad Nuruddin Bashah
Ahli
PAS Kawasan Gopeng
Jika anda menonton
beberapa filem, telemovie malah dalam bentuk drama yang menampilkan
isu kongsi gelap di malaysia ia tidak menghairankan rakyat. Malah
segelintir rakyat menerima ancaman hidup akibat berleluasanya
'sistem' kongsi gelap atau percaturan sosial melalui tangan-tangan
percaturan penjenayah.
Walaupun ada beberapa
filem dan drama cuba menjadikan aktiviti jenayah kongsi gelap sebagai
komedi, lawak jenaka namun ia petanda buruk dan malang bagi sebuah
negara umat Islam yang berkokok di serata dunia tentang kemajuan
material dan spiritualnya.
Kalimah Ayahanda, Abang
Long malah ada yang menjadikan ia lawak dengan gelaran Kak Long pula
cuba menguak isu realiti sebenar rakyat Malaysia dari kalangan etnik
Bumiputera walaupun atas genre komedi dan
jenaka.
Namun rakyat
tertanya-tanya juga mengapa dalam senarai 49 nama kongsi gelap itu
tiada nama gerakan kaum melayu seperti mana yang diumpil keluar
melalui filem-filem mutakhir ini? Adakah kerana mereka bumiputera?
Atau mereka berdaftar? Atau mereka mendokong parti pemerintah?
Persoalan ahli politik
membela atau memelihara kongsi gelap bukan suatu isu baharu. Jika
aktiviti gangster dan jenayah yang cuba diwacanakan bagaimana dengan
tindakan gangster yang diambil oleh parti pemerintah, NGO pro
kerajaan da pihak polis semasa mengurus aktiviti dan program aman
Pakatan rakyat? Bagaimana dengan tindakan ala gangster pemimpin di
Parlimen Pekan semasa kehadiran Mahasiswa Februari 2013 lalu sehingga
ada muslimah siswi yang diretap tangan dan tudung mereka?
Bagaimana dengan
tindakan ala gansgter sekumpulan pemuda yang menyurai perkhemahan
mahaiswa di dataran Merdeka pada jam 3 pagi melalui tindakan ganas
mrempuh khemah, menarik keluar mahasiswi denga disaksikan oleh
pasukan PDRM!
Para
mahasiswa hanya berkampung di dataran merdeka bagi
menuntut sistem pendidikan percuma supaya rakyat boleh
mendapat pendidikan yang tinggi tanpa mengeluar belanja yang
tinggi dan itupun dilakukan tanpa huru hara, tanpa senjata dan ia
dilakukan oleh pelajar universiti!
Bagaimana
dengan tindakan ala gangster bekas ADUN Sungai rapat Datuk Hamidah
Osman yang mencekak kolar baju YB Dr Lee Boon Chye Ahli Parlimen
Gopeng awal tahun ini?
Sebenarnya besar
kemungkinan kongsi gelaplah yang menaja atau membela atau memelihara
politikus tertentu. Kerana mereka lebih berduit dan berpengaruh
berbanding ahli politik. Ahli politik hanya melegitimasikan beberapa
aktiviti mereka sahaja. Hubungan simbiosis sebegini telah lama
didedah dalam raturan filem Hindi Bollywood. Apa bezanya Malaysia
dengan India dan Pakistan.
Simbiosis bentuk ini
adalah suatu korupsi!
Terlalu sibuk
menghantar SB mengintai, merakam dan menemubual jemaah masjid yang
mengundang penceramah lantang tertentu. Kadang-kadang ada yang
mengugut AJK Masjid atau penganjur ceramah.
Melakukan road block
besar-besaran apabila ada ceramah atau himpunan rakyat anjuran NGO
atau parti pembangkang, malah lebih besar road blocknya berbanding
road block mengesan penjenayah, penculik atau penyeludup.
Terlalu menjaga tepi
kain rakyat yang tidak bersalah malah berstatus ‘awam’ PDRM
kelabu mata tidak berjaya melihat adanya keterlibatan anggotanya
dalam sendiket dan jenayah.
Ini adalah korupsi
apabila sistem perpolisan yang menjaga keamanan awam salah fokus dan
salah hala tuju.
Sebelum
ini berikutan pendedahan Pengerusi badan Pemantau Jenayah, My
Watch, R Sri Sanjeevan berhubung penglibatan polis dengan sindiket
jenayah, beliau ditembak dan dipercayai ia
dilakukan oleh pihak yang merasa pedas selepas menelan segenggam cili
padi.
Kongsi
gelap hilang hormat kepada pihak berkuasa. Lihat sahaja (SMS)
daripada kumpulan kongsi gelap
04 yang akan membalas dendam kepada polis
selepas 5 anggota mereka ditembak mati di Panai Jerejak Pulau Pinang.
Tembok sebuah balai polis dilukis dengan logo 04. Mesej mereka
adalah `Kami tak takut pihak berkuasa.
Mayat penjenayah
diarak dalam upacara besar-besaran dengan paluan gendang dan letupan
mercun. Sepanjang laluan jalan sesak. Dianggarkan sebanyak 500 ahli
keluarga dan rakan-rakan mengiringi mayat kumpulan ini ke upacara
pengebumian. Mereka mempamerkan simbol-simbol 04 dalam bentuk
kalungan bunga dan sepanduk. Apa yang mampu rakyat
lakukan?
Suatu
ketika Saidina Umar Al Khattab telah mengasaskan jawatan Ketua
polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan.
Inilah pertama kali negara umat islam memiliki siste polis sama taraf
dengan tamadun Rom Timur, Parsi dan lain-lain zaman itu.
Jawatan polis adalah
jawatan amanah. Benar, pekerjaan ini bukan menjanjikan laba yang
menggunung kerana ia adalah pekerjaan golongan yang berani,
bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dalam bandar. Istilah
polis adalah istilah Yunani bagi maksud bandar atau perbandaran.
Akan tetapi adalah
malang jika jawatan ini bertukar menjadi petaka kepada rakyat.
Anggota yang jauh daripada kefahaman agama dan syariat akan semberono
mengguna kuasa untuk kepentingan nafsu sendiri malah membiarkan diri
diperalatkan.
Keyakinan membuta tulis
kepada undang-undang ciptaan manusia mengakibatkan pihak kerajaan dan
polis mengeluar pandangan bahawa pemansuhan akta Darurat dan ISA yang
memberi kebebasan luas kepada polis itu menyebabkan jenayah kongsi
gelap bertambah. Rakyat tidak sebeodoh itu untuk percaya bagaimana 49
rangkian satu malaysia kongsi gelap boleh muncul mendadak, menembak
rambang seara mendadak hanya pasca pemansuhan Akta Darurat dan ISA.
Ia alasan yang cukup ganjil dan menampikan peribadi sekular yang
dahsyat.
Sewajarnya isu kembali
kepada penyelesaian ‘langit’ penyelesaian Rabbani diutarakan.
Adakah Polis tidak boleh atau dilarang bercakap soal undang-undang
jenayah Islam. Adakah mereka tdak layak memetik ayat-ayat Al Quran
untuk mengungkit kehebatan sistem pencegahan jenayah ala Islam?
Islam melarang keras
korupsi, pecah amanah dan as suhtu iaitu rasuah yang menyebabkan
jenayah, kongsi gelap kebal da berleluasa daripada zaman Gee Hin -
Hai San hingga kini zaman Milenium.
Korupsi dalam negara
adalah petaka besar. Hubungan ‘mesra’ antara koruptor-koruptor
dengan para penjenayah adalah cukup signifikan dan grafnya adalah
‘berkadar terus’.
Penulis suka untuk
memetik kata-kata Karim (lakonan Tan Sri Jins Samsuddin) dalam Filem
Disebalik Tabir (1970) iaitu “ di mana sahaja ada jenayah... Jika
dilakukan oleh orang bahawan seperti kita..ia digelar perompak macam
aku....orang atasan juga makan besar...mereka digelar coruption..sama
sahaja..”. Demikian persepsi yang telah lama difahami rakyat
Malaysia.