Kenyataan Media
10 September 2013
UTC PERLU BERI MANFAAT MAKSIMA KEPADA RAKYAT
Ke arah mendapatkan gambaran lebih jelas perjalanan perkhidmatan yang ditawarkan di Urban Transformation Centre (UTC) Ipoh, Saya Radzi Zainon, ADUN Sg Rapat telah menghabiskan masa sekitar dua jam melawat dan bersuamuka dengan para pegawai dan kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di sana.
Hal ini disebabkan terlalu banyak rungutan rakyat berkaitan proses dan sistem pengurusan di UTC.
Antara jabatan yang sempat dilawati ialah Jabatan Pendaftaran Negara, JPJ, Jabatan Imigresen, Pejabat Tanah & Daerah Ipoh, Bahagian Perumahan Awam, MBI, MARA Daerah Kinta dan lain-lain lagi.
Saya sempat bertanya khabar dan berbincang dengan Pegawai MARA Daerah Kinta, En. Nawawi yang telah beliau temui kali pertama pada sidang DUN Perak bermula 26 Ogos yang lalu.
Kedatangan saya pada waktu lewat petang kira-kira jam 7.10pm memberi sedikit kelegaan kerana masalah utama di kawasan ini adalah tempat meletak kenderaan.
Saya bernasib baik kerana tidak perlu berpusing-pusing terlalu jauh pada waktu sebegini untuk mencari tempat meletak kenderaan kerana di waktu siang kenderaan penuh sesak di kawasan sekitar UTC ini.
Antara jabatan yang agak sibuk selepas dibuka semula jam 8 malam setelah rehat untuk solat maghrib dan makan malam ialah JPN, Imigresen dan JPJ. Semua pejabat mula ditutup sekitar jam 10 malam.
Sebelum ini saya pernah membawa keluarganya untuk berurusan di JPN dan meninjau kali pertama di UTC Ipoh kira-kira dua bulan yang lalu. Tindakan sebegini yang beliau lakukan adalah untuk menambah ilmu dan maklumat serta proses "enggagement" berterusan yang harus dilakukan oleh seseorang Wakil Rakyat yang benar-benar mahu mewakili rakyatnya.
Mudah-mudahan kewujudan UTC Ipoh ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat jelata kerana ia menelan kos yang sangat tinggi ke arah merealisasikannya seperti sekarang !
Seharusnya ramai lagi wakil rakyat bukan sahaja sekitar bandaraya Ipoh perlu caknak dan turun adag melihat sendiri prosedur, perjalanan dan pengurusan sektor awam untuk melihat sendiri senario yang ada tanpa menunggu rungutan rakyat.
Pada saya, siri lawatan dan kunjungan saya ke UTC akan terus dilakukan untuk memastikan UTC benar-benar memberi manfaat maksima kepada rakyat.
Yang menjalankan tugas,
Radzi Zainon
ADUN Sg Rapat