GELANGGANG GULA-GULA RAKYAT-KINI DIPASUNG
Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat )
Changkat Larang - 11 September 2013
KERAJAAN BN PERAK MEMBAZIR, itulah ungkapan awal yang diutarakan oleh Saudara Haris Yunus penduduk tempatan Taman Desa Pinji apabila mengulas isu gelanggang Futsal terbiar di kawasan tepat tinggalnya.
Gelanggang futsal yang dimaksudkan ini sebenarnya telah dibina kira-kira tiga bulan sebelum
PRU13 yang lalu dan siap dibina beberapa minggu sebelum pilihanraya berlangsung.
Isu ini telah dikemukakan oleh pihak YB Radzi Zainon yang ketika itu adalah Pengarah Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat memandangkan YB Sungai rapat sebelum ini Dato' Hamidah Osman hanya mermbina gelanggang permainan tanpa meminta pandangan rakyat berkenaan keperluan sebenar mereka kerana tidak semua anak muda tempatan inginkan gelanggang futsal.
Kos untuk membinanya adalah menjangkau
ratusan ribu ringgit dan ia dikunci dan terbiar apabila wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat memenangi DUN Sg
Rapat. Gelanggang ini terus dibiarkan dan anak-anak penduduk di sekitar Tmn Desa
Pinji dan Kg Changkat Larang tidak dapat mengunakannya.
"Walaupun kami pelik mengapa kerajaan BN bina sebanyak mungkin gelanggang Futsal tapi hari ini kami lebih pelik apabila gelanggang yang telah disiap dikunci pula. Adakah ia bukti kerajaan menggula-gulakan pengundi. Hanya memberi janji palsu kepada orang Melayu? Mungkin BN cuba menghukum rakyat. Setelah kalah, dipasung gelanggang, mungkin dibuka jika mereka menang 5 tahun lagi" ulas Haris sebagi penutup bicara.
Kini kelihatan rumput sudah mula tumbuh diatas gelanggang, longkang-longkang dipenuhi
rumput dan pasir, lantai gelanggang sudah mulai rosak. Bukankah ini lambang kepalsuan janji BN dan pembaziran mereka?