Kenyataan Media
9 September 2013
GESA KERAJAAN NEGERI PERAK PANDANG SERIUS SOALAN ADUN
Saya selaku ADUN N43 Sungai Rapat berasa kesal dengan keadaan persidangan DUN yang kelihatan tidak serius dan efisyen apabila beberapa soalan yang dikemukakan oleh ADUN pembangkang tidak dijawab oleh pihak Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh dato' Seri Zambry Abd Kadir.
Adalah perlu ditegaskan bahawa, peranan Ahli Undangan Negeri bukan sekadar mewakili rakyat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sebaliknya berperanan sebagai jurubicara rakyat dan memainkan peranan aktif dalam setiap sesi soal jawab. hal ini penting kerana persidangan ini menentukan dasar, polisi dan hala tuju negeri Perak.
Saya secara peribadi menyokong penuh saranan yang pernah dibuat oleh YB Nga Kor Ming yang disirkan dalam Harakah edisi 10-13 Disember 2012 yang lalu. Beliau pernah menyarankan agar gaji Menteri Besar dipotong RM 100 bagi setiap soalan ADUN yang tidak djawab. Walaupun RM 100 mungin dipandang remeh dan picisan, ia adalah simbolik kepada ketidaktelusan dan kekeringan 'accountability' dalam pentadbiran kerajaan hari ini.
Sejarah mencatatkan betapa Khalifah islam sebelum ini ada yang ditegur menggunakan pedang disebabkan saranan yang diutarakan itu terlalu penting untuk rakyat. Di Malaysia kita tidak berhujah dengan senjata, maka jadikanlah medan DUN sebagai medan interaktif dan sihat demi kemaslahatan dan kemakmuran rakyat.
Maka saya menggesa agar perkara sebegini tidak berulang dan pihak kerajaan perlu menganggap pembangkang sebagai timbal balik yang positif kepada setiap keputusan kerajaan.
ADUN Sungai Rapat