oleh : Muhammad Nuruddin Bashah
(Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat)
15 September 2013- Batu Gajah
Mendekati kaum bukan Islam adaah agenda tetap YB Radzi sebelum bergelar wakil rakyat lagi. Semalam YB Radzi Zainon bersama komuniti kaum India telah meninjau masalah tebing runtuh dan longkang pecah di sebuah rumah berdekatan Kuil Hindu Penganut Maha Mariamman, Kg. Baru MTD Batu Gajah.
Dalam masa yang sama beliau mengambil kesempatan bertemu dan bertanya khabar dengan beberapa orang masyarakat India beragama Hindu yang ada di Kuil tersebut.
YB Radzi juga sempat meninjau rumah-rumah dhaif yang didiami masyarakat miskin yang ada di sekitar kawasan itu yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib.Namun, apa yang lebih mengejutkan dan menyedihkan masih ada lagi masyarakat keturunan India yang lahir di Malaysia yang ada dalam DUN Sg. Rapat masih lagi memiliki kad pengenalan merah ! Persoalannya apakah yang wakil rakyat sebelum ini lakukan dan perjuangkan untuk rakyat Sg. Rapat selama lebih 8 tahun ?