Kami Penduduk Sudah Tidak Tahan Lagi-wakil Penduduk Desa Pinji
26 Sept 2013- Pengkalan Pegoh
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat
Penduduk sudah tidak tahan lagi, begitulah antara luahan perasaan Saudara Shan kepada YB Radzi Zainon semasa kunjungan Pusat Khidmat bersama wartawan Sinar Harian di Taman Desa Pinji Changkat Larang.
Antara isu yang pernah didedah oleh YB Radzi sebelum bergelar wakil rakyat adalah isu loji kumbahan dan tangki air bocor di perumahan ini. Rakyat juga mengadu berkenaan isu semak samun, longkang tersumbat serta longgokan sampah yang tidak terurus.
Isu lori, habuk dan keselamatan pula menghantui penduduk sekitar hala pengkalan barat 14, tmn pengkalan barat.
Antara yang menjadi permasalahan sekian lama penduduk di sini adalah isu lori besar yang keluar masuk melalui jalan perumahan. Hal ini menyebabkan kerosakan jalan yang kerap, isu habuk dan debu yang tidak pernah selesai serta isu keselamatan para penduduk.

Kunjungan pada jam 5,00 petang yang disertai hujan renyai-renyai itu juga membuah suatu kata sepakat daripada Saudara Shan yang mewakili penduduk untuk bekerjasama menyalur maklumat dan isu-isu berkaitan penduduk perumahan kepada pihak ADUN Sungai Rapat agar suara rakyat dapat terus dibawa oleh YB Radzi ke dalam Dewan Undangan Negeri.