Tuesday, October 28, 2014

Cabaran Anak Muda Hadapi Suasana Belenggu Ekonomi

Cabaran Anak Muda Hadapi Suasana Belenggu Ekonomi

Berdasarkan perangkaan 2013, golongan belia di Malaysia kini hampir separuh daripada penduduk Malaysia, iaitu 49 peratus. Jumlah belia di Malaysia kini adalah seramai 13.73 juta orang. Daripada jumlah itu, 2.9 juta orang merupakan belia berumur antara 20 hingga 24 tahun. Kelompok ini merupakan paling ramai dalam golongan belia.

Usia belia atau bahasa lunaknya anak muda adalah lapis masyarakat yang popular menerima sebarang impak politik mahupun ekonomi. Hal ini adalah kerana dalam usia ini jika yang berkeluarga mereka berada dalam para hidup menstabilkan keluarga dariaspek ekonomi, pengurusan hidup dan kerjaya. Rumah baru dibeli, anak masih kecil-kecil belaka, kerja belum kukuh jawatan, pengalaman dan kedudukan.


Malah anak muda adalah generasi paling sukar menyimpan wang akibat bebanan kos sara hidup mutakhir ini.

Ketua Ekonomi Dr Yeah Kim Leng RAM Holdings mendedahkan bilangan rakyat negara ini akan terus bankrup berikutan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan untuk menangani defisit bajet.

Pihak beliau menjangkakan bilangan tunggakan meningkat, terutama di kalangan pekerja muda dalam sektor swasta yang mempunyai akses kepada kredit yang berlebihan melalui kad kredit dan pinjaman peribadi , tetapi tidak mencukupibahawa ia akan menjadi setara dengan gaya hidup mereka.

Suatu yang serius untuk kita perhatikan apabila kini didapati 37 000 orang anak muda (berumur antara 25 tahun – 35 tahun) diisytihar muflis, bangkrap atau dalam kata yang mudah, telah gulung tikar dalam bisnes.
Dari segi bangsa, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan kaum tertinggi diisytihar muflis ialah Melayu (39.76%) diikuti Cina 33.36%, India 9.53% sementara lain-lain 17.34%. Jabatan Insolvensi Malaysia juga merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74% atau 790 adalah lelaki yang merupakan teras bangsa.
Media juga mendedahkan bahawa 41 orang anak muda menjadi muflis setiap hari di negara ini akibat berbelanja secara tidak terkawal melalui penggunaan kad kredit.

Dalam aspek budaya konsumerisme, anak muda yang bernafsu ammarah akan mudah untuk berhutang demi mengejar budaya ranggi, budaya popular dan trend masakini yang disumbat iklan dan kempennya saban minit dalam media elektronik.

Walaupun ia merupakan isu anak muda itu sendiri yang perlu mengawal kehendak dan membina gaya hidup sederhana, namun lambakan kempen budaya ranggi dan hidup gaya mewah adalah didikan siapa kalau bukan datangnya daripada kerajaan juga?

Lihat lagi akibat kesan budaya ranggi. Penggunaan kad kredit kelihatan semakin berkali lipat ganda. Misalnya pada 2003, penduduk Malaysia melakukan transaksi kad kredit secara purata sebanyak 5.8 kali, meningkat sekitar 8.7 kali pada 2007.

Nilai purata transaksi jual beli menggunakan kad kredit penduduk Malaysia pada 2003 ialah RM1,159.60 dan jumlah itu meningkat kepada RM2355.32 pada 2007.
Pada tahun 2003, keseluruhan isi rumah di Malaysia terhutang kepada syarikat-syarikat kad kredit sebanyak RM275.176 bilion. Pada 2007, nilai hutang meningkat menjadi RM427.912 bilion.

Boros perlu dikikis dan ini suatu krisis! Apakah tiada suatu tindakan untuk menghentikan pemborosan di kalangan rakyat terutamanya anak muda? Ramai kontraktor muda Melayu yang masih belum kukuh perniagaannya telah mula membeli Mercedes Kompressor. Sanggup membayar hampir RM 3,000 sebulan untuk gaya dan nama sedangkan berhutang untuk menutup kelemahan perniagaan. Ada yang mengambil tender sedangkan modal tetap syarikat adalah negatif. Sanggup berhutang untuk mendapatkan projek sedangkan projek yang sedia ada dan yang dipohon belum tentu berjaya. Gaya pemimpin, gaya artis gaya popular yang disaksikan oleh rakyat yang meracuni minda mereka sebenarnya.

Menurut Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, rakyat negara ini seharusnya mengikis tabiat berhutang dan liat membayar hutang agar tidak terus menjadi satu budaya.

Berhutang bukan sekadar untuk membesarkan perniagaan tetapi ia kerap dilakukan untuk memenuhi keperluan hidup ranggi di kalangan anak muda.



Namun selain disebabkan nafsu ingin ranggi faktor apakah yang menyebabkan rakyat berhutang kalau bukan disebabkan himpitan kos yang semakin meningkat dan gaya hidup yang menggalakkan gaya hidup mewah?

Merujuk kepada statistik kes muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005 hingga Mei 2010, terdapat seramai 80,348 orang disenarai muflis.
Sebab-sebab kebankrapan yang disenarai adalah akibat hutang cukai pendapatan, hutang kad kredit, hutang pinjaman perniagaan, sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, penjamin korporat, penjamin sosial, biasiswa/pinjaman pelajaran dan keberhutangan yang lain.
Statistik daripada jabatan tersebut juga menunjukkan sebab kebankrapan utama adalah
  • Kepelbagaian hutang (29.05%),
  • sewa beli kenderaan (24.12 %),
  • pinjaman perniagaan (10.93 %),
  • pinjaman perumahan (7.49 %)
  • kad kredit (5.50 %).
Perkara yang meruntun hati kita adalah apabila statistik Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh yang dikaji menunjukkan kaum yang paling ramai muflis ialah Melayu 39.76%. Jelas kaum Melayu itu pastilah di kalangan umat Islam!

Menurut Utusan Malaysia pada 19 Januari 2012, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30% daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan. Malah jika dikaji tahun ini mungkin peratusannya meningkat lagi.

Bukan suatu kritikan membuta tuli, umum rakyat melihat sejak kepimpinan Khairi Jamaludin, pemuda UMNO dikatakan telus, terbuka, muda dan cakna dengan isu anak muda terutama dalam isu politik dan himpitan ekonomi. Penulis melihat sebaliknya. Beberapa siri Pemuda UMNO bersama anak muda kelihatan perihatin dengan permasalahan rakyat namun dalam isu Bajet 2015 misalnya suara anak muda nampaknya tenggelam kerana Pemuda UMNO juga terpaksa meraikan bajet one off Perdana Menteri, bejet apalogetik terhadap rakyat selepas membaham sekian banyak subsidi, bajet Ali Baba yang kaya diautamakan yang marhain diretorikkan. Pemuda UMNO juga tidak mampu membela anak muda.

Misalnya adakah Pemuda UMNO yang kelihatan ‘muda remaja’ kini itu sedar bahawa kerajaan telah berusaha membina Pejabat Pembangunan Usahawan Kebangsaan serta Pusat Inovasi Global dan lreativiti Malaysia (MaGIC) dengan bajet 2014 sebanyak RM 50 juta. Malah Perdana Menteri tahun lepas mewar-warkan akan menubuhkan Usahawan 1Malaysia dengan menyasarkan sebanyak 5,000 usahawan belia.

Persoalannya dimana bukti kejayaannya? Kerajaan perlu nyatakan jumlah usahawan yang berjaya diasuh di kalangan muda belia. Atau belia elit sahaja yang dibantu dalam program ini? Adakah bajet itu juga tiris sepertimana bajet-bajet lain?

Suka untuk penulis mengungkit beberapa aspek penting dalam Bajet 2014 tahun lalu yang kelihatan nampaknya cuba mendekati anak muda? Pendekatan yang kerajaan BN lakukan adalah pendekatan menutup mulut anak muda dengan program one off payment. Umpama samseng filem 70an menutup mulut saksi pembunuhan dengan seguni dua beras. Formula yang sama juga diasuh kepada generasi Y hari ini.

Sebenarnya Bajet untuk belia 2014 adalah lebih kepada one off payment untuk menarik undi bukan memina jatidiri, dayasaing dan kemandirian belia.

Biar penulis senaraikan antaranya :
  1. Program Baucar Buku 1Malaysia - RM250 kepada pelajar universiti -Manfaat 1.3 juta pelajar universiti dan tingkatan 6 2.
  2. Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) -Bantuan tunai RM500 - isirumah berpendapatan ≤ RM3,000 -Bantuan tunai RM250 - individu bujang berumur 21 tahun ke atas ≤ RM2,0003.
  3. Rebat RM200 kepada belia 21‐30 tahun bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G - manfaat 1 .5 juta pengguna. Kerajaan telah belanja RM260 juta daripada peruntukan RM300 juta bagi menawarkan rebat bayaran sekali sahaja sebanyak RM200 di bawah pakej Komunikasi Belia untuk pembelian telefon pintar 3G.
  4. Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) - usahawan muda menceburi bidang ICT. Penubuhan Young Enterpreneur Fund - pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)

Himpitan ekonomi hari ini yang melanda kestabilan hidup anak muda dibantu kerajaan dengan bantuan rebat telefon pintar? Adakah kerajaan tidak faham bahasa, apa sebenarnya keperluan anak muda? Adakah disebabkan mereka generasi Y, mereka bulurkan telefon pintar sehinggakan ia dimasukkan dalam bajet negara?

Penubuhan NEF juga misalnya masih boleh dipertikai keberkesanannya. Di mana laporan penuh kejayaan NEF?

Untuk Bajet 2015 antara ‘habuan’ yang diharapkan memuaskan hati anak muda antaranya;

  1. Perluasan program MyBrain,
  2. Skim Perumahan Beia (SPB)
  3. Pengurangan kadar cukai pendapatan dan juga
  4. Projek 1Malaysia Youth City

MyBrain antara program bernilai dan perlu diteruskan kalau benar kerajaan inginkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Namun penambahan bajet untuk MyBrain juga digencatkan dengan unsur kapitalisme dalam pendidikan tinggi yang meningkatkan yuran sekali ganda baru-baru ini teruama dalam bidang sains. Bagaimana minat anak muda untuk belajar boleh disemai jika skrol mereka diperdagang dengan harga yang kian meningkat.

Bagi Skim Perumahan Belia (SPB) iaitu sebuah skim pembiayaan pemilikan rumah yang ditawarkan kepada belia berkahwin dan berumur 25 hingga 40 tahun dan mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 kononnya tanpa deposit itu, adakah ia bakal mengulangi kehambaran program SRP (Skim Rumah Pertamaku)? Lebih lucu skim ini hanya untuk 20 000 anak muda sahaja di Malaysia. Sehingga kini anak muda tidak mengangkat ibu jari tanda puas dalam isu membeli rumah. Pada 14 Mac 2012, Bank Negara mengumumkan, selepas SRP setahun dilancarkan, hanya 1,062 permohonan diterima. Kenapa terlalu sedikit? Malah cuma 37% permohonan diluluskan, manakala 48% lagi permohonan ditolak kerana tidak mencapai kelayakan kredit yang minimum. Perkara ini sebenarnya sudah dijangka memandangkan syarat had pendapatan RM3,000 adalah terlalu rendah untuk membolehkan seseorang membeli rumah sendiri, lebih-lebih lagi dengan beban kewangan lain seperti hutang PTPTN, pinjaman kereta dan pembayaran kad kredit. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak RM220,000 selama 30 tahun pada kadar 4.8% (iaitu BFR-1.8% semasa BFR berada pada 6.6%) akan memerlukan peminjam membayar sebanyak RM1,154 sebulan, iaitu sebanyak hampir separuh daripada gaji bulanan seorang anak muda yang berpendapatan RM2,500 sebulan.

Cukai pendapatan disusun semula adakah ia berita gembira anak muda yang rata-rata memang bergaji bawah RM 4000. Sebenarnya Bajet 2015 akan menambahkan penggayutan rakyat terhadap kerajaan. Kerajaan seolah tidak mahu rakyat berdikari bebas membina ekonomi sendiri. Yang miskin akan terus bergantung hidup dengan kerajaan dengan pemberian BR1M secara ansuran dan perlaksanaan GST.

Yang kaya pula menjadi lebih kaya apabila cukai pendapatan individu distruktur semula di mana kadar maksimum akan dinaikkan kepada tahap lebih daripada RM100,000 kepada tahap lebih daripada RM400,000.

Bagi projek 1Malaysia Youth City pula ia adalah idea yang hanya bombastik tetapi langsung tidak megujakan anak muda penjual ikan, penoreh gerah, pekerja kilang, pembantu am rendah dan seangkatan dengannya. Projek ini mungkin habuan Perdana Menteri untuk bercakap indah sesama pemimpin antarabangsa jika bertemu di PBB kelak.

Sebenarnya bejet bukan sekadar untuk menaikkan kemampanan ekonomi negara atau target negara brpendapatan tinggi. Kerajaan hanya anggap human capital sebagai alat untuk gahkan nama negara bukan jadikan negara sebagai wahana pembangunan keselesaan, keharmonian rakyat. Konsep kini telah terbalik. Bajet jangan hanya pandang prasarana, komoditi, materialisme. Kerajaan yang manusiawi perlu lihat pembangunan minda, jiwa dan masa depan belia.

Jika benar kerajaan perihatin dengan anak muda, sediakan juga Tabung khas bantu belia muflis. Satu dana khas ditubuhkan bagi membolehkan orang yang muflis meminjam dengan menggunakan simpanan KWSP sebagai jaminan pinjaman untuk bayar pokok hutang muflis.

Perkahwinan juga adalah antara permasahan di usia anak muda. Dengan belanja yang mahal, kos dan ada yang sanggup membuat beberapa ‘personal loan’ semata-mata untuk menghalalkan perhubungan. Kerajaan boleh sediakan dana khas untuk mudahkan perkahwinan belia.

Pendek kata, anak muda yang diramalkan menyebelahi BN dalam PRU akan datang berkemungkinan melakukan swing kerana rata-rata anak muda pragmatik dengan isu tepi kain mereka.

Muhammad Nuruddin Bashah
Timbalan Ketua Penerangan DPPN Kedah

AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat

Sunday, October 26, 2014

PERUTUSAN TAHUN HIJRAH 1436 h PEMUDA PAS SUNGAI PETANI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana masih lagi mengurniakan berbagai nikmat kpd kita terutamanya nikmat Iman & Islam dan duduk didalam jemaah Islam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Setahun telah berlalu dan tahun baru hijrah 1436 bakal menjelma. Sudahkan azam tahun lalu kita capai dan bagaimana pula dengan azam tahun baru kita?
Marilah kita mulakan tahun hijrah 1436 dengan kita memperbaharui tekad hijrah dan jihad kita sebagaimana firman Allah swt didalam Surah Al-Baqarah ayat 218.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’
Allah swt menyebut lagi tentang darjat orang yang berjuang dan berjihad dijalan Allah swt sebagaimana firmannya dalam surah An-Nisa ayat 95.
Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,’
Sebagaimana yang telah disebut oleh ulama, hendaklah ada dalam diri kita jihad yang berikut:
  1. Jihad melawan hawa nafsu
  2. Jihad melawan godaan syaitan
  3. Jihad melawan orang-orang kafir yang menentang orang Islam
  4. Jihad terhadap orang-orang munafik
  5. Jihad terhadap orang-orang fasik
Dikesempatan ini saya mewakili seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sungai Petani mengucapkan Salam Maal Hijrah 1436. Moga-moga tahun baru hijrah ini membawa rahmat kepada kita semua. Akhir kata, marilah kita sama-sama meningkatkan kecintaan kepada Allah dan Rasulnya dengan mentaati perintah Allah dan suruhannya dalam usaha memperbaiki diri di sepanjang tahun 1436 Hijriah.
‘Hijrah Menuntut Istiqamah’
Wassalamulaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.
Izzwan Ismail
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Sungai Petani


Islam dan Syariah cuba dicabar- Tamrin Siyasi PAS SP

Islam dan Syariah cuba dicabar- Tamrin Siyasi PAS SP
Oleh : Muhamad Nuruddin Bashah

PANTAI MERDEKA- 23 OKT
Islam dan syariah Islam di Malaysia kian dicabar dan sengaja dicabar, demikian antara intipati penting Tamrin Siyasi JPrD Pantai Merdeka kali ke-4 di Markaz PAS Caw Seberang Terus Jumaat lalu.

Program bulanan ini diisi dengan taujihat daripada Ust Abu Bakar Baikalani, YDP PAS Kaw Sik dan diteruskan dengan Taklimat JPrD-Sdr Rosli Darus, Pengarah JPrK Sg Petani.

Seramai 30 orang peserta telah mendengar pesanan YDP Sik ini yang menekankan kefahaman isu buana Islam mutakhir ini.



Banyak isu-isu dalam negara disebabkanoleh kelemahan pemerintahan misalnya isu anak gadis yg perolokkn solat-, isu kempen menyentuh anjing dan yang terkini kempen menghina dan mengaibkan ulama’ seperti penyebaran video rekaan lucah melibatkan Ustaz Azhar Idrus”, terang Ustaz Abu Bakar kepada para peserta.

Menurut beliau lagi hal kebendaan tidak boleh mengubah fikrah seseorang, sebaliknya yang mampu ubah adalah ilmu dan pengetahuan. Beliau memberi misalan di Sik hanya mampu mengimarah 5 buah masjid daripada 20 masjid yang selebihnya masih di bawah pengaruh UMNO yang jelas mengekang majlis-majlis ilmu. .

“Jarum yang disuntik oleh musuh untuk pecah belahkan jemaah kian membarah seperti budaya jemaah dalam jemaah, label melabel dan sebagainya. Saya berpesan kepada uan-tuan jangan ada sifat begitu kerana orang yang hebat dikalangan kamu adalah yg bertakwa. Jangan tunding jari, kena tanya diri apa kerja yg kita buat, berapa orang yang sudah kita tarik untuk sertai jemaah.

Program berkahir dengan kuliah Subuh pada keesokan harinya.

Friday, October 24, 2014

KENYATAAN MEDIA- MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
22 OKTOBER 2014
MENGGESA KERAJAAN NEGERI BERTEGAS DALAM ISU HIBURAN MELAMPAU

Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) menggesa kerajaan negeri yang diterajui BN untuk mengotakan janji bahawa Barisan Nasional mampu mengawal hiburan melampau di negeri ini. DPPNK melihat segala janji tersebut semakin menuju kehancuran dan hanya retorik kosong.
1. Pada 30 Jun 2012, Datuk Mukhriz Mahathir, menyifatkan Pas gagal mengawal pertumbuhan pusat hiburan di Kedah sejak mengambil alih negeri ini pada tahun 2008.
2. Imej positif dan Islamik yang dibawa oleh Datuk Menteri Besar selama ini rupanya satu fatamorgana yang penuh dengan kepalsuan. Program selawat, imej berjubah termasuk kehadiran para habib hanyalah program tempelan. Ia bukannya satu dasar dan perjuangan Barisan Nasional. Maka akan semakin terserlahlah segala kelemahan dan retorika pentadbiran yang diterajui oleh Dato Seri Mukhriz.
3. DPPNK amat sedih dengan berbagai program hiburan yang semkin bercambah. Sudah sampai masa untuk kerajaan negeri bertegas dalam mengawal hedonisme yang kian melampau di negeri tercinta ini.
Antara program dan aktiviti hiburan melampau dan tidak beretika, tetapi berlangsung di Kedah adalah :
A. Di Alor Setar - Pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan separuh bogel
B. Di Sungai Petani - konsert "Planet UEPE MUSIC Fest" di Sg Petani telah mendapat tentangan penduduk tempatan dan ramai yang telah melahirkan bantahan dengan berhimpun di masjid.
4. Berdasarkan satu laporan Berita Harian 7 Ogos 2014, kini terdapat 500 lesen hiburan negeri Kedah. Majoritinya di Daerah Kuala Muda 235 lesen, 158 lesen di Langkawi, 45 lesen di Kulim, 45 lesen di Kubang Pasu, 17 lesen di Baling, 32 lesen di padang Terap, 11 lesen di Pendang.
5. Justeru itu, DPPNK menyeru kerajaan negeri pimpinan Dato Seri Mukhriz
A. mengotakan janji beliau berhubung dengan program hiburan yang berlaku di dalam negeri Kedah.
B. Tidak membuat tindakan terpilih atau perlaksanaan tidak menyeluruh yang menggagalkan undang-undang sedia ada.
DPPNK percaya Dato Seri Mukhriz akan menyambut seruan ini demi melaksanakan janji beliau sebelum berkuasa.

MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Pemuda

Monday, October 20, 2014

PERLAKSANAAN GST JAUH DARI LUNAS EKONOMI ISLAM


PERLAKSANAAN GST JAUH DARI LUNAS EKONOMI ISLAM
Muhammad Nuruddin Bashah
Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah

Prinsip asas ekonomi Islam adalah untuk membawa kemakmuran masyarakat dan menyediakan rakyat untuk beribadah dan tunduk kepada Allah. Ini matlamat paling asas bagi iqtisad Islam. Segala polisi yang diturunkan Allah swt dalam sistem Islam mengarah pada tercapainya kebaikan, kesejahteraan, keutamaan, serta menghapuskan kejahatan, kesengsaraan, dan kerugian pada seluruh ciptaan-Nya. Demikian pula dalam hal cukai yang termaktub dalam ekonomi, tujuannya adalah membantu manusia mencapai kemenangan di dunia dan di akhirat. Prof.Muhammad Abu Zahrah mengatakan Islam diturunkan sebagai rahmat bagi seluruh umat manusia, iaitu penyucian jiwa agar setiap muslim bisa menjadi sumber kebaikan bagi masyarakat dan lingkungannya. Tegaknya keadilan dalam masyarakat. Keadilan yang dimaksud mencakupi aspek muamalah.

Namun dalam suasana iklim ekonomi hari ini, lepas satu demi satu subsidi ditarik oleh kerajaan (walaupun ada hujah mengatakan jumlah subsidi hanya omong kosong malah sebenarnya peruntukan subsidi adalah maya), kenaikan petrol dua kali dalam setahun, rakyat masih legi cemas dan ternanti-nanti apakah bahana atau kemakmuran yang bakal muncul selepas GST dilaksanakan tahun hadapan.

Cukai adalah salah satu cabang kuasa siasah syariyyah dan menjadi wewenang pemimpin Islam untuk menetapkannya. Disebabkan tulisan ini cuba membahas GST dari aspek syariah, ada baiknya penulis membahas peranan pemimpin ‘Islam’ dalam membina polisi sesuatu cukai dalam pentadbiran.
Sabda Nabi;


Atas nas inilah menjadikan para ulama’ fiqh menyusn fatwa berkaitan justifikasi cukai dan syarat-syaratnya.

Secara umumnya cukai adalah halal dan ia boleh dilaksanakan. Antara hujah cukai adalah syari’y secara usulnya adalah :

  1. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996).
  2. Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979). Asasnya pendapatan negara adalah melalui zakat, ganimah rampasan perang, perdagangan, rikaz (galian) dan lain-lain. Konteks negara moden sumber alam semulajadi, perdagangan adalah sumber pendapatan negara.
  3. Cukai juga telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.
  4. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdangangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. (Abu Yusuf: 1952).
  5. Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitab usul fiqhnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.
  6. Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

Berdasarkan hujah-hujah pakar fiqh di atas, ternyata tujuan cukai adalah selepas kekurangan wang di pihak kerajaan barulah cukai diperkenalkan. Baik, selama ini sebenarnya cukai telah lama wujud di Malaysia dan ia tidak pernah dipertikai oleh rakyat. Jika ada pun hanya beberapa hal berkenaan cukai pintu tetapi tiada perkhidmatan yang ditawarkan selepas cukai dibayar, cukai lesen kenderaan sedangkan ada negara tanpa perlu mempernbaharui lesen kenderaan. Selama ini rakyat Malaysia cukup akur dan taat dengan sejumlah besar cukai yang ada.

Mengapa hanya GST yang cukup kuat dibantah rakyat?
Alasan pertama : GST sepatutnya ditawar untuk perbelanjaan syariy selepas kerajaan tidak memiliki sumber mencukupi. Namun hakikatnya rakyat sedar betapa bebrilion keuntungan Petronas dan TNB diisytihar saban tahun, malah Petronas cukup untuk selepas kejatuhan harga minyak global mutakhir ini. Di mana perginya wang berkenaan? Ternyata alasan GST tidak syari’y dan terkeluar dari lunas semangat ekonomi Islam.

Alasan kedua : GST ditawarkan semasa kos rakyat Malaysia cukup meruncing.
Dalam banyak tulisan penulis telah dijelaskan betapa senarai barang yang tidak dikenakan GST bukan selama-lamanya terjamin tidak akan dikenakan GST. Ia tiada jaminan. Antara barangan berkenaan adalah ;
Beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan; Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik; perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah; perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan; jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih.
Ya sekarang tiada GST. Tahun akan datang? Ya ia tiada GST, namun adakah terjamin harganya tidak naik? Inilah yang tidak disedari rakyat. Petrol tanpa GST pun mampu dinaikkan harga oleh kerajaan inikan pula komoditi makanan. Hal ini disebabkan ada beberapa bahan yang tiada lagi kawalan harga oleh kerajaan. Antaranya :
  • Roti putih ( dimansuh 1 Jan 2010)
  • Ayam ( dimansuh 1 Jun 2008)
  • Susu pekat manis ( dimansuh 1 april 2009)

Tanpa GST pun harga barang barang ini akan naik. Contoh paling mudah ialah gula. Gula tidak dikenakan GST, kata Najib dalam Bajet 2014. Kemudian Perdana Menteri berkata subsidi gula dimansuhkan dan gula kini dijual pada harga RM2.84 sen sekilo (disebabkan ketiadaan satu sen, maka harga sebenar ialah RM2.85 sekilo). Jika gula dikenakan GST 6%, harganya menjadi RM3.01 sekilo, peningkatan sebanyak 17 sen. Dalam tempoh 17 bulan ini sehingga terlaksananya GST, rakyat Malaysia percayakah harga gula masih akan berada di tahap RM2.84 sekilo pada 1 April 2015 nanti?

Alasan ketiga : kemampuan rakyat tiada
Penulis berikan fakta di bawah untuk menyokong betapa GST tidak layak dilaksanakan sekarang :
  1. FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius,
  2. Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna - > 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang
  3. Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.
  4. Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ( Julai 2012) .Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
  5. Lebih 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai apa-apa aset kewangan.
  6. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara.

Jelasnya syarat Imam Abu Yusuf gagal menjustifikasikan perlaksanaan GST.

Adakah layak rakyat sebegini dibebankan dengan GST? Ada yang berhujah GST adalah syari’y kerana ia menurunkan cukai 10% kepada hanya 6%. Persoalannya adalah angka 6% akan kekal sehingga 5-6 tahun atau ia bebas dimanipulasi oleh kerajaan bila-bila masa?

Walaupun SST tinggi SST hanya ditanggung oleh mereka yang mewah dan golongan pertengahan jika mereka membeli barang-barang dan melanggan perkhidmatan yang diketegorikan sebagai 'mewah' (contoh: bil telekomunikasi, langganan ASTRO, Pizzahut, KFC, Tesco, Parking, tiket wayang) . GST pula akan ditanggung oleh semua rakyat kerana semua barangan dan perkhidmatan yang kurang perlu (mewah) dan perlu akan dikenakan GST. Namun kadarnya lebih rendah iaitu 4% berbanding 6% bagi cukai jualan dan 10% bagi cukai perkhidmatan. Kadar yang lebih rendah ini mungkin menguntungkan orang yang mampu berbelanja namun bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah akan menanggung GST yang sebelumnya tidak ditanggung oleh mereka. Ini menjukkan kerajaan BN tidak menepati syarat Imam Al Ghazali dalam kitab usul fiqhnya tadi.

Kerajaan beria sangat inginkan GST kerana kerajaan gagal mendapat kutipan cukai pendapatan secara menyeluruh dari pembayar yang cukup ‘haul’ menyebabkan pendapatan negara bocor.
Logiknya pencarum aktif KWSP sehingga tahun 2012 adalah sekitar 13 juta. Sebalik menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan daripada kira-kira empat juta rakyat yang mempunyai fail Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya 1 juta rakyat diklasifikasikan sebagai pembayar cukai.

Alasan keempat : kerajaan berbohong tidak telus layak cukainya dipertikai.
Kerajaan yang berbohong juga adalah kerajaan yang tidak layak mengutip GST menurut Islam. Kerajaan bakal mengaut 5.6 bilion kononnya selepas menolak dari jumlah sebenar 23.2 bilion segala barang yang bukan GST serta kerugian akibat ketiadaan SST. Kemudian dalam ucapan pembentangan Bajet 2015, keuntungan GST akan hanya tinggal 690 juta sahaja selepas tolah BRIM dan seangkatannya. Bukankah alasan para menteri BN menarik subsidi adalah untuk dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk BRIM. Subsidi yang disedut juga oleh orang kaya kononnya dirampas dan dikembalikan kepada yang berhak dalam bentuk BRIM. Bukankah kos BRIM ada dalam penarikan subsidi? Mengapa berbohong mengatakan keuntungan GST akan tinggal 690 juta selepas menolak nilai BRIM? Alasan GST cukup gharar (samar-samar) dan ia cukup syubhah untuk dilaksanakan.
Alasan keempat : Kerajaan boros tidak layak mengaut duit rakyat.
Alasan untuk mengaut poket rakyat untuk dana kerajaan perlu menepati kehendak syariah. Antara yang dibenarkan adalah dalam hal dharuriy seperti peperangan dan hajiaat seperti untuk membina prasarana yang perlu untk rakyat. Bagaimana pula jika kerajaan inginkan cukai disebabkan kerugian berikut:

  1. Ketirisan RM 20 bilion dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah akibat rasuah.
  2. Bajet defisit kerajaan BN 16 tahun berturut-turut.
  3. Tun Mahathir - Sinar Harian 5 September 2013 mengaku kerajaan BN boros.
  4. Anak Rosmah- beli Kondominium RM 110 juta di New York.
  5. Laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.
  6. Tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menajdi Menteri Kewangan. Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara
  7. Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada ‘stabil’ kepada “negatif” 2013.
  8. Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 % daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 % pada tahun sebelum dan 39.8 % pada akhir tahun 2008. Pengarah Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55%. Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun 2014 ialah pada RM560.6 bilion.
  9. Indeks Rasuah Malaysia 2013 naik dari tangga 54 ke 53.
  10. Aliran wang haram antara petaka. Global Financial Integrity (GIF),Malaysia - sebanyak AS$54.18 bilion (RM174 bilion) telah mengalir keluar dari sempadan negara ini secara haram pada tahun 2011. 80% daripada aliran wang haram ini berpunca daripada ‘trade misinvoicing’/mis pricing ( aliran kewangan yang tidak direkodkan atau terlebih catat.) bukan korupsi tetapi Malaysia gagal urus aliran wang. Tetapi - Mukasurat (xi) laporan GIF ( (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) menyatakan bahawa “..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing..”- unsur rasuah/korupsi yang sebabkan terjadi mis-pricing.
  11. Menurut penganalisis pengguna Nielsen Media Research- Pejabat Perdana Menteri belanja RM67.8 juta iklan BN, tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.
  12. Penganalisa politik Asean, Dr Bridget Welsh menganggarkan Dato Seri Najib telah membelanjakan secara purata RM 4,364 untuk seorang pengundi dalam menghadapi PRU yang lepas.

Kerugian-kerugian di atas menjadi alasan mengapa GST perlu disegerakan dan subsidi terus dihisap. Adakah perbelanjaan di atas menepati syariah? Jika tidak, mengapa juak-juak dan agamawan BN menyatakan GST menepati syariah Islam? Jelas perkara diatas menafikan syarat yang ditetap oleh Imam As Syatibi di atas.


Wednesday, October 15, 2014

Nota mudah Faham- MENJELANG 2015 EKONOMI NEGARA TENAT- RAKYAT SUDAH PENAT


Nota mudah Faham- MENJELANG 2015 EKONOMI NEGARA TENAT- RAKYAT SUDAH PENAT
(Disediakan oleh : Muhammad Nuruddin Bashah, Tim Ketua Penerangan DPPN Kedah)

Keadaan Tenat Ekonomi 2014 menjelang tahun 2015

  1. Hutang kerajaan pusat terkini RM586 bilion (2014)
  2. Hutang yang ditanggung oleh kerajaan meningkat daripada 31.8% KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kepada 53.3% pada tahun 2013. (sumber: tradingeconomics.com)
  3. 16 tahun defisit fiskal.
  4. Hutang Malaysia bukan hutang dengan kuasa asing. Pada tahun 2013, kerajaan Malaysia mengeluarkan sebanyak RM783 juta semata-mata untuk pembayaran faedah. (sumber: Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2013).
  5. pinjaman oleh kerajaan ke atas GLC atau 'contingent liabilities' ke paras RM157 bilion.
  6. Peruntukan = 273.9 bilion ringgit (peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit dari 2014).
  7. RM 223.4 bilion ringgit = perbelanjaan mengurus (,meningkat 5.8 bilin dari RM 217.6 billion (2014), peningkatan 2.7 %, tahun 2014 naik 0.47 % sahaja)
  8. RM 50.5 bilion ringgit = perbelanjaan pembangunan. (meningkat 6 bilion berbanding RM 44.5 billion tahun 2014, peningkatan 13.48 %)

Rakyat tenat (sebelum Bajet 2015- petrol dinaikkan 20 sen)

  1. Kenaikan harga petrol selepas diumum subsidi ditarik 20 sen pada 2 Okt 2014 = RM 2.20 (kenaikan 9 %).
    1. Jika selalu bubuh minyak RM 300 sebulan akan jadi = RM 327 sebulan.
    2. Lonjakan harga barang / servis mendadak kenaikan harga minyak KESAN DOMINO ketara.
    3. Boleh dianggar kenaikan kos selepas ini sebanyak 10 % purata. Jika sebulan peruntukan barang dapur 500 akan menjadi RM 545. BRIM Rm 650 jika dibahagi 12 bulan = RM 54. Tidak memadai jika kos barang naik DOMINO selepas ini.
  2. BR1M dinyatakan sebagai BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan seterusnya, seolah-olah mengungkit jasa kerajaan dalam memberi sumbangan (‘sudah 4 kali BN memberi BR1M!’)

  1. Jika diberi BRIM dan suntikan one off lain dianggap sebagai kerajaan MENEBUS subsidi yang ditarik? Apa logiknya subsidi minyak ditarik jika kerajaan menganggap nilainya SETARA dengan BRIM dll? Lebih baik kekalkan subsidi (juga kembalikan subsidi gula, minyak masak dll) tetapi hapuskan BRIM bukankah itu mudah dan logik?
  2. Ucapan Khairi -Kita kurangkan subsidi yang menyeluruh (kaya miskin dapat) dan beri BR1M yang bersasar (yang miskin dan sederhana sahaja dapat). Berdasarkan pengiraan diatas- adakah kenaikan harga minyak (kononnya menidakkan hak golongan kaya) tidak memberi impak kepada golongan miskin?
  3. Subsidi minyak = minyak rendah = barang rendah. BRIM Naik tidak mampu atasi kenaikan harga barang.
  4. Saluran RM4.9 bilion kembali kepada rakyat = pakej-pakej bantuan seperti BR1M. Tetapi subsidi yang disedut = 1.4 bilion (2014), + keuntungan GST = berbilion-bilion!
  5. Hujah jahil - kenaikan gaji rakyat mampu atasi kos sara hidup naik. Kenaikan gaji tahunan adalah penghargaan majikan kepada pekerja yang setia dan lama bertugas-menambahkan kuasa membeli pekerja. Tetapi jika gaji naik dan peningkatan kos barang juga seiring, apa guna kenaikan gaji kerana kuasa membeli bagi yang bekerja 30 tahun juga kekal sama.
  6. Antara barangan yang dimansuhkan kawalan harga dan akan meningkat selepas kenaika harga petrol:
    1. Roti putih ( dimansuh 1 Jan 2010)
    2. Ayam ( dimansuh 1 Jun 2008)
    3. Susu pekat manis ( dimansuh 1 april 2009)

  1. Lebih 53% rakyat M'sia tidak mempunyai apa2 aset kewangan1
  2. Golongan 10% terkaya mengawal 77% keseluruhan aset kewangan negara
  3. 80% rakyat yg berpendapatan rendah cuma miliki 5.5% dari aset kewangan negara
  4. Lebih dari 70% rakyat M'sia tidak punyai sebarang aset kewangan itu adalah Bumiputera
  5. Walaupun ASB dikhaskan utk Bumiputera tetapi lebih 55% Bumiputera tidak mempunyai akaun ASB
  6. 72% Bumiputera yg menabung dlm ASB hanya mempunyai simpanan purata RM554 seorang yg bersamaan hanya 2.6% keseluruhan tabungan ASB
  7. Org kaya dari kalangan Bumiputera yg hanya berjumlah 0.2% dari keseluruhan penabung ASB memiliki 1.5 kali ganda lebih tabungan ASB dari keseluruhan 80% penabung biasa yg lain
  8. Statistik pemilikan aset kewangan tersebut menggambarkan sebahagian besar rakyat tidak punyai lebihan pendapatan setelah ditolak hutang dan perbelanjaan bulanan utk menabung atau melabur

Antara bajet yang dicurigai keberkesanannya:

  1. Peruntukan besar untuk JPM
2015- RM19 bilion
Meningkat= 2.5 Bilion (naik 15.15 % daripada Bajet 2014)

Peruntukan 2014 untuk JPM.
1. Perbelanjaan Persekutuan 2014, RM16.45 bilion,
a) Perbelanjaan operasi/pengurusan = RM5.86 bilion
b) Perbelanjaan pembangunan = RM10.58 bilion.
c) Meningkat = 2.73 Bilion (naik 20% daripada Bajet 2013).

  1. Peruntukan EKUINAS
    1. EKUINAS akan menerima RM600 juta untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.
  2. Peruntukan KEMAS dan Permata melampau RM 711 juta - bukan peruntukan kementerian, walaupun dikatakan kongsi dengan KEMAS tetapi peratusan pembahagian misteri.

Apa jadi jika hutang negara melepasi siling?
  1. Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta Dana Kerajaan 1983 (tidak boleh hutang melebihi 55% KDNK)
  2. April 2014 - hutang Malaysia telah melebihi had akta berkenaan.
  3. Kerajaan akan diamcam oleh ejen penarafan (rating agencies)
  4. Malaysia akan dilabel destinasi perlaburan yang teruk-FDI menjunam.

Tiris punca bajet tidak cukup sehingga subsidi ingin ditarik semula

  1. Pada tahun 2012 Transparency International menjalankan bancian terhadap 101 syarikat yang berurusan dengan sektor swasta dan kerajaan. Apabila ditanya soalan ‘berapa kerap penyalahgunaan wang rakyat oleh pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan ahli politik?’, Malaysia mendapat markah 4.3 (1 bermakna ‘tidak pernah’, 5 bermakna ‘sangat kerap').

  1. Menurut bancian KPMG pada tahun 2014 pula, 64% daripada syarikat yang ditemubual menyatakan bahawa hampir mustahil untuk menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa membayar rasuah.

1 No 7 hingga 14 sumber : Muhammad Abdul Khalid, ahli ekonomi dlm bukunya "the colour of inequality : ethnicity, class, income and wealth in M'sia"

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)