Thursday, September 10, 2009

Apabila Suhakam minta rakyat undi pro hak asasi

Apabila Suhakam minta rakyat undi pro hak asasi

Kemusnahan BN-UMNO semakin menjadi realiti apabila apparatus kerajaan mula berkempen secara senyap untuk menjatuhkannya.

Satu ketika, sasterawan Negara, budayawan, ahli akademik/intelegensia bahasa dan para pensyarah berkumpul dan berkempen menjatuhjan BN atas alas an PPSMI dan memartabatkan Akta Bahasa kebangsaan. Bukankah mereka set kerajaan dan kebangaan Negara? Mengapa mereka menolak BN?

Jika dilihat semasa gelombang pilihanraya 1999, ramai pegawai tentera berpangkat besar berpusu-pusu masuk PAS dan Keadilan. Bukankah mereka pernah menjadi keperluan BN dari segi undi POS?

Bekas ahli UNESCO tetap Malaysia juga pernah berceramah di pentas PAS dan menerima anugerah perjuang bahasa dari Presiden PAS.

Para ulama’ penceramah bebas dan terkenal mulai muncul secara terangan menyokong PAS sejak 1999, mereka berhasrat menumbangkan BN ketika itu.

Kezaliman Mahathir telah menaik taraf PAS dari parti kain pelikat kepada parti professional dan parti tersohor.

Sekarang Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pula, Tan Sri Abu Talib Othman mengingatkan rakyat negara ini supaya mengundi mereka yang pro hak asasi untuk menyelesaikan isu tersebut di negara ini.

Ini satu bentuk kempen senyap dari SUHAKAM untuk kebaikan rakyat!

Sambil mengakui bahawa Malaysia tidak mempunyai rekod hak asasi yang sempurna, beliau mengingatkan bahawa Suhakam hanyalah "ciptaan undang-undang" dan penyelesaiannya terletak di tangan para pengundi.

Kata-kata keramat beliau adalah "Jika anda mengundi mereka yang sepatutnya ke Parlimen, mereka akan meminda undang-undang untuk memberi kuasa kepada kita (dalam memperjuangkan hak asasi)," katanya ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Hari Hak Asasi Manusia Malaysia 2009 bertemakan hak asasi manusia di Malaysia sepanjang 10 tahun lalu.

Sebagai badan penasihat tanpa kuasa eksekutif, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Suhakam untuk memastikan kerajaan memberi respon serta bertindak setelah pihaknya menyampaikan cadangan.

Nasib Suhakam umpama nasib institusi fatwa di malaysia. Walaupun mufti berada di bawah Sultan, tetapi eksekutif mampu mengabaikan sahaja fatwa daripada digazetkan dan perlapukan fatwa akan berlaku dan hanya menjadi bahan edaran di masjid.

Mengenai hak asasi di negara ini, Abu Talib mengakui bahawa pencabulan ke atasnya berlaku setiap hari.

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau memberitahu bahawa siasatan Suhakam ke atas aduan mengenai penyalahgunaan kuasa mendapati kebanyakannya memang mempunyai asas dari segi undang-undang.

Aduan tersebut termasuk

1. Kegagalan polis untuk bertindak,(contohnya; Kegagalan Polis Bertindak Ke atas Keganasan Samseng-samseng Ke atas Orang Awam Dan Menangkap Mereka Yang Di depan Mata Polis Memukul Selvadurai Dan Menyerang Dua Buah Van Perkhidmatan DAP Di Kampung Idaman, Klang pada tahun 2006)

2. Penggunaan kekerasan yang berlebihan (SPRM, ISA tahanan 60 hari pertama)

3. Pandakwaan berpilih (kes altantuya, rasuah melibatkan pemimpin BN-UMNO)

4. Mati ketika dalam tahanan ( kes A. Kugan, Francis, P. Gunasekaran, malah hampir 1535 kes kematian dalam lokap)

5. Melewat-lewatkan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan. (Di Sabah dan Serawak)

6. Penafian hak ke atas tanah yang diwarisi oleh rakyat dan hak meneroka ( kes Blue Valley di Cameron)

7. Tahanan tanpa bicara (ISA walaupun alasan tidak munasabah seperti Teresa Kok dan Wartawan Cina)

8. Layanan buruk (ala haiwan) terhadap pelarian terutama dari Burma (rujuk web suaram)

Menurut AMNESTY INTERNATIONAL, dalam kenyataan umumnya 6 May 2009 Malaysia telah menghapuskan hak kebebasan untuk menyatakan pandangan dan hak bersuara.

Pada pandangan yang lebih mendalam, rampasan DUN Perak, perompakan royalti petrolem Terengganu dan Kelantan adalah antara kes melawan hak asasi rakyat tempatan.

Bagi memastikan semua pihak dijamin hak asasi mereka, rakyat bukan saja memerlukan undang-undang yang sempurna, bahkan pihak yang menguatkuasakan undang-undang juga mesti dikalangan orang yang berwibawa tanpa ada sikap pilih kasih, kata Abu Talib.

Kata-kata pengerusi Suhakam ini cukup menonjolkan kebejatan dan kegagalan kerajaan yang sedia ada untuk melayan rakyat selaku ‘manusia’.

Terima kasih kepada beberapa NGO hak asasi yang sekian lamanya tegar berjuang menumbangkan BN atas isu keruntuhan hak asasi di Malaysia.

Muhammad Nuruddin Bashah

Pegawai Penyelidik dan AJK Lajnah Politik DPPP

Hadapan 360 MKJ Kampung Terang

11000 Balik Pulau

Pulau Pinang

017 6291368

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)