Islam membawa slogan dan gagasan Rahmatan lil alamin yang bermaksud rahmat dan kesejahteraan untuk semua tanpa mengira kaum, latar politik, negara atau agama. Islam memerintah dengan keadilan tanpa ada sekelumit sikap taksub kepada bangsa.
Berbeza dengan warisan perjuangan sekular yang ditinggalkan oleh penjajah. Mereka memerintah dengan penuh sikap pecah dan perintah walaupun berselindung atas nama perpaduan bangsa dan perpaduan negara (1 malaysia sebagai contoh).
Kes demo kepada lembu yang terjadi baru-baru ini menhentak sanubari kaum bukan Islam malah ia juga mneyedihkan hati para pendakwah Islam yang ikhlas. Kes ini benar-benar memalukan kaum Islam di Malaysia.
Jika dilihat dari kenyataan YB Khalid samad sejak bulan januari 2009 lagi, seksyen 19 telah mewarisi kuil lama sebelum merdeka yang dibina di estet-estet dan kemudiannya ditinggalkan apabila rombakan pola penempatan berlaku. Ia masih dikunjungi dan perlu disusun semula oleh kerajaan PR secara adil dan saksama. Jika kaum bukan Islam sejak sekian lama sabar dengan perlaksanaan Islam dan syiarnya di malaysia, mengapa tidak orang Islam juga bersabar. Kadangkala yang menyedihkan ialah, si penunjuk perasaan, si penghina agama lain itu bukanlah dari kalngan yang aktif dan ikhlas mengajak kaum bukan Islam mengenali Islam. Malah mereka mengalami sindrom ketidakterlibatan dan berselindung juga atas nama membela Islam.
Dalam meneliti isu penghinaan syariah Islam oleh beberapa kaum bukan Islam seperti kes YB Jeff Oii terhadap pembawaan Islam dalam JIM, saya turut terasa dengan penghinaan tersebut dalam masa yang sama saya menilai ia adalah tinggalan Islamophobia dan anti syariah yang di ajar oleh kerajaan sekular BN. Malah saya bersyukur apabila dikalangan JIM Pulau Pinang berhasrat untuk mendakwah pula Jeff Oii selepas kes bantahan terhadapnya.
Namun alangkah lebih baik jika kita yang menganjurkan bantahan terhadap Jeff Oii turut sama membantah tindakan biadab sekularis di Shah Alam yang menghina tuhan bagi kaum Hindu. Jangan hanya sensetif dengan penghinaan terhadap Islam di kalangan bukan Islam, tetapi membiarkan penghinaan ‘melayu’ terhadap Islam dan membenarkan melayu menghina agama lain.
YB Khalid Samad telah mendedahkan sikap PEWARIS dan Pekida yang bertopengkan semangat melayu dan amar maruf nahi mungkar, telah menganjurkan perasmian gelanggang silat di sebelah kuil Seksyen 19 degan menumbangkan 2 ekor lembu untuk kenduri. Dua NGO ini banyak membuat kacau dengan membela ISA dan menghuru-harakana sidang DUN 2 september yang lalu.
Bagaimana sikap kaum India? Lembu adalah suci bagi agama mereka. Bekerja dengan kaum bukan India di kilang menyebabkan saya memahami sikap da perasaan mereka. Menghina lembu adalah umpama sesiapa sahaja melukis gambar Allah dan menghenyak dengan kaki di hadapan kita.
Sebelum ini, YB Khalid Samad memaklumkan, pihaknya akan membuat dialog dengan penduduk Seksyen 23 tentang rancangan kerajaan negeri Selangor itu.
Menurutnya, apa yang berlaku adalah, Kuil Mariaman di Seksyen 19 itu dibina di atas tanah PKNS berhampiran dengan rumah penduduk di situ. Ia menyebabkan sering berlaku kesesakan di situ dan menyusahkan banyak pihak.
Atas dasar itu, kerajaan negeri dengan persetujuan JK Kuil telah bersetuju memindahkan kuil itu ke seksyen 23 untuk kegunaan penganut Hindu di situ serta Seksyen 19 dan 20.
Tanah tapak industri milik PKNS di Seksyen 23 Shah Alam telah dipilih oleh kerajaan sebagai tapak baru kuil itu. Majlis Bandaraya Shah Alam juga telah bersetuju mengenainya.
Pendedahan telah dibuat bahawa pemimpin UMNO tempatan mengulangi kes sembelih lembu di sebelah kuil itu dengan mengheret kepala lembu dalam demostrasi mereka. Tindakan Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain mengheret kepala lembu dalam keadaan bersongkok cukup memberi isyarat bahawa UMNO adalah parti ortodoks dan chauvinis yang melampau. Mereka adalah golongan ‘ghuluw’ yang ditentang oleh para ulama’ Islam sejak zaman berzaman kerana membawa fitnah kepada dakwah.
PAS walaupun sebuah parti politik Islam , kini turut menyertai dakwah non muslim dan integrasi antara kaum sama seperti NGO dakwah yang lain sejak wujudnya Lajnah Hubungan Antara Kaum (kini Lajnah Perpaduan Nasional). PAS memperomosikan konsep rahmatan lil alamin secara komprehensif dan mendahului titik persamaan (comman value) sebagai asas dalam dakwah. Lantaran politik menjadi subjek untuk menentang kezaliman dan korupsi dalam kerajaan, maka ramai kaum bukan Islam bersedia menjadi tulang belakang PAS bersama Kelab Penyokong PAS di setiap negeri dan kawasan.
Sikap UMNO, PEWARIS dan NGO perkauman tajaan UMNO lainnya adalah pembawa permusuhan antara kaum serta menjarakkan lagi hubungan sesama kaum. Slogan 1 Malaysia yang dibawa oleh BN adalah mengabui jenayah dakwah Islam ini yang telah lama menjadi amalan mereka. Jika pada sekitartahun 1960an mereka berjaya mengapikan orang melayu memusuhi kaum bukan Islam, kini dengan adanya media baru seperti blog, email dan youtube, masyarakat semakin matang menaapis setiap isu yang muncul.
JIka Teresa Kok ditahan ISA atas tuduhan menghina azan, mengapa sejak januari 2009 tiada langsung siasatan serius dan tindakan undang-undang diambil terhadap Pewaris dan UMNO atas isu perkauman sebegini? JIka ingin menampilkan keadilan Islam, tonjolkannya ia tanpa ada adasr selektif yang zalim.
“Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) Karena Allah, menjadi saksi dengan adil. dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. berlaku adillah, Karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[Surah al-Maidah :8]
Muhammad Nuruddin Bashah
Penolong Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak
No comments:
Post a Comment