Friday, September 04, 2009

SPRM meneruskan legasi ZALIM ISA

Artikel ini disiarkan dalam akhbar Harakah edisi Jumaat, 11-13 Sept 09

SPRM meneruskan legasi ZALIM ISA



Masyarakat Malaysia kini bakal dan sedang diancam satu tindakan zalim baru sedangkan akta zalim ISA masih utuh berlangsung. Tindakan zalim SPRM yang didedahkan oleh peguam kepada keluarga Teo Beng Hock , Saudara Gobind Singh Deo cukup memberi satu petaka baru kepada rakyat.

Rakyat cukup hairan bagaimana legasi zalim ala Yahudi yang dimulakan melalui akta ISA pada tahun 1960an boleh diwariskan pula kepada satu cawangan zalim baru iaitu SPRM. Malah mangsa SPRM juga terlalu selektif seperti ISA iaitu hanya menjadikan rakyat yang bukan pro BN sebagai mangsa.

Tindakan memukul kemaluan, menghentak dengan besi, menampar dan deraan berdiri berjam-jam adalah antara tindakan ala Guantanamo yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Benar-benar menampilkan identiti bahawa Malaysia semakin mundur dalam soal hak asasi manusia.

Kenyataan sambil lewa dan penuh tidak tanggujawab oleh peguam pemerhati SPRM ( Datuk Abdul razak Musa) bahawa laporan polis yang dibuat oleh saksi SPRM yang didera adalah perkara biasa dan ia semata-mata dilakukan dengan penuh motif tertentu untuk memburuk-burukkan SPRM.

Satu-satu jerung rasuah BN-UMNO dilepaskan, malah tuduhan terhadap jerung besar rasuah BN masih belum kedengaran akan disiasat. Mereka bebas pula berkonspirasi sama untuk menjatuhkan imej kerajaan PR di Selangor.

Akta zalim dan penyiasatan secara zalim bukanlah amalan sebuah negara Islam. Ia adalah amalan kerajaan Islam sesat yang dinamakan sebagai Islam Maju. Yahudi melalui inteligen Mossad adalah antara pakar-pakar utama penyiasatan secara zalim dan tidak berperikemanusiaan. Mosad atau nama penuhnya, Ha-Mossad le-Modiin ule-Tafkidim Meyuhadim menjalankan kegiatan perkauman, pecah dan perintah, seksaan dahsyat dalam tahanan, subversif untuk perpecahan sosial, perosak politik sesebuah negara dan menjalankan aktiviti ganas.

Alangkah malu lagi Malaysia apabila Ruslan Kassim (kini bergelar datuk) bekas pendokong aspirasi Anwar suatu ketika dahulu, menyokong juga akta zalim ISA walaupun beliau pernah berada dalam tahanan tanpa bicara itu selama 2 bulan. Ruslan secara berani berkata, bantahan Pakatan Rakyat terhadap ISA adalah secara membabi buta dan atas sikap persepsi pembangkang yang membangkang sesuatu perkara walaupun ada kebaikan dalamnya. Jika ISA ada kebaikannya ternyata Rasulullah lah manusia pertama akan menobatkannya dalam piagam Madinah.

Namun rasul memilih pendekatan Al Adlu Wal Ihsan dan prinsip ‘tabayyun’ (bayinah, qarinah dan iqrar) sebagai punca sabitan kesalahan. Islam juga menganjurkan pembuktian dalam sabitan kes serta membenarkan Herbes Corpus untuk mengesahkan tahanan.

"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar” [al-Baqarah:111]

ISA memang akta puaka. Ia pernah dianggap zalim oleh Rais Yatim semasa menyiapkan tesisnya kemudiannya menyokong ISA apabila menjawat jawatan menteri. Ia pernah dibantah oleh Ruslan, kemudiannya Ruslan sanggup mengatakan ianya berfaedah atas dasar ‘maslahat’ untuk mendapatkan keterangan dan bukti.

Malah ada juga NGO yang bertopeng slogan amar makruf nahi mungkar tetapi secara terangan menyokong kezaliman ISA, menyokong tidakan ganas terhadap ADUN PR di Perak semasa sidang 2 September.

Kezaliman adalah punca kejatihan sesuatu dinasti kerajaan. Siapa yang belajar pola sejarah, mereka pasti sedar aka hakikat ini. Walaupun sedar kezaliman punca bagi kehilangan sokongan terhadap BN, BN masih alpa membiarkan SPRM pula mendabik dada meneruskan kezaliman dan malangnya kezaliman mereka mudah sahaja tersebar dalam masayarakat kita yang mula sedar hari ini.

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.”

[Surah Hud:113]

Muhammad Nuruddin Bashah


No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)