Sunday, September 13, 2009

PAS bersedia memimpin DUN Sg Rapat Gopeng


PAS bersedia memimpin DUN Sg Rapat Gopeng

Hari ini sepanjang hari, ahli PAS Gopeng dengan diterajui oleh Ustaz Radzi Zainon (Calon DUN Sg Rapat) memberi sumbangan dan bantuan untuk meringankan beban masyarakat miskin, fakir dan anak yatim sekitar Kawasan Gopeng.

Tadi saya sempat bersama beliau dan anggota Duta Penyelamat dan Kasih Sayang PAS Gopeng di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan.

Bermula di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Rapat, bantuan terus menerus dilakukan dari rumah ke rumah.

Dengan aktifnya Pusat Khidmat DUN, walaupun PAS gagal memenangi kerusi tersebut, PAS Kawasan Gopeng tetap meneruskan agenda menjaga kebajikan dan menjadi medium suara rakyat di DUN yang PAS bertanding.

DUN ini terdiri daripada 62.39% Melayu, 28.04% Cina dan 6.58% India. Majoriti UMNO menurun daripada 6269 undi pada 2004 kepada 636 undi pada 2008 yang lalu.

Ini bermakna PAS tidak boleh berhenti berkhidmat untuk masyarakat. PAS diterima di sini. Sikap dan tindakan Ustaz Radzi yang senantiasa mengunjungi rakyat, memberi nasihat, memudahcara, tazkirah dan menjadi imam di seluruh kawasan DUN menampilkan sikap seperti beliau sedang berkempen selepas penamaan calon. Bibir sentiasa memberi nasihat dan mendoakan fakir miskin pada setiap kali menyampaikan sumbangan.

Rakyat mudah untuk bertemu beliau di Pejabat beliau yang juga merupakan Pusat Jualan Herba Bio-Sirih. Sambil berniaga, beliau akan terus mengunjungi rakyat di sini.

Muhammad Nuruddin Bashah
PAS Kawasan Gopeng









No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)