Di Mana Kedudukan Blogger?
Saya menulis sejak di universiti lagi, tetapi memulakan langkah dengan menulis artikel separa ilmiah. Walaupun ada yang berkata menulis ilmiah sukar, pada saya pula, menulis isu tempatan, isu sekitar adalah lebih sukar. Hal ini kerana, saya perlu berinteraksi dengan manusia, menapis maklumat, mengelakkan obses, menganalisa sikap manusia dan ia amat sukar, bukan sekadar mengadap PC sahaja.
Saya memulakan blog saya untuk mempromosi politik di Balik Pulau dan Pulau Pinang. Mungkin belum sampai masanya media baru seperti blog dan sebagainya dijadikan senjata utama memandangkan sambutan amat dingin. Lebih malang apabila saya mengujakan tulisan saya, mengedar salinan tulisan dan menghebahkan blog-blog saya, jawapan yang diterima ialah ‘ baguslah anta dah buat tu, tapi ingat jugak, jangan sampai tikam parti, jangan sampai isu anta jadi back fire’. Saya langsung tak terkata apa-apa kalau dapat jawapan sebegitu.
Maksudnya ada kawasan media baru ditangani secara skeptikal. Ia dipandang dingin kerana banyak faktor yang melingkari pendokong sesuatu organisasi tersebut.
Secara klasiknya, organisasi diwakili oleh pemimpin induk, atau tersohor jika ingin mengeluarkan pandangan.
Hari ini berbeza. Masyarakat berubah menyokong PAS dan PR adalah melalui suara besar rakyat yang menyokong PAS. Jika isu berkaitan dasar, barulah blogger perlu merujuk kenyataan pemimpin, bukannya swastakan isu tempatan dan isu kritikal kawasan kita juga kepada pemimpin induk.
Zaman ini zaman pantas. Blogger perlu memainkan peranan. Malah ahli PAS yang ada tarbiah dan mengikut tarbiah perlu keluar menjadi agen penerangan parti, membuat blog dan bersuara.
Bersuara tidak semestinya akan menjadi hentaman kepada pemimpin. Jangan skeptikal begitu, kerana ia akan membunuh bakat dan budaya baru masyarakat.
Bila saya berhijrah ke Perak, negeri ini rupanya menjadi ladang subur bagi blogger. Malah NGO di setiap kawasan ada di peringkat negeri dan amat aktif. Bermakna pihak 'third party' banyak menyumbang kepada PAS dan PAS berjaya menangani mereka ini secara saksama dan efisien tanpa menjejaskan parti. Inilah siasah Islam. Siasah adalah pentadbiran secara Islam. Bila konsep tiada dalam usul syariah, ia boleh ditangani melalui perkiraan maslahah. Siasah Islam bukan memundurkan sebaliknya memajukan kegiatan Islam. Maka blogger di sini dijadikan aset penting.
Saya terus menulis dalam Harakah, malah jarang ada penulis surat pembaca (respon) yang menulis 2 tulisan melalui 2 platform seperti mana yang saya amalkan kini. Terima kasih Harakah kerana sedia menerbitkan surat-surat saya yang saya gunakan pentas lajnah politik, TERAS, Jamaiy dan sebagainya. Suasana Perak memotivasikan saya agar terus menulis.
PAS Gopeng ada menawarkan kepada saya tugasan di dalam warta Sungai Rapat untuk DUN Sg Rapat. Malah saya bakal memulakan tugas sebagai pegawai media untuk membantu MTD Sg Rapat. Bagi saya ini tugasan yang penting dan sukar kerana saya bukan berasal atau mahir dalam isu tempatan di daerah Gopeng.
Mujur Al Banjari sudi menyiarkan tulisan saya untuk meneruskan kelangsungan melalui penulisan ini. Bagi saya penulisan politik bukan tempat menyuarakan amarah. Penulisan politik adalah keperluan dan ia perlu diusahakan secara sihat dan konsisten.
Email Wak kepada saya…..
Salam tuan,
Terima kasih atas kesudian tuan mengirimkan artikel baru untuk dimuatkan di blog ALBANJARI ONLINE. Wak mengalu-alukan sahabat2 lain dari PAS untuk turut bersama bergabung usaha untuk tujuan yg sangat murni ini. Sesungguhnya ALBANJARI ONLINE merupakan cetusan pemikiran dari blogger2 PAS yang tulin dalam perjuangan.
Kita lawan blog PKR melalui wadah mereka di Perak Ekspress yang rata2 menghimpunkan tulisan2 dari bloggers PKR dan Atas Pagar begitu juga bloggers yang bergiat dalam bidang seni. Lawan secara sihat, bagi memantapkan terus Pakatan Rakyat.
TAKBIR..ALLAHU AKBAR !!
Terima kasih Wak….
Muhammad Nuruddin Bashah
Menulis sebagai satu keperluan
No comments:
Post a Comment