Saya ada 2 persepsi kepada individu/groups macam ni.
Pertamanya mereka tidak membaca Harakah. Kalau baca pun hanya harakah daily sekali sekala. Jika beli setiap keluaran mereka akan nampak aspirasi Ketua Pemuda PAS Pusat, liputan isu Jeff Oii dan sebagainya.
PAS ada pandangan sendiri dalam menangani isu penghinaan terhadap Islam.
Berbeza menangani isu dari individu berbanding dilakukan oleh satu gerombolan anti Islam seperti IFC.
Berbeza cara PAS melayan penghinaan Islam dari kaum bukan Islam berbanding dengan orang/group melayu Islam yang tidak sedar diri.
Kedua, golongan ini adalah group dakwah anti politik yang tidak faham2 siasah dakwah. baca buku al Banna dan fathi yakan, tetapi tak faham-faham jugak. Kerana tidak ditarbiah begitu menilai keutamaan kerja dan persepsi.
Ketiga, mereka ini golongan ghuluw (melampau) dalam dakwah, seperti kata Al Banna, ingin memetik buah sebelum masanya. Ingin menang 100% tanpa menilai persekitaran, melihat keliling dan bekerjasama untuk berjaya. Ini golongan idealis yang kadangkala idealis yang terkeluar dari semangat Al Quran dan Sunnah...
Mereka sedap lihat kesilapan bukan Islam terhadaap Islam tetapi diam dalam isu penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh orang melayu.
Keempat, mereka belum sedar diri, PAS berjuang memartabat Islam sejak tahun 1950an, sebelum mak dan bapak mereka bernikah....
Harap teliti dan usrahkan dulu Fiqh Al awlawiyyat...hingga faham....
Muhammad Nuruddin Bashah
Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak
No comments:
Post a Comment