Sunday, September 13, 2009

UMNO Abnormal


UMNO Abnormal

Pada pandangan peribadi saya, jawapan yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Hisyamuddin menggambarkan pengiayaan beliau bahawa demostrasi jalanan ekstrim yang memijak kepala lembu serta mengganas di MBSA tempoh hari adalah satu tindakan hak asasi.

Sungguhpun mungkin aksi memijak kepala lembu ini yang dimaksudkan sebagai 'keadaan luar kawalan'(terburu-buru sangat hingga tak sempat tahan/halang si pembawa kepala lembu dari awal), secara keseluruhannya, apa yang kami rakyat bawahan dapat baca, kenyataan beliau tidak tegas dan masih berbolak-balik seolah-olah sedang mempertimbangkan tindakan melampau ahli demonstrasi tersebut.

Dalam masa yang sama Hishamudin perkudakan PDRM membalun peserta Demo GMI, menghentam parah peserta Vigil Candle Light Anti ISA, yang jauh lebih aman, tidak provokatif, sejagat dan tidak bernilai taksub melampau.

Macam mana UMNO nilai hak asasi? Suhakam, sila buat kursus maksud Hak Asasi kepada menteri-menteri UMNO. Amat baghal…

Baik saya ada analogi…

Hak asasi melayu ialah makan nasi yang dimasak sempurna. Kita tidak makan tahi. Nasi dan tahi jauh beza. Nasi akan jadi tahi selepas melalui proses penghadaman dari kolon ke rectum.

Demo membela mangsa ISA adalah nasi. Perlu dan wajar.

Demo hina Hindu, pijak kepala lembu, ugut rogol dan bunuh itu tahi. Tidak perlu kecuali untuk penternakan babi.

Hak asasi pada UMNO ialah demo lembu dan demo ugut dan rogol. Yang tidakhak asasi ialah bela mangsa tahanan tapa bicara yang zalim berpanjangan.

Adakah UMNO makan tahi?

p/s; Ini bukan penghinaan tetapi analogi pada fikiran saya rakyat biasa. Tolong ubah pandangan anda terhadap tahi dan nasi.

Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)