Bolehkah Malaysia bebas dari cengkaman samseng tajaan UMNO?
Sejak ISA dijadikan undang-undang sah, terlalu ramai pejuang PAS dan parti pembangkang lainnya menjadi mangsa tahanan tanpa bicara. Walaupun demokrasi di Malaysia dibina atas nama Raja berpelembagaan dan multi-parti dijadikan asas untuk kebebasan memilih kepimpinan, namun hakikat yang perlu disoroti ialah, Malaysia dijadikan kerajaan sebagai negara uni-parti. Bagaimana hal ini berlaku?
Walaupun Malaysia mungkin belum sampai ke tahap memusnahkan semua parti pembangkang seperti China dan Korea Utara suatu ketika dahulu, namun budaya memburukkan pembangkang, tindakan undang-undang selektif(terpilih) dan dasar diskriminasi pentadbiran terhadap penyokong pembangkang menampilkan imej bahawa Malaysia tidak perlu mengadakan pilihanraya lagi. Cukup sekadar BN menjadi diktator dan ‘tyrant’ di negara ini.
Palitan imej ganas, pemberontak dan ‘illegal’ telah lama dikenakan kepada gerakan parti pembangkang.
Lihat sahaja, walaupun polis yang membunuh rakyat Memali, klip video Memali tetap dieksploitasikan walaupun masih samar keputusannya di mahkamah.
Setiap kali pilihanraya sejak tahun 1999, pasti media elektronik di bawah BN mengungkit video demostrasi REFORMASI di Masjid Negara walaupun terang-terangan polis yang membantai dan mencederakan rakyat.
Hari ini, video ‘youtube’ dan internet jelas menunjukkan imej muka-muka pengganas UMNO serta NGO mereka menjadi samseng di MBSA dan di tepi jalan untuk membantah pembinaan kuil di Seksyen 23. Mereka bukan sahaja hanya mampu disabarkan oleh anggota MBSA, malah tiada langsung ‘usikan’ daripada PDRM sepertimana hentaman polis terhadap peserta Himpunan Aman GMI dan Bersih. Malah masih saya ingat lagi bagaimana rakan-rakan saya dari Pulau Pinang dirampas T-Shirt kuning BERSIH mereka di dalam sebuah bas persiaran. Nampaknya Akta Polis membenarkan polis membuat ‘spot check’ dan merampas T-Shirt, bukannya dadah.
Palitan imej samseng dan ganas terhadap Ketua Polis Negara cukup memberi kesan kepada perlaburan negara ini. Perlu diingatkan, para pelabur tidak akan meninggalkan negara ini hanya kerana beberapa negeri dikuasai oleh pembangkang kerana ia menjadi perkara biasa di negara maju seperti Britain, Amerika dan Jepun.
Ianya hanya pelik di sebuah negara Islam Hadhari. Para pelabur cukup gentar jika sesebuah negara dikaitkan dengan keganasan, ketidakadilan dan diskriminasi seperti yang kita hadapi sekarang.
Walaupun ada ramalan bahawa ekonomi negara bakal mengembang pada awal tahun 2010, namun dengan isu ganas dan samseng yang terbengkalai ini pasti memberi kesan yang negatif kepada ekonomi.
Dalam blog-blog pro UMNO, mereka bergegak gepita menyokong hak kebebasan bersuara kerana ingin menjustifikasikan tindakan perkauman dan provokasi radikal di MBSA. Rakyat yang berakal akan bertanya, sejak bila UMNO memasukkan istilah kebebasan berhimpun dan bersuara dalam minit mesyuarat agung bahagian-bahagian mereka?
Saya menyokong kenyataan Ustaz Idris Ahmad dalam Harakah edisi Jumaat 11-13 September berkenaan sikap pondan PDRM terhadap samseng-samseng tajaan UMNO.
Adakah negara ini sedang dikuasai oleh kongsi gelap? Jika tidak, sila jawab persoalan rakyat berkaitan isu Ketua Polis Negara. Sila tangkap dan siasat habis-habisan tindakan biadap samseng UMNO di MBSA.
Pembangkang seperti PAS telah sekian lama mengadakan demostrasi aman dan menyertai demostrasi aman. Seingat saya setiap kali demostrasi pembangkang, pasti ada pimpinan PAS yang membuat laungan, "Jangan merusuh, kita berarak secara aman, jangan keluarkan kata-kata kesat kepada polis". Ini akhlak berhimpun yang PAS ajarkan. PAS tidak pernah mengajar memijak kepala binatang, menghina agama lain, mengeluar ugutan bunuh dan rogol seperti UMNO.
Kepada RTM, sila ‘download youtube’ video keganasan samseng UMNO dalam demostrasi kepala lembu dan sesi dialog di MBSA, jadikan video khas, serta siarkan dalam televisyen sepertimana kalian menghina balu-balu rakyat Memali serta pejuang REFORMASI dahulu. Itu hutang RTM kepada rakyat.
http://landskapsiasah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment