Friday, September 18, 2009

Baiah dan impliaksinya terhadap petugas Islam.

Semasa saya menghadiri Ceramah Badar Al Kubra, yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Gopeng, saya tertarik sangat dengan isi ceramah daripada Ustaz Ibrahim (AJK Dewan Ulama' Perak) berkaitan soal juang.

Banyak perkara yang boleh saya bongkarkan setelah mendengar kuliah beliau yang lebih kepada satu motivasi menginsafi perjuangan Rasul dan mujahidin di negara luar.

Namun saya tertarik dengan peranan baiah yang ustaz kupas.

Ya, ramai tidak faham apa itu baiah, mengapa berbaiah dan yang MAHA penting ialah implikasi baiah.

baiah telah lama mengahsilkan petugas agama yang tegar, istiqamah sejak diperkenal secara tersusun oleh Jamaah Ikhwan di Mesir. malah konsep ini ampuh juga di negara arab lain serta diikuti oleh petugas Islam di malaysia.

Ramai pemuda PAS Gopeng berpuas hati dengan kupasan ustaz mengenai baiah dan bercakap-cakap selepas kuliah, betapa baiah adalah soal besar dan wajib dipatuhi janjinya.

Ya, ramai melanggar baiah dan janjinya dengan Islam untuk terus istiqamah. Jamaah dan pemimpin hanya perlambangan, hakikatnya Allah danRasul adalah penerima baiahnya...

Baiah menyebabkan kita istiqamah...dan saya mulai faham implikaasinya apabila saya mengkaji semula baiah saya di kampus dahulu....

Saya berharap dapat mentajdid baiah melalui PAS Gopeng.

Muhammad Nuruddin Bashah

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)