Wednesday, September 16, 2009

Tahanan ISA Insaf kata Abang Hisham

Mat Sah, Dr Abdullah Daud (seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang mula ditahan pada 3 Jan 2002 yang lalu), Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah telah dibebaskan dari ISA hari ini kata Menteri Dalam Negeri.

Laman web The Malaysian Insider melaporkan, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishamuddin membuat pengumuman tersebut selepas mendapati kelima-lima tahanan terbabit telah insaf.

Selepas membuat kenyataan kurang cerdik berkenaan hak golongan demo lembu untuk menunjuk suara demokrasi ala provokatif, beliau kembali mengeluar kenyataan ala budak lembam, iaitu tahanan ISA telah insaf.

Apa erti insaf pada UMNO?

Apa salah mereka? Seseorang dianggap tidak bersalah jika tiada pertuduhan atau disabitkan kesalahan oleh Mahkamah. Mereka perlu insaf apa?

Insaf pula ada ‘timing’ iaitu tepat menjelang pilihanraya Bagan Pinang.

Dulu 5 pemimpin Hindraf dikatakan bertaubat menjelang pilihanraya Bukit Selambau, juga ada 'timing'.

Saya ada satu analogi dan perbandingan.

Sesebuah kerajaan zalim silam, jika ingin mengekalkan kesetiaan gabenor-gabenor mereka (raja-raja kecil), mereka akan menangkap ahli keluarga gabenor itu semua, ditawan dan diseksa.

Jika ada gabenor memberontak, si tahanan akan diugut bunuh atau diseksa lebih dahsyat lagi.

Inilah ISA zaman purba dan dibawa kembali ke dalam negara ini oleh UMNO.

Sila dakwa semua tahanan ISA di mahkamah jika benar anda ingin buktikan mereka insaf seperti Abdul Razak Baginda….

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)