Thursday, September 17, 2009

Azam dan Tekad UMNO untuk terus Zalim!

Lihat berita azam dan tekad UMNO untuk terus Zalim! Tolak BN

Pusat Tahanan Kamunting dikekalkan

Khamis, 17 September 2009

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengekalkan Pusat Tahanan Kamunting kerana ia adalah pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Kamunting ada di situ ada bersebab kerana ia adalah bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) adalah ancaman kepada keselamatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat ucapan tahniah dan surat kelulusan penganugerahan taraf warganegara Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia di sini.

Apa buktinya? Jika mereka menjadi ancaman, buktikan! Bagaimana pula golongan yang ugut rogol dan bunuh di Selangor? Adakah manusia yang bercita-cita membunuh tidak ganas, tidak menjadi ancaman negara?

Beliau ditanya sama ada kerajaan bercadang mengosongkan kemudahan di Kamunting.

Hishammuddin berkata, beliau akan melakukan apa saja yang dibenarkan mengikut undang-undang bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang ancaman ke atas keselamatan mereka.

Alasan ini diberi semasa menahan wartawan sebiah akhbar cina tahun lepas...tangkap kerana ingin menjaga keselamatan wartawan tersebut? Saya rasa budak gagal SRP pun boleh tahu keselamatan siapa yang terancam dengan ISA...

"Jika ada orang yang menjadi ancaman kepada keselamatan, saya akan penuhkan sehingga ke pinggir Kamunting.

Ini bukti angkuh UMNO yang buken menyelesaikan masalah tetapi bercita-cita menjadi hero menyiksa rakyat sendiri. Baca hikayat -hikayat kesultanan dan pemerintahan silam, banyaka idea ugut sebegini. UMNO cuma mengulanginya sahaja.

"Ia adalah persoalan mengenai prinsip dan keselamatan," katanya.

UMNO tidak ada prinsip menangani keselamatan negara. dahulu sokong rakyat malaysia membantu rakyat Afghan sekitar tahun 80an. Bila Amerika anti Afghan, UMNO turut bersedia menangkap rakyat sendiri yang belajar di pakistan dan Afghanistan demi mendokong prinsip Amerika.

Berhubung tahanan rakyat asing, Hishammuddin berkata ada sebab beliau tidak mendedahkan kenapa tahanan asing tidak dihantar ke negara mereka. - Bernama

Hujah yang saya oleh Bush semasa menjustifikasikan tahanan Guantanamo.

No comments:

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)