Sunday, April 28, 2013

Anak Muda Taman Taufik banjiri Program Barbeku PAS

 28 April 2013-Taman Song Choon

Jumaat lalu Program Santai Anak Muda anjuran Unit Peti Undi (PAS) Taman Taufik disambut hangat oleh penduduk sekitar taman berkenaan dan Taman Song Choon.

Imam Zulkifli selaku ketua UPU berkata program ini adalah santai dan ia untuk meraikan kelompok anak muda taman-taman berhampiran yang selama ini membantu kempen, konvoi dan program peringkat UPU.

Majlis yang dimulakan dengan tazkirah Ustaz Ridzwan Mohd Noor cukup ceria apabila ustaz menceritakan pengalaman beliau sebagai gitaris tempatan. Beliau memberi galakan jkepada anak muda agar selian muzik mereka boleh berusaha sama untuk mengenali dan mendekati Allah serta gerakan Islam seperti PAS.

Ucapan Dewan Pemuda PAS Gopeng diwakili oleh Timbalannya Saudara Firdaus Bin Hj Fahme yang merupakan anak kepada seorang pengasas PAS Kawasan Gopeng. Beliau mengalukan anak muda untuk bersama Dewan Pemuda semasa dan selepas Pilihanraya ini.

Ucapan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Gopeng Muhammad Nuruddin antara lain menjelaskan perbezaan besar layanan BN terhadap anak muda yang disumbat dengan hiburan, wang dan muzik manakala PAS dan Pakatan Rakyat membawa anak muda mendekati markaz, mendengar kuliah dan berjinak dengan surau serta berpolitik secara berakhlak.

Majlis barbeku itu turut dihadiri oleh beberapa penduduk berbangsa India yang merupakan anggota DHPP PAS.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan Majlis Tindakan DUN (PAS) Sungai Rapat


















Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)