Wednesday, April 24, 2013

Sebab-sebab Muslimat UMNO cekak leher lelaki


Datuk Hamidah bekas ADUN Sungai Rapat dan bakal bergelar 'mantan' yang mencekak leher Dr Lee Boon Chye Calon Parlimen Gopeng (PKR) baru-baru ini tidak terlalu menghairankan rakyat memandangkan beliau telah diboo di Pasar Batu Gajah pada 21 April 2013 yang lalu.

Beliau hanya giat mundar mandir selepas lega terpilih sebagai calon pada saat akhir walaupun mendapat saingan ketat daripada Dato' Hamzah. Tidak seperti Radzi Zainon yang giat mengunjungi rakyat kerana PAS tuntas memilih beliau sebagai bakal YB Sungai rapat memandangkan kredibiliti, 'akhlak' dan pendidikan beliau yang lebih baik berbanding Datuk Hamidah Osman yang kini digelar ratu samseng.

Senarai kesamsengan UMNO malaysia tidak muat jika disenaraikan disini, dari peristiwa baling kasut di masjid Pumpong hinggalah insiden menarik tudung mahasiswi di parlimen Pekan baru baru ini. Keganasan di Felda sehinggalah peristiwa serangan pejabat PKR dan majlios hadiah kek tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dari mamak hinggalah melayu banjar, UMNO mengajar ahlinya menjadi samseng walaupun 'bertudung'.

Selain peristiwa diboo (disaksikan juga oleh penulis dan isteri), beliau hanya disertai skuad BN seramai 15 orang termasuk blogger penfitnah yang bernama Sahak.

Baru-baru ini 19 April, PAS Muslimat Ara Payung menganjurkan siri bacaan yasin dan tahlil untuk memastikan anggota petugas PAS tiada gangguan 'ilmu hitam ' atau kegiatan tidak bermoral pihak tertentu. Pergantungan kuat PAS dengan Allah memungkinkan kegagalan perencanaan jahat pihak-pihak tertentu.

Lajnah tarbiah PAS Negeri Perak juga giat menghebahakan wirid harian serta anjuran solat hajat perdana setiap minggu di merata tempat juga cukup memungkin kejayaan Parti islam ini.

Lebih mengamarahkan Datuk Hamidah adalah selepas pengisytiharaan bekas Ketua kampung Ara payong keluar UMNO dan tekadnya untuk berkempen bagi pihak PAS!

Lebih nakal, anak muda PAS menghasilkan tulisan PAS di Batu gajah secara alaHollywood untuk meningkatkan syiar gerakan Islam tersebut.

Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat










Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Kursus Intensif Percussion-alat ketuk

Sumbangan berita atau artikel, sila hubungi:
jihadin82@yahoo.com / 017-6291368 ( Nuruddin)