9 April 2013-Sungai Rapat
Rakyat DUN Sungai Rapat yang sekian lama menantikan pembubaran Parlimen dan DUN sebenarnya telah la siapsiaga untuk memenangkan Parti Islam dan Pakatan Rakyat.
Dengan calon PAS yang tidak berbelah bagi dijulang pendokong sejak tahun 2008 hingga kini, ia cukup menggerunkan jentera UMNO yang hanya memiliki aset material tanpa dokongan spiritual dan keyakinan yang sebenarnya.
Menang UMNO bukan kepuasan jentera melainkan yang dijanjikan laba dan wang, kerana jentera UMNO hanya alat dan tidak berfungsi untuk rakyat.
Berbeza dengan PAS, realiti sokongan rakyat menatijahkan penambahan cawangan. Pada 1 Apr 2013 iaitu 2 hari
sebelum pembubaran Parlimen, 4 cawangan baru PAS ditubuhkan. Ianya dirasmikan
oleh YB Salahuddin Ayob bertempat di Mks PAS Cangkat Larang. Cawangan baru
itu adalah PAS cawangan Pkln Seberang, Tmn Sentosa, Bandar Botani dan Pengkalan
Baru.
4 cawangan ini telah aktif dan penuh beraktiviti selama 4 tahun. Siri penarangan dan ceramah telah diadakan bertalu-talu sebelum ia dirasmikan. Ini petanda PAS akan menguasai DUN Sungai Rapat jika aktiviti, semnagat dan nilai ketaqwaan petugas terus meningkat.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat