14 April 2013- Ara Payung
Kes bumbung bocor dan uzur cukup banyak di Ara Payung. Tetapi hal ini macam dipekak dan ditulikan oleh JKKK dan pihak ADUN Sungai Rapat kerana hal sejelas ini berlaku dalam kawasan tadbir mereka.
Puan Maimunah misalannya, aduan kepada JKK hanya seperti bercakap dengan dinding kayu.
Di Bawah adalah kes-kes bumbung yang diselesaikan oleh pihak PAS yang bukan sebuah kerajaan.
1) Puan Zahrian adalah
penerima bantuan tersebut hasil siasatan dan penilaian pihak PAS Kawasan Batu
Gajah sebanyak RM 1300 diperolehi dan
projek membaiki bumbung dijalankan dengan kerjasama Pusat Khidmat PAS Dun Sungai Rapat.
2) Puan Maimunah Ibu tunggal, bumbung rumahnya hanya kelihatan
'normal' selepas dibantu secara gotong royong oleh pihak PAS Kawasan Batu Gajah
pada tahun 2012 yang lalu.
3) Ismail bin Badar, Mohon bumbung daripada ADUN dan JKKK tiga
kali tetapi gagal. No 28 Kg Ara Payung. Kes ini terkini cuba diselesaikan oleh Pihak Pusat Khidmat PAS Sungai rapat. Kunjungan ke ru mah En Ismail ini diadakan pada 10 April 2013 yang lalu.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai Rapat